Si payung merah..kita jumpa lagi!



Jalan raya nampak sesak hari ni. Tambah pulak hujan lebat. Menunggu bas yang tak nampak lagi batang hidungnya. Eh, mana pulak datangnya hidung bas. Hehehe…aku tersengih sorang-sorang. Aku hulurkan tangan, saja nak merasa air hujan. Sejuknya..aku pejam mata, teringat cerita lama. Aku terus pejamkan mata….

……………..(setahun lalu)…………………….

Betul hujan lebat sangat ni. Kenapalah lupa bawak payung ni alahai.. macam mana nak melintas, kena jugak ke redah hujan ni. Aku dah la berbaju kurung. Tapi nanti kalau bas sampai susah pulak. Ah, bus stop seberang tu je hah..angkat kain, lari!!

‘Nak melintas ye?’

Aik, pokok kat sebelah ni boleh bercakap ke? Aku toleh sebelah takut-takut, err..ada orang. Lebih tepat lagi seorang lelaki tinggi lampai berbaju biru kotak-kotak, berseluar hitam dengan payung merah. Dia tersenyum.

‘Jomlah sekali. Saya payungkan’, senyum lagi. Indahnya ciptaan Tuhan. Weee..

Kata orang rezeki jangan ditolak. Kami berteduh dari hujan, sama-sama menyeberang jalan yang tak pernah sunyi dengan kenderaan tu. Oh terima kasih payung merah!


Bus stop ramai orang sebab yang tak menunggu bas pun tumpang duduk, menunggu hujan berhentilah tu. Masih boleh menyelit, aku pun meletakkan tubuh di sebelah seorang wanita. Aku angkat muka, pandang dia. Dia hanya berdiri, merenung jauh ke tengah jalan.

Tiba-tiba dia menoleh. Dan tersenyum lagi. Dia kemudian menegurku dan kami pun berbual. Aku dari mana, nak ke mana, aku buat apa..macam-macam lah. Aku suka kata-katanya. Aku nampak keyakinan dalam matanya. Dia nampak baik. Entah kenapa aku rasa macam tu.

Eh, bas yang aku tunggu dah sampai. Aku kena pergi ni. Pada si payung merah aku mintak izin pergi dulu. Cepat-cepat aku bangun. Sampai kat tangga bas, aku terdengar suara memanggil. Dan aku toleh..

‘siapa nama awak?’, si payung merah baru teringat nak tanya agaknya.

‘Ayu’, jeritku nak melawan bunyi hujan dan enjin bas. Dan cepat-cepat aku panjat tangga bas.

Dari atas bas, aku masih lagi memandang wajahnya. Dia cuma tersenyum melihat bas aku pergi. Tak ada lambaian selamat tinggal. Dan wajahnya semakin jauh dan menghilang. Dan itulah kali pertama dan terakhir aku melihatnya. Si payung merah….

…..............

Bunyi percikan air dari atas jalan buat aku tersedar. Jauhnya melamun. Hujan pun dah makin reda. Aku terperasan yang baju yang ku pakai sedikit terbasah. Hisy, rasa nak sumpah je kereta tadi jadi kura-kura. Tak berperikemanusiaan langsung!

‘Basah? Kali ni pun tak bawak payung lagi?’, ada suara menegur. Ya tau, tiang bus stop tak boleh bercakap.
Lambat-lambat aku angkat muka. Entah kenapa rasa berdebar dengar suara tu. Tapi rasanya tak pernah lupa kan pemilik suara tu.

‘Eh tak lah. Kali ni saya bawak payung. Tengok ni’, sambil tersenyum aku memegang payung merah ala-ala pegang trofi kemenangan. Jumpa lagi kami akhirnya. Dalam banyak-banyak manusia yang ku jumpa, macam mana boleh ada dia?


‘Si payung merah, kita jumpa lagi’, kataku malu-malu kucing.

‘Ayu, dah kawin?’, tanyanya tiba-tiba. Terkejut betul aku. Err..tak sangka nak tanya tu.

Dan aku, senyum tak perlu kata apa-apa. Si payung merah, awak payung hati saya!



ps: nak cuba buat suwit konon tapi cam kaku je kan ahaks!




Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

10 rajin komen:

AmirFX said...[Reply to comment]

*Pengsan* :P

ekabukanmakcikkau. said...[Reply to comment]

nak buat air terpercik tu buat je SPLASHHHHHHHH . cewahh mcmlah aku tahu sgtkann hahaa . suwittt kot entri kau tangkap lentok wohhhh

cik Kartun said...[Reply to comment]

rekaan atau.. benar2 niehh??
sweet r huhuhu tringin plak nk jmpe jdoh mcm dlm cter nie hihihi

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

nie cerita cerpen atau cerita realiti nie...best ceritanya...suka Kancil membacanya...heheheh...memang indah kalau dalam situasi tersebut....

remyhazza said...[Reply to comment]

best ler....
simple tapi bermakna....
ade style....
continue please !!!!

ke crita diatas adalah kisah benar ???

Nong Andy said...[Reply to comment]

suwit sungguh sampai aku kena kencing manis.. sungguh! serius!

cemburu tahap 'monkey d luffy' rasa nak buka gear 2.. aku senyum smpai teliga membacanya.. dan teruja nak buat cerpen yg suuuuwit mcm ni juga! tuhan.. kurniakan aku idea malam ini :)

eLLa n aLia said...[Reply to comment]

kisah benar ke?

Teenager Housemaid said...[Reply to comment]

hehehe...
comel...senyum2 malu2 tu..:D

zareliqa afiqa said...[Reply to comment]

Alololo~ sweet da tu^^

Eera Shera said...[Reply to comment]

Cerita rekaan je ni..realiti ade plak sesuwit gini hihi..thx korg sudi bace cite merepek ni..ni yg tambah smgt nak buat cite merapu lg hehe ;)