KLIK untuk join
salam.
terpanggil nak join segmen kancil ni. sebenarnye untuk perkhemahan budak sekolah. tapi kat sekolah dulu tak pernah pulak pi camping.huhu..dah masuk unibesiti baru la nak sibuk2 join. kat u ni, aku join Pertahanan Awam atau kitorang panggil SISPA (siswa siswi pertahanan awam).
setiap sem memang ada camping wajib. sebab ada markah. best jugak pi camping. sebab ape yang dah belajar dalam kelas teori, kena praktikkan masa camping la. setiap kali camping, 3 hari 2 malam. makan free, transport free. besenya aktiviti lebih kurang je. kembara hutan, aplikasi teori contohnya teori menyelamat,ikatan tali dan medik untuk operasi menyelamat mangsa. ada jalan malam.ade explorace yang gila penat.
masa sem 1 dulu (2009), pehh.. memang penat la. dengan tak makannya sebab kitorang dah dibekalkan makanan. kalau lapar masak sendiri. masaklah dalam hutan. ala2 tentera la. kitorang tak sempat masak nasi ngan sardin. buat lempeng je. dah la cuaca panas, aku minum air sungai wo sebab air botol yang dibekalkan dah abes. macam2 jampi la ku baca. 'oh..ni milo ais.bayangkan ni milo ais'. takot la air tu tak bersih. tapi aku ok je.tak sakit pun :)
paling best? aku paling eksaited bila buat teknik rapelling. yang mana kena turun bukit pakai tali. suka sebab berjaya turun memandangkan aku ni takut tinggi!
setiap kem ade la cite yang tersendiri. kang kalau cite semua kena buat berepisod pulak.huhu.. marah kancil nanti. kem biasanya buat kat area Terengganu je. Kat Tasik Kenyir, kat Besut, kat Setiu. paling best masa sem 2 la kat Setiu. sebab tempat die cantik.tapak kem baru.haha..
sem2 (2010)
sem 4 (2011)
sem 3 (2010)
p/s: thanks kancil sebab jemput join :)
11 rajin komen:
bestnya hmmm..mandi ke berkubang tu
bro ahmad, dua2 la sambil feeling2 model..haha
Salam Eera,
terima kasih kerana sudi menyertai segmen Kancil...
wah..menarik...nak ikut!!!!
salam kenal dr mama.... mama dah follow awk...
mama pun dah join segmen kancil ni jom lawat blog mama yer...:)
wah...bestye turun bukit pakai tali tuh:)hehe
paling best part minum air sungai tuh.. 'oh..ni milo ais.bayangkan ni milo ais'.<---hahaha lawak!
Baguihnya...aktif kat U.. Best2x..
wah bestnye..
siswa siwi pertahanan awam.
saya pula kadet pertahanan awam..
http://seventh-july95.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-semasa.html
Jemput =)
kancil dah siapkan senarai pasukan perkhemahan mengikut unit beruniform...silalah singgah ke blog Kancil :
http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/senarai-pasukan-perkhemahan-dengan.html
Post a Comment