'Ira rindu....'


salam.

emm..tadi kol abah. nak cakap ngan adik. abah cakap adik dah tido awal. sekarang ni, bila kenyang lepas makan, adik terus tido. adik nak bina badan ke dik oi..emm nak risau ape. adik makan banyak pun cekeding gak.

ni adik bongsu aku. baru 8 tahun. adik yang paling manja, nakal, mengada dan gedik. adik yang kuat makan, tamak, dan mengaku semua makanan orang, dia punya. tapi dia maintain slim.huhuu..budak yang suka baca doa makan bila makan ramai2 siap ngan maksud sekali. adik marah kalau aku cakap dia membela. yela tak nah kenyang.



aku suka belanja adik. aku suka kalau buat die hepi. tapi kadang2 aku sedar cam dah terlebih manja kan budak ni. apa nak buat. adik bongsu. tapi kalau tak kena mood die, die gaduh gak ngan aku. aku lak suka usik die. tapi dia pandai pujuk orang gak. cair la aku ngan budak encem ni.

'Ira, adik mintak maaf. adik tak buat lagi'.

adik yang aku jaga dari die kecik. aku garang. adik selalu panggil aku mak tiri. dan adik jarang panggil aku akak. die terikot abah ngan mak, panggil aku ira. sampai sekarang tak berubah panggilan tu.

Ikhmal Haqim..budak perasan


masa aku masuk matrik dulu, abah selalu  cakap adik rindu. peh...sedih lak bila dengar. dia baru 5 tahun masa tu. tau pulak makna rindu...

tiap kali balik cuti, dia la kawan aku. walaupun kadang2 terpaksa gak layan die main cikupang, hide and seek dan apa2 je la lagi. kadang2 malas nak layan sangat tapi kesian pulak.

adik pun minat lagu K-pop. aku yang ajar die.hehe..baru ade geng.

ahh..adik..ira rindu. baru balik 3 minggu.huhuuu..dah janji ngan adik balik nanti nak belanja die donat big apple. tu pun kalau adek ingat la.hehe..

F.A.M.I.L.Y. ->>>>> FATHER AND MOTHER I LOVE YOU

tadi tengok filem Aku Tak Bodoh. best..sedih.

p/s: sori ek korang yang baca blog ni. memang aku suka cite pasal family. tak nak baca tak pe. ;)









6 rajin komen:

AmirFX said...[Reply to comment]

Best lagi kalau ada adik yang msh skolah camtu.. Best untuk disakat.. haha..

Ninie said...[Reply to comment]

Comel adik tuh...hihiks.nak jemput join contest Ninie....
Sudi2 la kalo ada masa yer...hihiks

"Contest: Di Mana Ninie?"

http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/09/contest-di-mana-ninie.html

Ezad Skytech said...[Reply to comment]

oh..garang rupanya akaknya ni..mak tiri ke..? hee~

da lama tak jumpa akak dia..adik tu mesti ada perasaan rindu kan...:D

Bro ahmad said...[Reply to comment]

jangan raging adik ehh

Sunah Sakura said...[Reply to comment]

baiknya kakak dia ni..hehehe...

iqbal da besar nanti mesti encem punyaaa...

ciK LyndaWawa said...[Reply to comment]

rindu saya tak?hehehe