Segmen Kancil8349 : Pengalaman Korang Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR

klik SINI

salam.

ni pestaim nak join segmen Kancil ni. aku selalu la jugak masuk ke sana. pengalaman masa UPSR. lama dah tinggalkan zaman tu. masa tu tahun 2002. amek UPSR kat Sek Keb Beranang kat Selangor. masa tu aku budak baru. pindah sekolah sebab dah pindah rumah baru. sebelum tu aku sekolah kat Sek Keb Dato' Keramat 2, KL. 

aku suka ingat kenangan masa ni. sebab sejak masa tu la aku jadi manusia berguna sikit. haha.. aku kuat main. result exam aku tak la teruk tapi aku agak lemah BI dan Math. tapi masuk darjah 6, aku jadi rajin. aku baca kamus nak bagi pandai BI. aku pi kelas tambahan tanpa paksaan. alhamdulillah, dari tak tau nak bina 1 ayat pun dalam BI, aku dah boleh buat 1 karangan. dari asik dapat C, D masa darjah 5, at last merasa la aku B and then A. huhu..

apa yang merubah aku? tak ada apa selain mak dan abah. tengok abah susah cari duit, aku rasa insaf. rasa bertanggungjawab nak tolong dorang, nak jaga adik2. aku ingat lagi apa abah cakap masa tu.

kalau akak (panggilan aku kat rumah) berjaya, akak senang. abah tak dapat apa2. abah cuma tumpang bahagia.

aku tak pi tuisyen. abah tak cukup duit. tuisyen mahal. aku pi kelas tambahan kat sekolah je. murah.

akak belaja je. jangan risau pasal duit. duit abah boleh cari.

haa..aku tak meniru tau masa exam.hihi.. tak pernah tau. kalau ada pun, bincang je la ngan orang sebelah / belakang meja. hehe.. :p

tu je la.jadi cite sedih pulak. tapi serius la, masa tu family aku agak susah. sekarang alhamdulillah ok la even tak kaya raya. tengok adik2 aku hidup agak senang, sebab tu malas belaja. hihi.. terima kasih abah, mak, cikgu2, mak sedara yang selalu support aku bagi semangat dan duit. hehe..



14 rajin komen:

Cikgu Ma said...[Reply to comment]

salam kenal juga...tq lawat blog cikgu...haaaa, ni umo brapa nih x tahu upsr dulu 4 subjek jer?? =,=

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

terima kasih kerana sudi join segmen Kancil...

sedih juga Kancil baca entri kamu...tapi kita sebagai anak harus membalas jasa mak bapa kita...agar mereka rasa bertuah memiliki anak seperti kita...

Aien Not Alien said...[Reply to comment]

datang dari segmen kancil..

kenangan UPSR...hihi.. kita pun sama jadi rajin sebabkan tengok mak susah2 cari duit...

salam perkenalan.. :)

Acik said...[Reply to comment]

tima kasih kp cikgu bermula drp cikgu tadika ... :)

Eera Shera said...[Reply to comment]

cikgu ma, sy muda belia lg la..haha

kancil, kalau mampu mmg nk bls jasa dorang tu

aien,salam kenal jge

acik, yep terime kasih kat semua ckgu kan

yayath said...[Reply to comment]

singgah dari segmen yang sama:)hehe~~

sedih baca entry kamu nih:)hehe

anismelon said...[Reply to comment]

kenagan mse upsr..weee..sangt la pemalas..tp bile tngk arwah mak snggup amik cuti and puasa demi anknye nak pekse..trus wat sungguh sungguh

Run Away said...[Reply to comment]

sy..dah lupa..tapi lau time exam sy memang kalut...;d

Eera Shera said...[Reply to comment]

yayath, hehe..teremo pulak

anismelon, sama la experience kita

run away, sama la kita pn :p

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

salam,

Kancil sudah buat entri khas untuk blog ini. Jomlah lihat

http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/entri-khas-mereka-yang-berpindah.html

Cik Sara said...[Reply to comment]

hai~ hehehe...
Betullah tu..kadang-kdang ibu bapalah motivasi yang terbaik untuk kita berjaya..~

[sutera kasih] said...[Reply to comment]

alangkah bagusnya kalau bdk2 zmn skrg ada sikap mcm awk dear..jadikan kehidupan & ibu bapa sebagai motivasi utk berjaya..

ciK LyndaWawa said...[Reply to comment]

kecik2 dah insaf..chea..=] bgus2....=]

Eera Shera said...[Reply to comment]

cik sara, betul2

sutera kasih, hehe ;)

cik lyndawawa, dak suci la katakan ;p