'Ira rindu....'


salam.

emm..tadi kol abah. nak cakap ngan adik. abah cakap adik dah tido awal. sekarang ni, bila kenyang lepas makan, adik terus tido. adik nak bina badan ke dik oi..emm nak risau ape. adik makan banyak pun cekeding gak.

ni adik bongsu aku. baru 8 tahun. adik yang paling manja, nakal, mengada dan gedik. adik yang kuat makan, tamak, dan mengaku semua makanan orang, dia punya. tapi dia maintain slim.huhuu..budak yang suka baca doa makan bila makan ramai2 siap ngan maksud sekali. adik marah kalau aku cakap dia membela. yela tak nah kenyang.



aku suka belanja adik. aku suka kalau buat die hepi. tapi kadang2 aku sedar cam dah terlebih manja kan budak ni. apa nak buat. adik bongsu. tapi kalau tak kena mood die, die gaduh gak ngan aku. aku lak suka usik die. tapi dia pandai pujuk orang gak. cair la aku ngan budak encem ni.

'Ira, adik mintak maaf. adik tak buat lagi'.

adik yang aku jaga dari die kecik. aku garang. adik selalu panggil aku mak tiri. dan adik jarang panggil aku akak. die terikot abah ngan mak, panggil aku ira. sampai sekarang tak berubah panggilan tu.

Ikhmal Haqim..budak perasan


masa aku masuk matrik dulu, abah selalu  cakap adik rindu. peh...sedih lak bila dengar. dia baru 5 tahun masa tu. tau pulak makna rindu...

tiap kali balik cuti, dia la kawan aku. walaupun kadang2 terpaksa gak layan die main cikupang, hide and seek dan apa2 je la lagi. kadang2 malas nak layan sangat tapi kesian pulak.

adik pun minat lagu K-pop. aku yang ajar die.hehe..baru ade geng.

ahh..adik..ira rindu. baru balik 3 minggu.huhuuu..dah janji ngan adik balik nanti nak belanja die donat big apple. tu pun kalau adek ingat la.hehe..

F.A.M.I.L.Y. ->>>>> FATHER AND MOTHER I LOVE YOU

tadi tengok filem Aku Tak Bodoh. best..sedih.

p/s: sori ek korang yang baca blog ni. memang aku suka cite pasal family. tak nak baca tak pe. ;)









Tak baik wei buat macam tu


salam.

- tak baik do gelak kan orang. malu die weh..bese la sape tak pernah buat silap kan. ko dah bagus sangat ke? tak kan..

- wei. aku nak tido. ko gelak dalam hati je boleh tak...ZZZzzzz...

- ye dia memang tak berapa pandai. tapi jangan la gelakkan dia wo..

- tak kelakar pun..nape wei ko gelak?

p/s: gelak la bila sepatotnye gelak.

ehemm....

walau sape pun awak,
saya harap dapat jadi yang terbaik buat awak.
;)

'slrrpppp..puas gila'


hari raya ke 10.
laksa mak yang memang meletop!
memang kelas la.
special untuk aku.
seperiuk besar.
3 hari baru abes.
mak,nak lagi!!!
T_T

p/s: homesick.


Ingat binatang je ke yang berhibernasi?

salam.

ehem..aku memang tak berapa suka la bila musim hujan. jemur kain tak kering, nak pi mana2 pun susah, sejuk tahap tera byte, selsema pun muncul tanpa diundang, boleh jadi demam. ye..aku tak tahan sejuk.

bermula la proses HIBERNASI aku. susah nak bangun pagi sebab tidur mati, pastu tak gerak mana2 dah lepas abes kelas. ye aku bersyukur sebab aku pi kelas la jugak. cer kalau kelas pun tak pi..ohohoho.. :D

LAPAR. ni masalah yang sangat kritikal. boleh jadi sawan aku kalau tak jumpa makanan masa musim hibernasi ni.huhu... jadi lapar je kan. nape ek?

tak aktif. sebab ape? metabolisma badan yang rendah? ye ke? hahaa..tapi betul la. aku rasa nak mengecutkan diri dalam selimut je. nak pijak lantai pun tak sanggup. sejuk woo..

'gua nak tido. papehal contact PA gua ok?'.

p/s: ok gak msia tak ada salji. 

1st Segmen Santri : Komputer Kesayanganku...

salam.

by google

aku dijemput cik santri untuk join segmen die. ni first segmen die buat. jom la join. sama2 support die ok? terjah SINI.

aku pakai laptop murah je. beli ngan duit sendiri tahun 2009 masa awal sem 1. model Compaq Presario CQ40. warna hitam.ok la laptop ni. tapi sekarang bateri dia dah makin tak elok. tahan sekejap je. dah sampai masa kot. orang kata model ni tak berapa bagus sebab skrin die senang rosak. setakat ni aku ok lagi. asalkan pandai jaga kan. ape2 pun baby lappy ni dah banyak berjasa kat aku.. cayang die cangat2.mmmmuuuaaahhh......

RAM: 2Gb
hard disk: 360 Gb
processor: intel dua core
skrin: 14 inci
webcam: ada

tu je la. aku bukan tau sangat pasal laptop ni.hehee..

p/s: haila..tenet buat hal. and thx santri sebab jemput join segmen :)


Segmen Kancil8349 : Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform

KLIK untuk join

salam.

terpanggil nak join segmen kancil ni. sebenarnye untuk perkhemahan budak sekolah. tapi kat sekolah dulu tak pernah pulak pi camping.huhu..dah masuk unibesiti baru la nak sibuk2 join. kat u ni, aku join Pertahanan Awam atau kitorang panggil SISPA (siswa siswi pertahanan awam).

setiap sem memang ada camping wajib. sebab ada markah. best jugak pi camping. sebab ape yang dah belajar dalam kelas teori, kena praktikkan masa camping la. setiap kali camping, 3 hari 2 malam. makan free, transport free. besenya aktiviti lebih kurang je. kembara hutan, aplikasi teori contohnya teori menyelamat,ikatan tali dan medik untuk operasi menyelamat mangsa. ada jalan malam.ade explorace yang gila penat.

masa sem 1 dulu (2009), pehh.. memang penat la. dengan tak makannya sebab kitorang dah dibekalkan makanan. kalau lapar masak sendiri. masaklah dalam hutan. ala2 tentera la. kitorang tak sempat masak nasi ngan sardin. buat lempeng je. dah la cuaca panas, aku minum air sungai wo sebab air botol yang dibekalkan dah abes. macam2 jampi la ku baca. 'oh..ni milo ais.bayangkan ni milo ais'. takot la air tu tak bersih. tapi aku ok je.tak sakit pun :)

paling best? aku paling eksaited bila buat teknik  rapelling. yang mana kena turun bukit pakai tali. suka sebab berjaya turun memandangkan aku ni takut tinggi!

setiap kem ade la cite yang tersendiri. kang kalau cite semua kena buat berepisod pulak.huhu.. marah kancil nanti. kem biasanya buat kat area Terengganu je. Kat Tasik Kenyir, kat Besut, kat Setiu. paling best masa sem 2 la kat Setiu. sebab tempat die cantik.tapak kem baru.haha..

sem2 (2010)

sem 4 (2011)

sem 3 (2010)

p/s: thanks kancil sebab jemput join :)

SEGMEN JOM KENAL BLOGGER MALAYSIA

KLIK pada gambar

jom kenal kenalan sesama blogger. sape nak join. dapat cupcake sebijik. opss tipu je. jom sebelum 8 oktober. tahun ni bukan tahun depan.hehe.. selamat berkenalan ek..oh tak nak kenal kite? sombong.. emm tak pe. bagi tau mak  :p

Kaitan antara Virus-chopper-donat dengan IT PC fair KT 2011

salam.

tamat sudah party melampiaskan nafsu hari ni. seharian..emm puas la jugak. adat la manusia. bukan senang menahan gelora nafsu di jiwa. macam yang aku cakap tadi, aku nak merayap pi bandar kan. ada PC fair kat KT. pehh...banyak gak barang yang murah2. tapi aku beli apa je.

aku beli headphone, cooler fan, antivirus ngan hah, yang paling penting, mousepad kepala Chopper.huhuuu.. padahal tak pernah pulak heran nak beli mousepad kan. selama ni mousepad aku peha, meja ngan buku je. kikiki... ni semua One Piece punye pasal. Luffy punye tak ada.sob..sob...

aku ade beli antivirus. sekarang aku pakai Kaspersky. tapi antivirus ni cam bes je. TRUSPORT Total Protection. terbang la jugak duit aku beli benda ni. tapi sebab aku sayang baby lappy ni, aku beli la untuk die. beli pakai duit sendiri lak tu (eh, duit PTPTPU la). aku suka antivirus ni sebab boleh install kat pendrive. boleh  lock folder. so, boleh la aku amik gambar seksi seksa. orang tak boleh tengok.huhu.. tak ade la. aku kan budak baik lagi suci murni :p

banyak gak la duit keluar. tapi  tak sebanyak orang lain la. aku rasa aku kot paling jimat antara dorang2 semua. hihi..aku beli benda perlu dan penting je. kadang2 tu hentam jugak la. nafsu buas kan. wawa dapat da Nokia E6 sejibik. izzah beli kamera Canon kat PC fair. sumpah murah gua tak tipu punya. Nad angkut kasut. yang lain sama je cam aku. kitorang beli donat Big Apple. pestaim wo aku beli. boleh dapat nasik 3 pinggan. kang tak beli terkilan pulak. hohoo..

ni la antivirus tu. rm85

mousepad tony tony chopper yang comel.

donat manis tahap kencing manis



p/s: ada tak jual antivirus menahan nafsu? ada kabo ye




Bangun Pagi gosok gigi..

salam.

bangun pagi, gosok gigi.
cuci muka cuci kaki.

entah apa punya berangan la pagi tadi. tak pernah la dibuatnye gitu seumur hidup. boleh la pulak kan tergosok gigi ngan facial cleanser..haha. patot la pelik. pahal licin je ni.  gigi aku mengalami evolusi ke ek? tetiba rasa pelik. eeeiii...yucksss!!! tak sedap doh rasa die. bukan rasa colgate ni! memang la sebelum tu aku cuci muka dulu. alahai...

lepas ni gigi aku mesti putih berseri, tak ada jerawat dan terlindung dari sinaran UV.haha..

Hapdet diri sendiri: lets party bebeh!

salam.

peh...entry ni ku taip ngan penuh syahdu dan digenangi air mata. huhu.. ngantuk ler. penat wei. nak tido ni.awal gila kan. bagi aku pukul 12-1 am tu kira awal la.hehe..sekarang ni baru pukul 9.

fuuhhh..lega gila weh dah lepas presentation tadi. nasib la tang turn aku Dr Jam ngan Encik Kasa tak tanya soalan luar alam. huhu..pagi2 aku semangat la gak nak present. ni dah pukul 4 lebih masa turn aku tu. punya la ngantuk + lapar...Tuhan je la yang tau.

besok pagi nak pi PC fair kat KT. sape nak join? aku nak pi party lepas tension ni (mangai poyo ngat). saje nak abeskan duit kan. simpan lama2 nanti basi. nak cari mousepad Luffy. mana aci orang lain beli aku pun nak gak! emm..hajat di hati nak tengok One Piece malam ni. maklum la baru amek episod baru. tapi nantuk ngat ni!

alamak! tetiba teringat assignment Dr amir ngan lab report. aduh nape aku teringat ni. ah..abaikan. good nite Malaysia!

jiwang berkarat pulak dah

jom la kalau nak gaduh!

salam.


hati-hati ngan orang yang kita tak berapa kenal. boleh jadi dia ada niat tak baik ngan kita. kat fb, twitter, blog. jangan senang percayakan orang.

ada yang mula2 baik, lepas tu tikam belakang kita. ada yang nampak suspicious jek, tapi sebenarnya baik. hati orang mana kita tau.


jangan cepat sukakan orang, jangan cepat membenci orang. mungkin yang kita suka tu la yang akan kecewakan kita. yang kita benci tu yang akan kita sayang.

tapi jangan la pulak sampai tak percayakan orang langsung. kang dia ingat semua orang jahat je. orang nak ambik kesempatan je.payah la gitu..


ALLAH tau yang terbaik buat kita.

Throw rock at them!



all good boy..chill k?
this one is not for you!

Tipikal Drama Korea

salam.

korang layan drama Korea? aku pun layan jugak. tapi jarang la. sebab die berepisod kan. 1 episod sejam or lebih. aku bosan tengok cite lama-lama. lebih dari 2 jam je, aku tertido depan laptop or tb. hehe..

member: pelik la ko ni.aku boleh je abes satu cite dalam satu malam.

well..tu kamu.aku ni bukan tengok cite sangat. pasang je lagu, sumbat earphone kat telinga, boleh la aku berjaga. boleh la aku buat keje atau berblogging.hehe..

KLISE. cite Korea memang best. kelakar. hero hensem (walaupun ada yang jambu..eww) heroin comel. lagu2 yang pehh..layan. tapi bese la..ada yang klise kan. kalau ostad geli geli cite pasal tipikal drama Melayu, aku cite pasal Korea pulak ek (berdasarkan yang aku dah tengok ek).

kalau hero kaya, heroin miskin atau sebaliknya la. kaya dorang memang kaya gile la. kalau yang susah tu memang susah la. ingat Cinderella ke ape. yang kaya nak ke pandang yang miskin ni ek?


hero punya la control macho dan ego, heroin cam sengal2 dan bodoh2 gitu.

permulaan cerita memang kelakar. yela masa tu nak pikat memikat. kat pertengahan cite, bila dah masing2 dah suka, mula la babak air mata. sedih2..


hero atau heroin selalunya tak ada mak ayah. yang ada cuma atuk yang kaya, dorang pewarisnya. lepas tu adalah mak cik atau pakcik yang baik ataupun yang tamakkan harta.

banyak jugak babak makan. sama cam cite Melayu. bercakap ngan mulut penuh. nasib tak mati tercekik.hehe..


tu je la yang aku ingat. aku pun tak tengok banyak sangat cite dorang. tapi bagi aku kan, aku suka lagi cite Jepun. lebih kepada kisah keluarga dan persahabatan. macam One Piece kan. opss..tu anime :p

p/s: asik layan cite cinta jek, bosan jugak kan. well, novel Melayu sekarang pun dah agak klise kan. lepas tu cam nak tiru cite Korea pulak kan. tak semua la ek. ada je penulis yang hebak2 belaka. korang ada nak tambah pape?pendapat korang?

imej: curik dari pakcik google

'Kau pulak?'

A: salam. apo kabo?

B: baik, alhamdulillah. ko pulak?

A: sihat je. dah makan?

B: dah. ko?

A: dah jugak. ngah buat pe?

B: ngah tido.ko buat pe lak?

A: ngah basuh baju.

B pun tertido....ZZZzzzz...

>>>sms la katakan..

pakcik google

p/s: tak ada pengajaran cerita.

Thanks to Ninie.blog aku ada model..

Special for Eera Shera
***Whenever you miss your family, look at this doodle okay!


'hai..saya Cik Ungu.model sepenuh masa.'

blog aku ada model. kelas gitu. kau ado? hari tu ada suruh cik ninie yang comel ni buatkan doodle. betul2 die buat rupanya.hehe.. maceh ek.. nanti saya yang comel ni belanja aiskim ek..haha..dia ada gak buatkan untuk blogger yang lain (klik gambar kalo nak tengok doodle yang lain). sempat jugak cik ninie kite spend time buat doodle ni walaupun ngah sibuk katanya..hehe..maceh ek ninie :)

Ingatlah orang yang tersayang

salam.

macam mana nak ingat orang yang tersayang?

pakai topi keledar, dan ingatlah orang yang tersayang.heheee...

biasanya, bila kita jauh dari orang yang kita sayang, bila dia pergi jauh atau pun bila dia dah tak ada lagi, baru la kita tau menghargai. berguna ke rasa sayang itu saat dia tiada lagi..haha jiwang berkarat la pulak.

hari tu aku borak2 ngan adik laki aku yang study kat Melaka. baru je sem 1. pestaim ni dok hostel.

ko dok sana sedih tak bila jauh dari mak ngan abah?

a ah sedih la jugak bila teringat.

hah..tau pun.bila dok uma degil. tak dengar cakap.

dia angguk. betul la kan.bila kekasih hati kita jauh dari kita, baru la kita tau betapa berharganya dia buat kita. 


sayang la ibu dan ayah kita. selagi masih ada. dorang segalanya buat kita. baik buruk dorang, dorang la anugerah yang paling berharga yang ALLAH bagi kat kita. tak semua orang dapat. tengok je la anak yatim piatu, anak yang dibuang. tak kenal ayah dan ibu...

banyak mana pun harta yang ada, tinggi mana pun kau berada, ingatlah ibu dan ayah la yang paling berharga!

p/s: mak abah, love you forever..







Surat cinta dari dia.

surat cinta dari dia. aku baca bila aku rindu.mendamaikan aku bila gelisah. surat cinta dari dia..dia berkata-kata denganku. dia ada..sentiasa bersamaku tiap masa. aku buang rasa takut. aku rasa yakin. aku rasa kuat. bila aku baca surat cinta darinya...


surat cinta dari dia..biar waktu beralih, kata-katanya tetap sama. kata-kata yang penuh makna, yang mampu memujuk jiwa yang kecewa. tapi aku sering lupa. aku perlu selalu membacanya. aku perlu mengingatinya. agar cinta yang tercurah buatku harum selamanya. aku tak mau berpaling darinya.cintaku teguh untuk dia.  cintanya cinta agung.

ku ulang, ulang dan ulang surat cinta darinya. dan sering ku berbisik, ku harap dia mendengar lafaz cintaku. cintailah diri aku ini ya ALLAH!


i got HIM.i got everything.
ALLAH is enough for me.






Hapdet diri sendiri

salam.

pagi tadi bangun lambat pi kelas.haila...boleh pulak tak terjaga ngan alarm clock yang menjerit lagu Mr. Simple tu. nasib la Nad text aku tanya dah bangun ke belum. oh nad ko la penyelamat aku.huhu..pelik kan.bunyi mesej boleh lak sedar.

sekarang mentang2 la dah final year, lecturer asik cerita pasal sambung masters je. so skang aku dah mula la buat survey kat unibesiti mana dan course ape yang aku nak amek. dolu aku ingat nak kije dulu baru sambung. maklum la anak sulong kan. adik2 skola lagi. cian kat abah sorang2 cari duit :(

but skang dah bolak balik. macam nak sambung je. masters setahun setengah je kan. dolu aku ingat masters ni kena buat thesis (research). ropenya boleh amik coursework.hehe baru tau :p

korang rasa?? entah la tengok la rezeki camne. balik nanti nak bincang la ngan mak ngan abah.oh..bila la nak cuti raya haji ni..haha..ok2. mau sambung buat proposal final year project (fyp). slide nak present report LI tak buat lagi ni. ok bai!

p/s: semalam member datang bilik, die tunjuk kat aku fb yang ade jual barang2 One Piece. oh no..no..please dont..haha..tergoda suda!

Komen yang berunsur negatif ?

salam.


ada orang komen tapi tak baca or tak baca abes. mana aci cengitu. baca la dulu. kang komen tak kena langsung ngan apa yang dah tertulis setepek kat situ, kan dah malu. haha.. (jahat kan gelakkan orang)

tak kisah la kat blog ke, kat fb ke..hati2 la ek. macam ari tu, aku link kan entry ini kat fb, member aku komen serius je.dia kata orang sekarang dah tak ada perikemanusiaan. padahal..... hehe. aku pun, aik? 

'ko baca ke tak'?

'tak.aku komen je'.

p/s: kalau tuan punya badan terbaca jangan marah ek. ko cuma model je. pesanan ni untuk semua termasok la yang membebel ni :p


Blog yang korang tak patut singgah!

salam.

# dia memang kejam. sapa? dia la Cik Suha ong ong. buat aku ketawa sampai tercabut gigi. cik suha jahat u... hoho..blog dia ade katak..katak hijau..aku kata die best. sebab apa? suka hati aku la...


# selalu jugak merayap kat blog ostad. dari dolu mintak neslo tak nah dapat pun. kedekot beno...

# lagi..hah blog kancil ni. selalu jugak datang serang aku. huhuuu...

# blog ni pun jangan singgah. nanti kena panahan sebab orangnya cumel.haha..jeles2.

aku memang tak suka pi blog dorang. korang pun jangan pi k. haha..gelak kejam.

p/s: entry ni bermotifkan cemburu. :p








Jom Blogwalking


salam.

tengok banner kat atas tu cumel kan? apa lagi jom la join. elok gak cik lulu buat segmen ni. dah lama gak tak blogwalking.

ngan segmen la follower aku bertambah dari tak ada kepada ada. hehe... baru la ada orang keluar masuk kan. kepada korang yang selalu mai sini especially yang selalu borak2 ngan aku tu kat sini and fb, maceh ek. korang yang baru masuk, hai salam perkenalan. kenal2 la nanti boleh kawin jadi kawan   ;)

thanks pada yang wat segmen, cik Lulu yang comel.

'la...tu pun tak ingat ke'

salam.

hei korang yang baca ni. boleh tolong tak? tau tak apa2 ubat atau cara nak bagi kuat ingatan? makanan apa yang boleh dan tak boleh makan? surah ape yang boleh diamalkan? pleaseeeee...............

masalah pengecaman yang agak kritikal..haha

"Shera, ko tak kenal ke budak tu?kita kan biasa nampak dia?"

selalu lupa walaupun baru je benda tu jadi. susah payah perah otak kalau nak bagi ingat something tu walaupun benda tu bukan la dah berlaku lama. kadang2 tu kawan aku ngan susah payahnya la explain kat aku sampai aku ingat.

" ohh.. yang tu..tau-tau"...



kadang2 aku buat2 ingat je la..haha.. serius bagi aku benda ni aku tak anggap ringan. ganggu jugak la aku nak study. skang dah final year. dan agak la menggugat keyakinan diri aku ni. adeh.. nape ek? ke ada kena mengena ngan masalah tidur? sebab tido aku memang tak menentu. kadang2 tak boleh lelap langsung sampai ke pagi walaupun masa tu bukan under stress, or pape je la





Segmen Kancil8349 : Pengalaman Korang Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR

klik SINI

salam.

ni pestaim nak join segmen Kancil ni. aku selalu la jugak masuk ke sana. pengalaman masa UPSR. lama dah tinggalkan zaman tu. masa tu tahun 2002. amek UPSR kat Sek Keb Beranang kat Selangor. masa tu aku budak baru. pindah sekolah sebab dah pindah rumah baru. sebelum tu aku sekolah kat Sek Keb Dato' Keramat 2, KL. 

aku suka ingat kenangan masa ni. sebab sejak masa tu la aku jadi manusia berguna sikit. haha.. aku kuat main. result exam aku tak la teruk tapi aku agak lemah BI dan Math. tapi masuk darjah 6, aku jadi rajin. aku baca kamus nak bagi pandai BI. aku pi kelas tambahan tanpa paksaan. alhamdulillah, dari tak tau nak bina 1 ayat pun dalam BI, aku dah boleh buat 1 karangan. dari asik dapat C, D masa darjah 5, at last merasa la aku B and then A. huhu..

apa yang merubah aku? tak ada apa selain mak dan abah. tengok abah susah cari duit, aku rasa insaf. rasa bertanggungjawab nak tolong dorang, nak jaga adik2. aku ingat lagi apa abah cakap masa tu.

kalau akak (panggilan aku kat rumah) berjaya, akak senang. abah tak dapat apa2. abah cuma tumpang bahagia.

aku tak pi tuisyen. abah tak cukup duit. tuisyen mahal. aku pi kelas tambahan kat sekolah je. murah.

akak belaja je. jangan risau pasal duit. duit abah boleh cari.

haa..aku tak meniru tau masa exam.hihi.. tak pernah tau. kalau ada pun, bincang je la ngan orang sebelah / belakang meja. hehe.. :p

tu je la.jadi cite sedih pulak. tapi serius la, masa tu family aku agak susah. sekarang alhamdulillah ok la even tak kaya raya. tengok adik2 aku hidup agak senang, sebab tu malas belaja. hihi.. terima kasih abah, mak, cikgu2, mak sedara yang selalu support aku bagi semangat dan duit. hehe..



Rabu yang bisu lagi: Budak kecik ditanam hidup-hidup

still lagi boleh senyum walaupun dah kena tanam
:p

Rabu yang bisu: Gambar Keluarga

tok wan yang hensem

Sayang kamu sampai bila-bila

salam.

dah bulan september. maknanya dah setahun aku berblog. tapi baru beberapa bulan ni yang agak aktif la. wish happy birthday la kat blog ni.hadiah birthday dari aku, kesetiaan untuk terus melepak kat sini. sayang kamu sampai bila- bila. blog ni akan tetap wujud kalau tuannya masih wujud. hehe...


sekarang follower tak sampai pun 200. tak best ke blog ni? kurang promote ke? malas update ke? tak sudi ke? ok tak boleh paksa orang. mak marah nanti.

Calon suami yang tak pinjam PTPTN


Salam.

Pelajar Malaysia, abes study je dah banyak hutang. Memang la tak semua pinjam duit PTPTIPU tu tapi mostly guna kan termasuk la yang membebel ni. Aduh..duit duit duit. Kalau abes je study, then terus dapat kije gajinya 10 ribu tak apa la jugak. Ceh demand la pulak.. ya la tak semua mampu kan kalau nak harapkan duit mak bapak je.

Aci tak aku nak buat syarat untuk calon suami,  MESTILAH TAK  BUAT PINJAMAN PTPTN. Aku dah konpem kena bayar hutang. Kang kalau suami aku pun kena bayar hutang PTPTIPU tu susah la pulak. Tak terlarat pulak dia nak bayarkan PTPTN aku, bagi elaun bulanan kat aku, hutang rumah banglo 4 tingkat, hutang Nissan Skyline aku, duit nak shopping, segala macam jenis bil, barang dapur, belanja anak-anak, pergi bercuti. Banyak tu. So kalau dia pun kena bayar PTPTN susah la kan. Haha..


Abes la semua jejaka2 tak nak masuk U. Hehe.. Homo sapien dan hutang tak boleh dipisahkan. Hutang duit, hutang budi. Sebelum kawin dah banyak hutang, nak kawin pun hutang, lepas kawin lagi la berlambak hutang. Jangan mas kawin pun hutang dah la!

Tak kisah la banyak mana pun hutang, tapi selagi sesuatu tu tak terlalu penting, elakkan dari berhutang. Beli dan pakai setakat yang termampu. Kalau rumah dan kereta tu memang la tak boleh beli cash kecuali la memang banyak duit. Hehe...

Kembali jadi perantau

salam semua.

perghh..lama gila tak bukak blog.hehe..entry yang sepanjang bulan puasa ni auto publish. hehe..lama dah tak blogwalking ke blog2 orang. sori ek korrang. dah tak tau apa yang jadi kat blog ni.haha.... raya lagi kan, so aku nak wish selamat hari raya kat semua. maap zahir dan batin, luar dan dalam.

dah lama sangat cuti, sekarang dah kembali jadi perantau. merantau ke tempat penyu bertelur.hari ni hari kedua lepas semester baru bukak. pehhh...sekarang aku dah sem 5, tahun TIGA! huhuuu,...dah jadi ahkak senior. hihii :p lagi setahun je lepas tu habis la.

apa yang best dah masuk tahun TIGA? adoyai...kena buat final year project (fyp). sem ni buat proposal and preparation. sem depan dah kena mula buat project. field work, report, presentation, journal. aduh fenin..fenin. ceh poyo je tu padahal baru dapat pikir tajuk je. kih kih kih...

sem ni aku agakla bersemangat waja kan. bukan sebab sem bermula di Syawal yang mulia ini mahupun dalam bulan kemerdekaan ni. tapi sebab sem ni sampai la abes study, aku duk kat hostel. sem lepas dan sem 3 dok rumah sewa. oh... tak amboh dah. hahaha...dok hostel baru rasa real student life. cewah... aku mintak bilik untuk 2 orang. nasib dapat. mahal la sikit tapi ok la.

comel tak katil aku?hehe...bantal peluk tu baru beli!

rumah sewa? bil elektrik melambung, sewa yang agak mahal, kerenah housemates yang macam2, jauh dari kampus, belanja barang dapur, dok ramai2....oh no no no... SHARING IS SCARY ok! serik dah aku sampai aku cakap kat mak, keje nanti nak berulang dari rumah je ek? hehe..tak pun sewa rumah dok 2 or 3 orang. tak pun kawin je la dok ngan laki je..hoho..yang last tu gurau jek :p

ni bilik aku..baru ade privacy kan..

pehlis la..aku tak tahan la layan kerenah orang. pulak aku ni suka memendam perasaan. lepas tu merana sesorang. aku tak reti nak terus terang. aku tau hentak meja, buat muka ngan buat tak tau je.hehe... aku suka dok sorang2. privacy kan... :)

baru je balik sini. boleh tak kalau aku cakap aku homesick?hehe... mak abah.....!!!




Selamat Hari Raya!

salam.

selamat hari raya aidilfitri. ramai tak yang online hari raya ni?hehe..

kat sini, aku nak mintak ampun dan maap kat semua ye. maapkan la segala salah dan silap hamba.

moga kita betul2 mencapai kemenangan selepas sebulan berperang ngan hawa nafsu.

insyaALLAH...