Tudung Bawal Online dan mini giveaway!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

INI ADALAH STICKY POST. SCROLL KE BAWAH UNTUK NEXT ENTRY :)

Nur Kasih Hijab ada menjual tudung bawal online. Tudung bawal ala Aidijuma 2 tone dan 3 tone yang semakin popular masa kini. Harga berpatutan dan kain yang berkualiti. Ada banyak pilihan warna yang menarik.

 
Bawal 3 tone (cerah di tengah)..1 pcs RM18


 
Bawal  (2 tone)..1 pcs RM 15



Bawal campur RM20


3 tone Rm18





Bawal printed..1 pcs rm15


Bawal sulam RM35

Berminat? Banyak lagi pilihan di Nur Kasih Hijab Facebook <<------ KLIK

Harga amat berpatutan. Setiap harga yang dipaparkan tak termasuk postage. Tambahan RM6 untuk Semenanjung dan RM9 Sabah Sarawak. Beli 3 dan ke atas dapat FREE POSTAGE. Beli banyak harga boleh runding :)

PERHATIAN: 
Nur Kasih Hijab bercadang untuk mengadakan mini giveaway. Hanya 3 tudung ala aidijuma untuk direbut!!

Syarat? 
# Cuma nyatakan di komen sebab apa anda mahukan tudung Aidijuma. Tak payah buat entri.
MESTILAH like fanpage Nur Kasih Hijab dan Masterpiece.
Senang je kan? 3 Pemenang akan dipilih oleh Nur Kasih Hijab.

Pihak penganjur berhak menolak penyertaan anda jika tak memenuhi syarat.

Tarikh tutup contest: sebelum 1 April 2012.

Apa lagi jom lah join :)

******ditutup******






Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

41 rajin komen:

Teenager Housemaid said...[Reply to comment]

wah..lawa la tudung bawal 3 tone ni..:DD

Hanie Dew said...[Reply to comment]

semoga berjaya. nak pegi godek godek la site die jap. ko join ke Eera. Let's fight!.. hahahha gurau je.

Hanie Dew said...[Reply to comment]

eh nak drop komen kat mane> kat sini ke?

Eera Shera said...[Reply to comment]

@Hanie Dew a ah kat entri ni..tp kena bg sebab la..contohnye: nk tudung ni sbb cantik ke..sbb nk nmpk cun ke..sbb nk comel cam eera shera ke..haha :D

Santri T.P.I.N.I said...[Reply to comment]

good luck eera, terima kasih sudi jawab teka saya. nantikan jawapannya...

Hanie Dew said...[Reply to comment]

tenkiu for the vote. love u #deep deep.

oo..ok. aku mulakan.

Aku nak tudug Aidijuma sebab ;
- nak cun macam Norjuma.
- comel macam Eera Shera
- tak pernah pakai,jadi nak cube

nuyui a.k.a miss YUI said...[Reply to comment]

cntiknya.

remyhazza said...[Reply to comment]

cantik kaler tudung2 tu......
tapi remy tak leh pakai...he3

Dabel Aa said...[Reply to comment]

lawanya tudung,.....

zety said...[Reply to comment]

saya mahu sertai mini giveaway ini dan dibawah adalah komen saya:


hi saya baru tahu ade tudung ala aidijuma nih dipasaran dan saya tahu melalui entri yang diping disahabat blogger.

oh, pengasasnya adalah datin norjuma yang cantik tu! honestly i adore her *_* eh terhilang fokus kepada tudung pulak =P ok kembali semula kepada tudung ianya nampak sangat menarik dan saya sememangnya seorang pengemar tudung bawal =)walaupun saya ada cuba untuk mengenakan selendang tetapi saya akui dengan mengayakan tudung bawal saya berasa lebih selesa dan saya mahu cuba untuk mengenakan tudung aidijuma, mana tahu sekali cuba sudah suka! ^_^

ieda said...[Reply to comment]

Ada tudung mcm nie ye dikkk, waa cantik
Ingat tudung bawal nie org x minat dah huhuh

Cikgu Ma said...[Reply to comment]

eh, buat bisnes gak ke?

Eera Shera said...[Reply to comment]

@zety thx zety :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...[Reply to comment]

goodluck! :)

Chuu Muqhlis said...[Reply to comment]

saya mahukn tudung aidijuma sebab tudung ni mudah untuk dipakai, kemas, simple dan menarik. Less is more! :D

Chuu Muqhlis said...[Reply to comment]

hee dah like :P

cIk JanNah said...[Reply to comment]

dah makin in tudung bawal skunk. tp jannah tetap tk pandai pakai tdg bawal. tp kaler smua cun2 habis..

~diAhOntHeblOg~ said...[Reply to comment]

terjah sini..
ooo..tudung bawal ke..tgk mcm selendang..hehe sbb sy pakai selendang 3 tone tu..sebijik cm bawal ni..

HeNRieTTa JoSe said...[Reply to comment]

Rietta nak join....

Rietta suka tudung bawal, memang setia ngan tudung bawal...xpakai semua jenis tudung yang ada cap ke syria ke apa ke...shawl kekadang jerks....so, sebab musabab utama rietta nak pakai tudung ini adalah....sebab rietta memang suka tudung bawal.....dan tudung nie plak, sangat cantik....hehehe....

itu saja...trima kasih....

pss...Salam Perkenalan....

psss....rietta xde FB acc, so xbleh like...(huhuhu....jujur)

Jue said...[Reply to comment]

wokeh dah LIKE Nur Kasih Hijab & Masterpiece!

komen;
Saya ingin memenangi tudung Aidijuma untuk dihadiahkan kepada kawan baik saya, Hanie. Saya yakin ton warnanya yang lembut tapi masih menyerlah mampu menaikkan lagi aura si pemakai. Di samping rekabentuk tudung Aidijuma yang ringkas, bergaya dan selesa sememangnya sesuai utk keselesaan rambut mahkota wanita=)


#psst: thx sbb dah vote dear..nanti aku drop komen kat entry lain. Aku drop komen entry ni dulu to show my support utk gegirl nama Eera Shera neh hihi =)

merahitujambu said...[Reply to comment]

wah menarik la..


kenapa saya mahukan tudung aidijuma sebab semakin ramai memakainya sekarang..kadang-kadang kita perlu ikut trend terkini..jadi tak salah jika kena dengan gaya..corak tudung aidijuma menarik perhatian saya..

Misz Saiyidah said...[Reply to comment]

Tudung bawal ala aidijuma??kenapa saya patut pilih ye??sebab sy yakin warna dia menarik,jenis kain mudah untk dibentuk..yang paling penting,sy masih boleh jaga aurat saya sebagai seorang muslimah walaupun bertudung :)

Eera Shera said...[Reply to comment]

thx korg sudi join..juz nk pesan..kalo yg dah join tu jgn lupa like fanpage ye.especeli page sponsor la. TQ :)

cik Kartun said...[Reply to comment]

muhahaha.. CK tgh keje kdai tdung plak -_-'

aimie amalina said...[Reply to comment]

weeee
ade gak beli abru2 ni
dua toneee
cantek2 :)

syAzAnA said...[Reply to comment]

syaz nak join GA ni.

kenapa syaz nak sangat tudung aidijuma ni?

well, selaras dengan perkembangan semasa, tudung bawal dah jadi trend sekarang ni. kat UMP ni lagi lah, trend tudung bawal plain macam ni dah jadi satu ikutan. jadi, rasa macam outdated skitlah kalau tak join sekali. syaz teringin sangat nak ada tudung macam ni. asyik-asyik pakai tudung bawal hitam jeh. dulu kan tudung bawal agak mahal, dalam rm25 sehelai. sekarang dah murah, tapi, syaz masih tak mampu memilikinya sebab masalah kewangan. belum ada rezeki agaknya. then, tetiba ada pulak GA macam awak buat. lagi lah nak try nasib. mana tahu, saya bertuah kali ni.

kawan syaz pun ada juga yang pakai tudung aidijuma ni. dorang kata, kain dia lembut, dan senang dibentuk. PLUS, kaler2 dia pun menarik perhatian. banyak kaler yang terang2 dan sesuai dipadankan dengan apa2 baju (ikut kesesuaian).
itu sahaja. :)

cinnamon.com said...[Reply to comment]

bawal,cantik semua,pakai kerana Allah,bkn sbb nak cantik..kan

Hanis MY said...[Reply to comment]

lawanya tudung bawal tu... suka suka

ABU said...[Reply to comment]

aku pun nak pakai tudung gak
*tetiba jadi pondan hahahahaha

ummi_norseha said...[Reply to comment]

sebab apa nk tudung nie...sebab selesa,kemas je bila di pakai...simple,boleh dipakai seringkas manapun tapi tetap cantik...

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...[Reply to comment]

cantik tdung..:) bls kunjungn..follow sni ye:)

madammondoq said...[Reply to comment]

cantiknya tudung bawal bertone2 tu!!!

Silent Thinker said...[Reply to comment]

Saya nak tudung aidijuma sebab cantik, selesa, mudah dibentuk dan saya penggemar tudung Aidijuma!purple feberet sy ...=)

Liyana Izzati said...[Reply to comment]

Saya nak tudung Aidijuma kerana walaupun sekarang ni kita dibanjiri dengan pelbagai jenis tudung seperti selendang, ariani dan sebagainya, tudung bawal masih lagi berada dalam satu kelasnya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi bila timbulnya fesyen dan trend tudung bawal yang pelbagai seperti tudung bawal Aidijuma ini mampu buat saya seperti Wow!, tudung Aidijuma sangat cantik dan aku perlu ada satu. Selain tu tudung bawal Aidijuma memang sedang in sekarang lagi-lagi datang dengan pelbagai warna yang menarik sekali. Lagipon tudung bawal mudah dibentuk dan sesuai dengan semua jenis muka terutama muka saya yang sememangnya bulat ini. Hahaha.

meya miyo said...[Reply to comment]

Me nak tudung Aidijuma sebab Me adalah sorang yang bertudung. Me nak tudung banyak sebab Me punn suka pakai Tudung :) Memakai tudung tu kan adalah kewajipan bagi umat islam :) Me harap sangad yang Me akan dapat tudung nii. Me memang sayangkan rambut Me dari dilihat oleh lelaki jadi Me harap Me dapat tudung . Boleh kannn ;) Thankyouu :*

She's Enon said...[Reply to comment]

wahh, senget ni. hehe. gudluck.

Pondok Usang said...[Reply to comment]

nak jugak...

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

menjual tudung sudah ke...apapun bagus juga ada duit poket kan

Adylia Qarissa said...[Reply to comment]

tengah laris tudung bawal sekarang nie..

[sutera kasih] said...[Reply to comment]

semua syarat dh buat, saya nk tudung bawal aidijuma sebab simple, sweet & gojes..so bagila sy tudung bawal tu ekk hehe thanks :)

semutsengal said...[Reply to comment]

ni kau join give away ke ?