Skizofrenia- kegagalan fungsi otak


SIAPA sangka pemenang hadiah Nobel, John Nash dari Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang individu genius dalam bidang matematik merupakan penghidap skizofrenia selama tiga dekad. Namun, selepas tiga dekad berjuang melawan penyakit tersebut, Nash akhirnya berjaya pulih seperti sediakala dan menjalani kehidupan normal seperti manusia biasa.

Cerita di atas membuktikan bahawa pesakit skizofrenia boleh disembuhkan. Pesakit berpeluang menjalani kehidupan normal meskipun terpaksa mengambil masa bertahun-tahun lamanya.
Skizofrenia sebenarnya adalah satu penyakit kronik, teruk dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka.
Keadaan ini biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka yang menghidap skizofrenia selalunya bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak cakap selama berjam-jam, atau kelihatan baik sehinggalah memperkatakan apa yang mereka fikirkan.

Gangguan ini dikaitkan dengan ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak yang dipanggil neurotransmiter. Jika kimia yang membantu sel saraf berkomunikasi dengan otak ini terjejas, maka ia akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkinan termasuk simptom penyakit mental.
Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara negatif seperti bapa sanggup membunuh anak, anak membunuh ibu dan sebagainya yang mana berita-berita tersebut boleh kita baca dan tatap di dada-dada akhbar.
Bagaimanapun, skizofrenia biasanya sering dialami oleh kaum lelaki berbanding wanita atau dalam erti kata lain, kebarangkalian lelaki menghidap penyakit ini adalah lebih tinggi.
Mengikut kajian, lelaki akan mula menghidap penyakit ini dalam usia 20 tahun hingga 28 tahun manakala wanita pula pada usia 26 tahun hingga 32 tahun. Ini merupakan peringkat awal bagi penghidap penyakit skizofrenia. Justeru jika tidak dirawat lebih awal, ia boleh membawa kepada akibat dan kesan yang buruk.
Di Malaysia, masyarakat masih memandang hina terhadap pesakit skizofrenia yang sering digelar sebagai 'orang gila'. Justeru, penghidap skizofrenia sering terpinggir dalam masyarakat. Kehadiran mereka tidak dialu-alukan malah menganggap akan mendatangkan bahaya.
sumber: KosmoOnline





                                              Banner



Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

9 rajin komen:

Anonymous said...[Reply to comment]

ntah2 memang ade syaitan ikot die? tengteng

mirmashi94 said...[Reply to comment]

pernah dengar sal penyakit nie,tapi x pernah paham betol2. mungkin jugak kurang pendedahan,so x ramai yang alert sal penyakit 'org gila' leh sembuh. besides,maybe still kurg pakar kan kat negara kita? hehe.

Unknown said...[Reply to comment]

owh maiii.. menakutkan gak syndrom ni..

Unknown said...[Reply to comment]

bahaya jugak penyakit nie.......

Ezad Skytech said...[Reply to comment]

agak menakutkan jugak skizofrenia ni...

Unknown said...[Reply to comment]

Mmg seram
tp bgus kn ley smbuh

Hanis MY said...[Reply to comment]

akak tgk movie pasal John Nash tu mmg kesian tgk dia tapi last2 dia ok sket walaupun tak recover sepenuhnya...

Unknown said...[Reply to comment]

sayangilah otak anda..
hehe

semutsengal said...[Reply to comment]

Err,


john nash yang cerita dekat tivi tu eh ? teori apa tah eh ?