Baca bahg. 1: kat sini
Bahg. 2:
Air jernih masih
mengalir di pipiku. Aku tau kesilapanku amat besar. Hukumannya amat menyiksakan
aku. Lama sangat aku tinggalkan ibu. Kini, bila aku sudah mahu pulang,
memperbetulkan semua silap ku, aku dah terlambat. Masa tak menungguku. Wanita yang
kusayangi itu bukan milikku lagi.
Ibu yang
duduk di sebelahku ini, hanya mampu senyum bersama air mata. Dia tak mampu lagi
bersuara. Dia tak boleh menyentuhku lagi. Dia takkan memasakkan makanan kegemaranku
lagi. Takkan mencium pipi ini lagi.
“Ibu dah tak ada. Ibu dah pergi!!”
Ayat itu ku
laung sekuat hati dan ku ulang berkali-kali. Biar aku sedar wanita itu dah tak
ada lagi. Ibu yang duduk disebelahku ini menangis. Tangannya seolah-olah mahu
menyentuh wajahku. Dia seolah-olah mahu bersuara. Aku tau ibu rindu. Aku kejam
ibu. Membiarkan ibu dalam kerinduan. Akhirnya kau pergi tanpa aku di sisi.
Aku selalu
janji nak jenguk ibu, tapi aku mungkir. Alasan ku, aku sibuk. Tak ada cuti. Aku
akan kirim duit belanja. Ibu asyik suruh aku balik sampai aku rasa rimas. Aku memang
anak tak guna. Setahun yang lepas, bila aku merancang nak balik, aku dapat
panggilan yang ibu pengsan. Dan dalam perjalanan pulang, ibu dikatakan sudah
menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ya, dah
setahun berlalu tapi penyesalanku bagai tiada penghujung. Lepas ibu tak ada,
selalu aku ke sini. Melepaskan rindu. Dapat ku rasakan kasih sayang ibu di
rumah ni. Tak sempat aku memohon ampun. Ibu, halal kan segalanya bu. Maafkan
Wan. Wan sayang ibu.
Aku tak akan berhenti menemani dan
menyayangimu hingga matahari tak terbit lagi.
Bahkan bila aku mati, ku kan berdoa
pada Illahi untuk satu kan kami di syurga nanti – Wali band, Doaku untukmu sayang.
Ps: sayangilah
orang tua kita selagi masih ada. Moga kita berpeluang berbakti padanya. Pada
yang dah kehilangan mereka, doa korang sangat berharga!
***cerita dan watak rekaan semata-mata
20 rajin komen:
sebak baca entri ni...teringat pada mak...huhuhu
sedih aku baca cite ni.. ni kisah hidup awak ke? sama2lah kita mngambil pengajarannya..
@Zul Fattah semuanye rekaan semata-mata
ya btul.. sesapa masih ada mak. sila jaga mereka bebaik. jgn melawan kata dan jgn lukakan hati mereka.. karang bila dah xde kita juga yg kesal x sudah..
* akak dah xde mak dari umo 10 tahun lagi.. jadi jeles dgn org yg ada mak :(
sedih
Ada sambungan ker?
dalam.^___^
saye sayang ibu.. =)
alhamdulillah, banyak pengisian cerita ni :)
mak ngn ayh.. dua2 CK syg..
kecik2 da ade bakat menulis . hehe . leh jadi novelis nie . :) . besh cite nie . buat akak muhasabah diri sejauh mana akak buat bakti kat ibu akak . huhu .
sedihnye..harta tak kan dapat mengganti kasih seorang ibu..
tacingnyerrr...teringat kat mak...bertambah x sabar nak balik kg...
huhuhu sedihnyola pulak…
sedeh nyee.. oh , i love my mom ! :)
ni cite betul ke cite reka2? tengok bawah macam reka2.. tapi memang touching.. ish ish... kne sayang family selagi berkesempatan kan..
Ok minggu depan aku balik sabah.. Tak sabar nak dakap mak aku hehehe..
@kay_are x rekaan je..juz nk bg tau yg kesibukan tu duniawi je..kasih mak dan ayah disanjung smpi ke syurga ;)
sedihnya..huu
hargai n balas la budi n jasa ibu bapa kita...
rindu kat mak.......hu hu hu
Post a Comment