dari: sini
Lama dah aku
tak balik menjenguk wanita kesayangan ku. Sejak kehilangan ayah tercinta masa aku berumur 2 tahun, ibulah segalanya
bagi ku. Dialah ayah, dialah ibu. Ibu bekorban
segalanya untuk membesarkan aku. Siang malam bekerja untuk menanggung makan
minum dan pelajaran ku.
“Ibu, nanti
bila Wan dah besar, Wan nak cari duit banyak2. Wan tak nak bagi ibu kerja lagi.
Kita takkan hidup susah macam ni lagi. Wan janji”.
Ah, teringat
lagi janji aku waktu tu. Dan janji tu pun terkubur bersama masa. Masih terbayang
lagi senyuman ibu masa aku menuturkan janji. Ibu kata, ibu tak mahu harta yang
melangit, ibu mahu aku jadi anak yang baik.
“Kalau Wan
sibuk cari duit, nanti Wan lupa ibu pulak. Wan tak payah pergi jauh la, duduk
dekat dengan ibu”. Ibu tersenyum. Manis sungguh. Sebab ini kot yang mampu
menawan hati arwah ayah.
Aku melangkah
keluar dari kereta. Pandangan ku terhala ke sebuah rumah kayu yang kecil. Sunyi
macam tak ada penghuni. Aku memberi salam. Terjenguk wajah ibu yang tersenyum
manis. Ah, rindunya aku! Aku panjat tangga, sambil bibirku berkata, “Ibu, Wan
dah balik”. Aku ingin menghulurkan
tangan, menyalami dan mencium tangan ibu. Aku nak sangat memeluk tubuh kurusnya
itu. Tapi aku tak mampu.
Aku masuk ke
rumah. Suasana sama macam dulu. Susun atur kerusi masih sama. TV kecil yang
buruk tu pun masih di tempat yang sama. Aku toleh pada ibu. Ibu masih lagi
tersenyum. Ibu ni tak nak tanya ke aku nak makan apa. Lapar sangat ni.
“Ibu, Wan
teringin sangat nak makan asam pedas ibu. Masakkan lah bu”. Aku ni pun, mintak yang bukan-bukan aje. Ibu cuma
diam. Tak membalas apa-apa.
Entah kenapa
tiba-tiba aku menangis. Lalu aku meminta ampun pada ibu. Maafkan anakmu sebab
dah lama tak balik. Dah lama tak bertanya khabar. Ibu, kenapa diam aje. Wan
rindu sangat- sangat ni. Mesti ibu marah kan.
Dan ibu,
masih duduk di kerusi rotan itu, bersebelahan dengan ku, masih diam membisu
tapi bibirnya menguntum senyum. Jernihnya wajah ibu………….
Bersambung….
ps: sori kalo panjang sangat dan bosan
8 rajin komen:
tersentuh biler baca.....
tertiba teringat ibu kat kampung....
kisah benar ke atau ?
bia aku teke..mst wan tu da mati kan?hehe
xbosan lah!teruskan cerita please
tetiba ak rasa nak call ibu. .
nice... :)
waiting for next one :D
i'll waiting for the next.. ewahh. hehhe
uwaaaaaaa.. napa citer macam ni. dah siat-siat hati aku ni...
Post a Comment