Aku peluk
tubuh. Terasa udara yang menyapa teramat dingin. Ku tarik nafas perlahan-lahan bagi
menghalang air mata tumpah ke pipi. Benarkah apa yang dikatakannya? Aku tak silap
dengar? Tapi kenapa?
Kau nak ke
mana?
“Aku kena
pergi. Kau jaga diri baik-baik. Aku janji aku akan selalu kirim berita”.
Boleh tak aku
ikut sama? Kita kan kawan baik..
“Tak boleh. Aku
pergi ni ada sebab. Kau jaga la diri tu. Tunggu aku balik”.
Aku terdiam. Tak
mampu berkata apa lagi. Kejamnya dia yang sanggup tinggalkan aku sorang-sorang
kat sini. Hei siapa nak kawan dengan aku lagi!
Berapa lama
kau nak pergi ni?
“Tak lama. Kau
jangan risaulah. Jaga diri, jaga makan. Paling penting jangan lupa aku”.
Ok aku janji.
Berapa lama pun aku akan tunggu. Janji kau akan balik jumpa aku ya?
Tersenyum dia.
“Ya percaya la cakap aku. Tunggu aku balik ”.
Habis saja
ayat tu, dia pun berlalu. Separuh jalan dihadapan, dia menoleh sekejap. Tersenyum
dan melambai padaku. Aku melambainya kembali. Saat dia berpaling semula, air
mata pun jatuh. Biarlah dia pergi tanpa wajah tangisku dalam ingatannya………….
Dan selepas
bertahun-tahun, dia langsung tak kembali. Itulah kali terakhir aku melihatnya. Aku
pasrah. Bodohkah aku kerana mempercayai kata-katanya? Mungkin takdir ini yang terbaik untuk aku dan dia.
ps: cerkon ni terhasil berdasarkan lagu T-ara Cry cry. cer baca sambil dengar lagu ni. hehe..mari berjiwang ;)
ps lg: meh sini join contest!
11 rajin komen:
pendek sgt
tp serius best
sian die
emosi ni
Penuh dengan Rasa.. penuh dgn emosi. pendek dan padat..
*Aku ikut sedih.. sob..sob..
novel ke ni? hehehe tetibe nk nyampuk x bg salam :P
huh!!! ade unsur2 touching......
sungguh emosi baca entri ni... takde sambungan ke?
then???? tak balik gak? xde call ke?
cerkon..??? mcm makanan bunyi eh
lirik lagu cry cry pun tak faham.. cane?? @.@
@Mr.She x la..cerita kontot (cerkon) hehe
@Muhammad Saiazuan Norhalik x..kejam kn
@kay_are x phm? cry cry la jwbnye haha
Post a Comment