Kerana Allah masih sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiap kali bila diuji tak kisah la dengan kesusahan, kesakitan atau kehilangan, kita akan bersedih dan menangis. Sedangkan bila difikirkan balik, apa yg dirasa tu tak la sangat membebankan.

Kata lah kita jatuh sakit. Kita mengeluh dan berkata yg sakit ni amat payah untuk kita. Kita berdoa semoga cepat sembuh. Dan dengan izin Allah, kesihatan kita dikembalikan. 


Kau sedang diuji sebenarnya...


Sedangkan kita tau, nikmat dan kesenangan yg Allah bagi macam2. Sangat banyak. Tapi bila teruji sikit mula gelabah. Sakit cuma sekejap sedangkan masa sihat kita sia-siakan waktu. Takkan tak boleh diuji langsung sedangkan kita dibiarkan hidup dengan selesa selama ni?

Tu la tanda betapa kita ni lemah. Sehebat mana pun kita di mata dunia, tetap kerdil dan hina di pandangan Allah; melainkan orang yg beriman. Hebatnya kasih Allah dibagi apa yg kita perlu. 

Selagi masih ada kudrat, selagi masih nyawa menyarung tubuh, tunduk dan sembahlah Dia. Wallahualam.



 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

11 rajin komen:

Kayu Manis said...[Reply to comment]

assalamualaikum adik..

betul,kita ni semmgnya hamba yg sgt lemah,bagi kemewahan,atau kejayaan rasa seronok,,bila Allah bg kesusahan,kesedihan tak larat nak menanggungnya pada hal,tak terhitung byknya nikmat yg Allah kurnikan pd kita.."nikmat mana yg hendak engkau nafikan:ar Rahman,ada 32 ayat ini di dlm surah ar Rahman.

p/s kak tinggal di gombak selangor

Unknown said...[Reply to comment]

setiap ujiannya ada hikmahnya

Unknown said...[Reply to comment]

kita diuji dan diduga kerana Allah sayangkan Kita.....
Supaya dgn kepayahan dan kesakitan itu kita kembali kepadanya.....

Salina Mat Isa said...[Reply to comment]

Bila sakit je bru nk igt Allah..bru nk igt dosa2 yg byk..sbb tu prlu brsyukur jgk ble sakit..tanda Allah sayang kita..

Dylla Abas said...[Reply to comment]

kadang2 merungut juga bila sakit terutamanya kalau kena selesema...astaghfirullah...tak patut kan merungut macam tu..

nice entri sis :)

Scha Nazri said...[Reply to comment]

Allah itu maha kuasa. SubhanaAllah.

Unknown said...[Reply to comment]

Betul-betul. Ujian datang adalah untuk menguji keimanan kita. Sakit tandanya Allah swt sayang kt kita supaya kita sentiasa ingat padaNya. Hehe

aizamia3 said...[Reply to comment]

biarlah ingatan kita kepadaNYA seiring baik semasa sakit mahupun tidak.. ;)

M Fizan said...[Reply to comment]

moga kita semua menjadi hamba yang bertakwa. baca entri ni teringat dua ayat al-quran. pertama, kita tak diuji melainkan setimpal dengan kemampuan kita. kedua, takkan kita mengaku beriman sedangkan kita tak diuji. salah satu dari lima perkara : hargai masa sihat sebelum sakit :)

Hanie Dew said...[Reply to comment]

semlm baca entry pasal sakit dan diuji di blog M Fizan tu,bila kita sakit 3 malaikat diutuskan utk tarik rezeki,selera mkn dan dosa, bila sihat, hanya rezeki dan selera dikembalikan,dosa kita tak dikembalikan. betapay sygnya Dia pada kita.

Nur Aqilah said...[Reply to comment]

jatuh bangun adalah asam garam kehidupan. tanpa mereka tiada lah manis nye kehidupan.

:)