Mungkinkah ada pertemuan kali kedua? Jikalau tidak, apa makna disebalik pertemuan ini?
Dan dia terus biarkan dirinya terjatuh.....
Suatu petang, aku jalan-jalan di taman. Seorang diri tak
bawa teman. Dalam keriuhan orang ramai yang datang bersantai, aku ternampak
kau. Kau duduk dibangku menghadap tasik.
Aku dibelakang tak nampak wajah kau. Aku menapak bergerak mendekat.
Cantik! Aku terpana. Masa aku pandang kau tengah menunduk. Kau gigit
bibir. Macam ada sesuatu yang tak kena. Ya air mata tu. Air mata itu
mencacatkan kecantikan kau. Bersila atas rumput, duduk dekat dengan kau.
Kau masih menangis. Kenapa ya? Tak mahu tanya. Ku seluk
poket seluar jeans lusuh dan hulur sapu tangan dekat kau. Kau sambut dan tersenyum sedikit. Kau macam
bidadari bila kau senyum tapi kenapa kau bazirkan air mata tu?
Masa berlalu. Kau masih membisu. Tak apa aku cuma nak teman.
Sekurang- kurangnya kau tak keseorangan. Dengan penuh tabahnya aku masih
menunggu di situ. Umpama sang pencinta yang setia. Pencinta?
Tiba-tiba kau bangkit. Menoleh sekilas sambil berkata terima
kasih dan…kau pergi. Eh nanti dulu tapi
kau tak toleh. Kau berlalu dengan laju. Aku terkedu. Teralih mata atas bangku,
sapu tangan ku di situ. Ku ambil dan ku genggam. Erat. Basah dengan air mata
kau.
Saat matahari mula menghilangkan diri. Saat burung- burung
mencari jalan pulang ke sarang. Di suatu petang di sebuah taman, aku terjatuh. Sungguh
betul aku dah terjatuh. Kaulah penyebabnya. Kau datang tiba- tiba dan kau pergi begitu sahaja. Tapi siapa kau?
18 rajin komen:
heee...best :)
best story :)
pastu??
nk tau ending
tu je ke
sdapnya ayt :)
adakah itu cinta pandang pertama?????
kenapa dibiarkan perasaan itu jatuh kalau diri sendiri tidak bermaya utk menerimanya......
mungkinkah ada pertemuan kali kedua? kalo x, apa makna pertemuan ini? hehe
lama tak singgah sini. pergh, mantap! tapi ending tergantung. sambung cepat! haha. sedih kot jadi laki tu. kena tinggal lepas berbakti. nasib sang pencinta.
insyaAllah ada sambungan ;)
sedih! kesudahannya? ade lg x sambung?
akan di baca mlm ini dgn bersunguh-sungguh
cinta pandang pertama lah agknya...
siapakah. bidadari dr langit . mungkin.
cerita terpendek aku pernah baca..simple.straight forward citer ko.nice anyway. =)
oh ya..bila baca aku terbayang mcm video clip je scene dlm citer ni. XD
bestnya
Dah tulis cerpen?awesome!hihihi
nice :P
awesome
:)
Post a Comment