Ayam panggang golek Pantai Dalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa zaman dolu2, masa aku kecik lagi. Eh tak kecik sangat la kira masa skola rendah la. Abah selalu bawak pergi makan ayam panggang golek dekat Pantai Dalam, kat Kerinci. Kedai tu selalu ramai orang. Masa aku pergi baru2 ni, dah cantik kedai dia. Dulu mana bertutup. Brape tahun tak pergi berubah la kan. Tapi wujud lagi kedai tu.

Masa ni baru lepas amik aku kat Hentian Putra. Aku yg memang kelaparan seharian dalam bas dan tak makan memang berselera sungguh ler. Err..kalo dah makan pun aku tetap berselera hehe. Tapi aku tak ratah ayam banyak pun malam tu. Nyesal tau. Penat kot baru sampai. Rasa kenyang pulak bila makan dengan family. Puas dapat tengok muka dorang. Ceh ayat.....

Aku suka ayam dia yg disalut rempah. Sos cili dia pun sedap. Tapi yg baru aku makan ni lain sikit. Agak kering tak berempah macam dulu. Kitorang ambik pakej. Dalam pakej tu ada la ayam panggang, tomyam, kerabu mangga, khailan ikan masin, telur dadar dan 4 pinggan nasi. Tapi nasi tu opkos kena tambah la sampai jadi berpinggan pinggan hehehe



Adik yg tak padan dengan badan kecik tapi abes segelas fresh orange kat dia sorang. 





Nasi + ayam panggang. Adeh teringin nak makan lagi la. Carrot tu saje aku curik letak dalam pinggan aku buat hiasan. Comel je tapi mana boleh lawan Bro Remy bab2 menghias makanan ni hehehe..



Yang ni kerabu mangga. Aku rasa tak sedap tapi mak cakap sedap. Kerabu mangga memang peberet aku tapi yg ni tak kena dengan tekak kot. Suka yg mak buat lagi.


Nasi ayam adik yg tak abes. Tangki kecik macam tu la. Ayam tetap ayam panggang. Yummeh!!


Tiap kali balik rumah macam ni la. Abah memang suka jamu anak2 dia. Masak macam2, bawak keluar makan. Kalo adik laki aku balik cuti pun macam tu. Macam mana aku nak kurus? Lepas tu dia jugak yg kutuk aku bila nak kurus. Sabo je la. Comel kan abah hihihi...




 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

11 rajin komen:

Zul Fattah said...[Reply to comment]

rugi r yg tak hbis tu.. haha.. masti kna hbiskan tu.. ayam panggang

Iffah Afeefah said...[Reply to comment]

nmpk sdp

xbselera nk mkn lau de pon

Zul De Alexis said...[Reply to comment]

perghhh sedap...kalau guwa dpt makan memang licin..kih2

Nong Andy said...[Reply to comment]

Ayam tu aku tak heranlah. tapi yg memikat tu kerabu mangga hehehehe

Uncle Jonni said...[Reply to comment]

kalau aku licin aku kejekan,,,... huhuhuhuhhu

cik lala said...[Reply to comment]

perghh...kerabu mangga..terliur....

Hanie Dew said...[Reply to comment]

abah, bile nak jamu anak yg kat sini plaks...ahakahak...

nampak sedap la wei..
lapar..laparr...

♥ wawawawa ♥ said...[Reply to comment]

waaahhh sedappnye!!

nyum nyum terliur

Remy hazza said...[Reply to comment]

nak sikit......
nampak best sangat !

teratak hati said...[Reply to comment]

Sedapnya..bestnya abah dia..

Nur Aqilah said...[Reply to comment]

hahaha beb, makin kebuluq ak bla tgk ayam tuhhhh.
:P