Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Cara mengatasi rindu bercinta jarak jauh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cinta jarak jauh memang menguji hati dan perasaan lebih2 lagi yang dah berkahwin. Yang tak kawin lagi tu bawak bersabar je lah ye. Tapi  nak cakap yg cara ni boleh dipraktikan bagi yang dah kahwin. Yang ni kopipes je dengan sikit penambahan atau pengurangan haha :D


Hubungi orang yang dirindui

Mendengar suara si dia sudah cukup untuk menggembirakan kita. Kita akan senyum atau menangis bergantung pada tahap kerinduan. Selain calling, kita juga boleh SMS, email, BBM, whatsapp video call, utus surat atau pun telegram. Ohooi zaman bila tu? 

Melihat foto atau video si dia

Kalau rindu, tataplah gambar atau video yang kita ambil bersama si dia. Perhatikan betul-betul apa yang membuatkan kita tertarik dengannya dan ingati saat manis-manis bersama dengan si dia. Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh lihat gambar atau video si dia selain dalam album gambar. Dalam handphone, facebook, blog atau laman social yang lain.

Kunjungi tempat yang pernah dilewati bersama

Pergilah ke tempat yang biasa dikunjungi ketika bersama dulu. Ia betul-betul membangkitkan kenangan bersama si dia. Gambarkan dia ada bersama kita. Biarlah orang sekeliling nak cakap kita gila. Pedulikan apa orang lain katakan asalkan rindu yang berbuku dihati dapat diubati. <--- macam dah parah je ni
Antara yg bercinta jarak jauh..
Suwit kan dorang ni? 

Memeluk pakaian si dia

Tahu tak bau pakaian yang telah dipakai oleh pasangan kita boleh mengubat kerinduan? Sebab itu bila sahaja ibu yang kehilangan orang yang disayanginya dia akan memeluk dan mencium pakaian untuk melepaskan rindu. Mungkin dengan memeluk dan cium pakaian orang yang kita sayangi itu, kita dapat merasakan si dia hampir dengan kita. <--- yg ni suwit je kan?

Lakukan persediaan untuk dia

Bila terlalu kemaruk dengan rindu, banyak aktiviti harian tak dapat dilakukan dengan sempurna. Sebab kita hilang fokus. Mandi tak lena, makan tak basah, tidur tak kenyang. Jadi setkan di fikiran semua aktiviti yang kita lakukan itu semata-mata untuk si dia, orang yang kita rindui. Anggap sahaja kita sedang melakukan persediaan untuk menyambut dia pulang. Mungkin dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat.
Kalo dah buat semua ni pun, rindu tu masih ada kan? tapi sekurang kurangnya terubat la sikit. Tak apa, si dia akan kembali jugak kan..
KLIK kalo korang hebat!
 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Tips: jadi lah blogger yang baik


Masterpiece fanpage.Silalah LIKE. arigatou ^^


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

jadi blogger, kena  peka ngan ape yang ada kat sekeliling kita. kena alert ngan isu2 semasa, kena tau banyak mende, kena banyak baca.

supaya orang dapat 'sesuatu' bila masuk blog kita. biar ada 'rasa'.. 

kata abang Ben 10, cari la identiti blog biar orang boleh beza kan blog kita ngan blog orang lain.

korang rasa, blog aku pasal ape?? maksudnye, bila nampak nama Masterpiece atau eera shera, apa korang bayang? blog artis? isteri Zahiril adzim? >> ops tak ade kaitan

aku tau ramai je yang nak cari tips2 blogging. tengok search keyword Masterpiece, mesti ada orang cari 'macam mana nak buat blog menarik'..

Tips tu tanya la pada yang pakar... banyak sangat pengalaman dorang..

persoalannya: macam mana nak dapat komen yang banyak macam  dia ni (jeles tau), macam mana nak buat entri menarik, tertarik dan da bomb..

bagi aku, jadi la diri sendiri. tulis dengan ikhlas, terima kritikan dan makian (oh berdarahnya hati), tulis kerana minat, manfaatkan apa yang ada kat sekeliling, dan jangan curik hasil kerja orang atau senang cite jangan kopipes dan buat2 macam tu korang punya

lagi..jangan sombong, selalu2 la tegur, jangan kedekut tolong orang lain, bila kita baik ngan orang, kita jugak akan dapat kebaikkan tu balik. 

biar la apa orang nak kata. 'blog sampah' tak wujud. sampah sarap dan sampah masyarakat ada la. yang jadi sampahnya kalo buat kotor dan burukkan orang lain. 




 
Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Kongsi cerita : Antara tips menarik

Antara tips menarik yang korang boleh tengok kat sini:

gayakan: 







sekadar panduan:


tips blog: 




lain2:





diharap dapat membantu, tak banyak sikit pun jadi la ek..hehe


ps: cer tengok kat sidebar. ade poll yang kaler pink tu kan. kalo rajin jawab la. nak buat survey sikit. ape kata survey?!!! ngeheheee..


 
 Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Tips: 10 perkara penting pilih kasut

suka wedges shoe..tapi kalo tinggi camni sakit kaki gak


Kalau beli kasut, lepas tu tak selesa. Ketat lah. Melecetlah. Jangan salah kan kasut. Salahkan diri sendiri. Hahaa... jom tengok tips ni. 

1. Beli kasut waktu petang atau malam. Masa ni otot kaki akan mengembang dan membessar sikit.


2. Cuba try test kasut tu dua2 belah kaki. Berdiri tegak, dan cuba jalan. Pastikan selesa bila pakai dan tak himpit kaki.

3. Pilih kasut sesuai dengan aktiviti. Kalau untuk kasut sukan, pilih kasut yang melindungi jari- jemari kaki yang halus lagi runcing tu. Hahaha..ye la takkan nak sukan beli selipar jamban  pulak kan kan..

4. Pilih kasut yang berkusyen tebal dan diperbuat dari bahan ringan bagi mengelakkan dari tercedera. Ingat tu, kang bila kasut berat, silap2 kena merangkak pulak. Hahaha

5. Untuk aktiviti lasak, belilah kasut yang bertapak tebal untuk menahan hentakan tumit dengan tanah. Pernah pakai selipar nipis pi kelas nak2 pulak 5 minit sebelum kelas. Memang azab!

6. Pastikan tumit ngan jari kaki tak terlebih dari saiz asal kasut.

7. Jangan pilih kasut yang terlalu ketat. Kaki boleh sakit dan melecet.

8. Pastikan kasut dibuat dari material yang mampu membantu kaki bernafas. Kang kalau kaki sesak napas, sape nak buat CPR?

9. Pastikan tumit tak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.

10. Apa yang penting, kerjasama! Oh tak.. apa yang penting, keselesaan bila memakai. Jangan main beli je.


ni kes terlebih kasut


lagi tips: tips rambut sihat

ps: mai la join segmen pertama Masterpiece :)


Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Tips: Cara yang betul pakai maskara


>>Paling penting, pilih maskara yang ada banyak fungsi: memanjang, melentik dan menebalkan bulu dada, ops salah..bulu mata.

>>Untuk kesan lebih menyerlah, sebelum memakai maskara: gunakan penyepit bulu mata bagi lebih lentik dan melengkung pada bulu mata.

>>Tarik maskara dari bekas dari arah yang sama. Jangan bagi maskara terdedah pada cahaya dan angin sebab cairan mudah mengeras.

>>Letakkan berus gigi ops berus maskara pada sisi bawah bulu mata. Secara perlahan-lahan, sapukan maskara dari akar sampai ke hujung bulu mata dengan gerakan zig zag. Cuba beberapa posisi untuk menambahkan lentikkan.

>>Jangan berkedip selama beberapa jam. Eh tak. jangan berkedip sampai konpiden maskara mula mengering. Sapukan lapisan kedua untuk nampak lagi wow.

>>Pakai maskara mula dari bahagian dalam dan sapukan sampai ke hujung.

>>Gunakan kapas untuk bersihkan maskara yang comot di sekitar mulut, ops mata.

**Jangan:
>>Mengepam batang maskara untuk dapat lebih pekat. Tolak tarik batang maskara berulang- ulang akan mendedahkan angin masuk.

>>Membiarkan maskara terdedah lama-lama. Nanti lemau :p

tips lain: tips: 10 cara pilih tudung yang sesuai



 
 Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Tips: 10 cara pilih tudung yang sesuai

comelnye la dia ni..

>>Pilih tudung daripada fabrik yang sesuai seperti kain kapas, kain kasa (bawal), jojet dan laycra.

>>Kalau memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju yang berwarna garang dan polos.

>>Kalau pakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung dari warna yang paling sikit di baju yang dipakai.  

>>Bagi yang berkulit kuning langsat, pakai tudung dari warna biru, lavender dan pink. Elakkan warna hijau dan kuning supaya tak nampak kusam.

>>Bagi yang berkulit putih, pilih tudung yang berwarna hijau, ungu dan lavender untuk nampak lebih segar. Elakkan warna pink supaya tak nampak pucat.

>>Bagi yang berkulit sawo matang, pilih tudung warna hijau dan kuning supaya nampak lebih cerah. Elakkan warna kelabu gelap supaya tak nampak kusam.

>>Bagi yang berwajah bulat, pilih tudung yang bercorak kecil dan tak penuh supaya muka tak nampak penuh dan tak terurus.

>>Untuk tampil lembut, ceria dan  berkeyakinan, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah.

>>Tudung yang berwarna gelap dan kusam akan membuat si pemakai lebih berusia dari umur sebenar.

>>Elakkan pakai tudung yang sedondon dengan warna baju.

ps: yang penting nawaitu ;)