Duduk atas awan


Terduduk. Terkedu. Mengapa harus aku? Mengapa bukan mereka?

Mereka ketawa. Tersenyum. Aku hanya tertunduk. Menangis.

Di sini, aku seorang. Pandang ke bawah mata membengis. 

Marah pada penyebab segala sengsara.

Tidak adil. Menggeleng. Hidup amat kejam. Puas mengeluh, ku dongak.

Terpana. Oh birunya langit. Oh indahnya. Luas. Teguh di situ.

Lapangnya dada. Terasa mahu terbang. Mahu duduk atas awan. 

Cahaya yang menyinar, menyuluh hati yang hampir mati.

Aku mahu terus hidup. Mahu menatap langit yang indah.

Tangan didepang. Mata tertutup. Kepala mendongak. Sambil berbisik..

Manusia hina seperti aku, masih punya ruangkah di tempat ini?


ps: mood nak menulis takde. berpuisi emo pulak la :p



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Banyak lagi pintu yang terbuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada waktunya, terpaksa jugak berpura- pura. Senyum biarpun hati terluka. Ketawa walopon hati menangis. Jangan pentingkan diri sangat. Mengharapkan orang paham masalah kita. Semua orang ada masalah.

Tak payah nak bandingkan masalah kita dengan orang lain. Masalah tak sama, cara penerimaan seseorang pun tak sama. Mungkin kita nampak kecik je masalah tu, tapi besar bagi dia.



Pape pun yg jadi, hadapi dengan senyuman. Kalo penat, benti sekejap. Tarik nafas, dan jangan lepas. Ops tu kalo nak bunuh diri la. Tenangkan pikiran dan kembalikan semangat yg hilang. Kalo rasa menangis tu melegakan, menangislah. Hidup ni kena diwarnakan dengan tawa dan tangisan.

Bila ada masalah, mungkin kita rasa beratnya masalah tu, rasa macam tak ada jalan keluar. Tapi tak lama pun. Lepas selesai semuanya, kita akan ketawa. Ek eleh, mende kecik je pun. Hari tu rasa cam nak mati je. Rasa macam hilang je harapan. 

Harapan selalu ada. Satu pintu tertutup, banyak lagi pintu terbuka. Tuhankan ada. Tuhan tak kejam. Ingat tau, kita ada senjata yg sangat ampuh. Tau kan apa senjata tu?

kata2 hikmah: Ramai yg boleh bersabar bila ditimpa musibah. Tapi tak ramai yg tau bersyukur bila dapat nikmat. 

Menarik:


Tolong KLIK. TQ


 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Lagu Melayu dulu dan sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lagu dulu dan sekarang memang berbeza. Berbeza dari segi muzik, tempo dan lirik. Ceh macam tau je padahal main sebut je kah3. Tengok la sekarang kpop dah macam virus kat negara kita. Cepat je menular dan berjangkit. Bukan setakat pada lagu, tapi pada baju jugak. Dan rambut mungkin haha.. muka gelap ada hati nak rambut merah. Geli la. 

Larik tajuk pulak. Berbalik pada lagu tadi. Ramai lagi yg masih minat lagu Melayu? Aku nak cakap pasal lirik. Lagu2 lama liriknya agak puitis dan ada maksud tersirat. Lagu sekarang? Biasa je. Ada jugak yg sedap liriknya. Tapi kebanyakannya tak membawa mesej, tak puitis, tak berbunga la kononnya. 
Lirik lagu sekarang agak pendek. Sebab tu asyik diulang rangkap yg sama je. Sampai cepat bosan nak dengar. Depends pada selera memasing. Aku kalo lagu best, lirik tak berapa, tak lama lah minat tu. Cuba la dengar. Lirik kadang2 takde kena mengena. Baris yang bawah tak sama macam yg atas. Macam pelik.

Berbeza dengan lagu dulu. Setahu aku lirik yg ditulis M.Nasir dan Arwah Loloq (Rosli Khamis) ada maksud dan kisah yg tertentu. Ada jugak lagu yg ke arah ketuhanan. Banyak lagu M.Nasir yg bercerita tentang Islam, sejarah dan jugak tokoh tertentu. Padahal mana nak dengar lagu2 Sifu tu.

Tapi lagu2 macam yg Sifu buat tu agak berat. Kalo yg tau boleh la dia paham maknanya. Sebab tu orang tak berapa nak minat. Memang orang dengar lagu nak seronok2 je tapi lirik yg baik sampai ke hati kan? Tak nak cakap banyak dan merepek lagi, jom layan lagu orang mati. Eh tak, lagu yg menceritakan tentang kematian, tempat tuju yg abadi, Istana Menanti, Rahim Maarof. Zass.. kikiki




 Menarik:

ps: bosan ek? aku ni pencinta lirik. sape lagi yg nak menghargai seni kalo bukan kita? kah3 bajet cam komposer lagu :p

KLIK!!!

 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Sinopsis Sunan Musafir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam entri ni ada dinyatakan novel Sunan Musafir, siri terakhir pengembaraan Laksamana Sunan atau Saifudin akan diterbitkan hujung bulan Mei, bukan masa pesta buku antarabangsa yg tengah berlangsung sekarang.


Tetapi, sape2 yg nak boleh dapatkan versi hard cover di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Klik gambar kalo nak tau apa sinopsisnya.

Bagi yg ikut cite ni dari awal sampai yg sebelum ni, mesti tak sabar nak tau penamatnya kan? Tapi aku curious betul pasal si Ratna, isteri Sunan yg dikatakan hidup lagi. Kali ni memang kisah cinta ni. Wah eksaitednye!! Rindunya hamba sama tuan hamba wahai Sunan!!

Sinopsis:

Allah menciptakan cinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggu cinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.
Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitiberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah…pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.


ps: sape pegi pesta buku? jeles tau nak pegi jauh pulak :(


Tolong KLIK sini!!

 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

SEGMEN NASZ : FOLLOW AND COMMENT


Menarik di:


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni nak bersegmen pulak. Nak update pun malas. Otak tengah tepu. Segmen ni pun menarik. Lama jugak tak join segmen bro Nasz ni.

KLIK gambar


Jom ler kengkawan meriahkan segmen ni. Kalo baik hati meh tolong VOTE bro Nasz kat SINI

Segmen ni tutup 11 malam ni ;)


KLIK!!
 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Awas, babi dalam makanan!

Menarik:



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai orang Islam, kita kena ambik tau apa bahan dalam makanan yang kita makan. Kita makan sedap je tanpa kita sedar banyak bahan menatang ni dalam makanan. Apa yg sedapnye ntah. Kalo tak silap, produk dari menatang ni agak murah.



Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar: Babi liar.
5. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk: Susu babi.
10.Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.


Tengok label kalo ada tertulis: 
'This product contain substance from porcine’ (Produk ini mengandungi bahan daripada babi’)

'The source of gelatin capsule is porcine' (Kapsul ini dari gelatin babi’).


 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

WW: Kad jemputan kahwin versi kertas peperiksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada yg nak buat macam ni? Unik ni.


sumber: fb



# Klik untuk support blogger hebat di : digi wwwow internet for all awards 2012


KLIK KLIK KLIK SINI!!!


 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Sunan musafir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman untuk peminat siri fiksyen thriller, Laksamana Sunan yg menunggu keluaran siri akhir (siri ke 6)  yang bertajuk - SUNAN MUSAFIR karya RAMLEE AWANG MURSHID. Membawakan tagline - ‘Allah Menciptakan Cinta & Cinta itu Fitrah Manusia’


SM for Tempahan Buku


Pihak KELABRAM memaklumkan bahawa, novel SUNAN MUSAFIR ini tidak akan keluar pada PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012. Ini adalah kerana setiap hasil karya yang akan diterbitkan juga perlu mengikut giliran percetakan. Setakat ini KELABRAM telah dimaklumkan oleh pihak KKSB bahawa naskah ini masih kemungkinan hanya akan berada pada penghujung Mei nanti.

Harga pasaran Sunan Musafir ialah RM21.90 dan harga tempahan novel  Sunan Musafir melalui RAMFC adalah RM28.00 (termasuk caj penhantaran).   --->> (sumber dari KELABRAM)

Aduhai sinopsisnya tak jumpa pulak. Nak tau ni apa jadi kat Saifudin aka Laksamana Sunan tu. Aku tau ada yg tak penah baca kan. Cubalah baca. Mesti jatuh cinta dengan kebaikan dan ketangkasan Sunan haha. 

Tak pernah baca novel RAM? Cer baca. Best tau. Berapa jam je boleh abes sebab suspen dan rasa nak tau tu sampai nak tinggal kejap pun tak boleh kah3. 


KLIK SINI!!!



 Banner


# vote for DiGi WWWOW AWARDS 2012


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

DiGi WWWOW Internet for All Awards 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Korang tau kan sekarang berlangsungnya DiGi WWWOW Internet For All Awards. Kalo tak tau ape kemendanye, google sendiri la. Ramai kan yg join. Ada 16 kategori. Aku pun nak berkempen jugak la. Baru meriah kan haha..

Digi Wwwow Awards

So sape yg rajin mari la mengundi? Dah cukup umur kan? Cer tengok tarikh penting ni.

23 Apr- 13 May: Public voting
9 Jun: Finale


Meh undi kawan2 aku. Dorang ni malu nak berkempen. Yang sorang tu nama pun dah Mr Shy memang tak leh cakap ape la kah3. Jangan marah.. Sape lagi join habaq mai


Please VOTE for them: (KLIK kategori) 


2. Skytech Belog aka Mr Shy : Kategori Blogger of the year


4. Novelis Ramlee Awang Murshid : Kategori No 1 Thriller Novelist 



ps: Rm1 for 1 vote. Ok ni tipu!

KLIK SINI!!!!



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Hebatnya seorang wanita


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Manusia di ciptakan dengan tiga sifat,iaitu sifat malaikat,sifat haiwan dan sifat syaitan.Apabila manusia subur dengan sifat malaikat,maka manusia seolah-olah malaikat berwajah manusia.Apabila seisi rumah tangga subur sifat malaikat,maka aman damai,sejahtera dan harmoni.Inilah yang di katakan "Rumahku Syurgaku."

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.


2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”



3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.



4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"

Diambil dari :  Cinnamon.com <<-------------- KLIK



KLIK KLIK KLIK!!!


 Banner




Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Sesuatu yang kecil tapi besar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam hidup ni, takkan kau tak pernah rasa kecewa atau pun sedih kan? Jangan nak tipu, kau bukan robot. Bila sedih, kau menangis. Lepas tu mood kau tercampak entah ke mana. Kau rasa nak lempang je semua orang yg tegur kau masa tu. Eh? Ada ke? Amboi ekstrem sangat dah tu haha..

Masa ni, kata2 yg sekecik kuman pun boleh bagi kesan. Sama ada kata2 yg baik atau buruk. Ok kata2 yg buruk tamau sentuh. Kita cuba cakap kata2 yg baik aje.

Kata2 atau sikap yg baik, yg cuba ditunjukkan seseorang yg dekat dengan kau masa tu, masa kau tengah sedih tu, kata2 tu sangat besar maknanya. Sangat. Pernah rasa? Walopon sorang je yg cakap macam tu, tapi boleh ubah emosi yg sakit atau hari kau yg mendung hari tu.


Kesannya? Besar. Sekurang-kurangnya kau tau, ada seseorang yg menyokong kau. Ada seseorang yg ambik kisah. Tapi..tapi, tak semua orang suka diganggu masa dia bersedih. Mungkin lebih baik buat dia tersenyum, ketawa dari bertanya, "Kau ada masalah?". Aku pun tak suka.

Contoh. Sama macam kau mintak tolong kawan buat sesuatu. Kawan kau tu bukan rajin sangat pun.   Terpaksa nak jaga hati kau kot. Penat pun satu hal! Kau cakap terima kasih. Sekarang kau dah balas kepenatan dia dengan satu penghargaan. Terima kasih. 2 perkataan mudah yg bagi makna besar. Sangat besar.

Lagi contoh. Biasakan baca post macam ni. Biasakan baca post pasal motivasi, kata2 semangat atau nasihat. Aku biasa jugak buat. Kalo kau tengah ketawa riang masa ni, kesannya mungkin takde. Kau angguk dan lupa. Tapi kalo ada seseorang yg masa ni tengah bersedih, kecewa atau teruji, dia akan tersenyum. Dan mungkin akan cuba memujuk dirinya sendiri. 

Panjangkan. Mungkin bosan. Mungkin tak ubah pape. Tapi cuma nak kau tau, masalah takkan berhenti. Ujian datang dan pergi. Tapi kau tak boleh mengalah. Gunakan senjata yg kau ada tu. DOA. Ah panjangnya bebelan. Siapa la yg sanggup baca abes kan.


***Maaf pada penggunaan 'kau'. Saje nak rasa lebih dekat dengan kau semua. 


KLIK KLIK KLIK!!!!


 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Besar, gagah tapi terancam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kadang yang besar ni nampak aje gagah, tapi dalam hati ada taman woo. Jangan la cuba cari pasal. Buruk padahnya. Tapi besar2 pun, tetap ada yg mengancam. Sebab apa? Sebab kelebihan dan manfaat yg boleh dapat dari ia maka ia dipergunakan. Lumrah la kan semua yg Allah cipta ada sebab. Ada kelebihan.


Umur saya baru sebulan. Apa nama saya?




Oh ini lah saya bila dah besar. Ala malu pulak saya. 




Model mana pulak buat photo shoot ni?


Fakta mengenai Seladang
Seladang boleh mencecah tinggi 1.8 meter, panjang dari ekor ke hidung 4 meter. Berat seladang jantan boleh mencapai 1000 kg dan seladang betina 500-700kg. Tanduknya yg kuat panjangnya dalam 60-115 cm.

Seladang sangat sensitif. Sebab tu seladang senang mati akibat stress. Bila terkejut dengan kehadiran manusia, seladang akan lari jauh. Jangan cari pasal dengan dia kalo korang tak nak kena tanduk haha. 





Pesal ramai sangat manusia hari ni? Oh hai semua. 
Jangan lupa add fb Gajah Kacak ok. 


Saya kecik lagi. Cepat la bagi tebu tu. Lapar ni!!

Fakta mengenai Gajah
Badan gajah diselaputi kulit setebal 2.50 cm tetapi kulit di bahagian dalam telinganya  hanya setebal sehelai kertas. Panjang belalai gajah boleh mencapai 1.8 m dan boleh simpan 8 liter air. Sebatang gigi gajah boleh mencapai 4 kg. 

Menariknya pasal gigi gajah, bila gigi depan haus, gigi geraham belakang akan berpindah ke depan menggantikan gigi tu. Seekor gajah boleh berjalan hingga mencapai 6 km sejam, 2 kali ganda kelajuan manusia berjalan. Mampu berjalan sejauh 20 000 km setahun. 



Penutup
>> Sayangilah binatang. Mereka jugak perlukan perlindungan dari awak2 semua. 
>> Agak2nya kat mana aku ni?
>> Cite sambungan pada entri akan datang hoho..


ps: Letak gambar yg ada ko Munir sebab tu je gambar yg ada muka seladang haha.


KLIK KLIK KLIK!!!


 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Anak tak kenang budi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Takde mak ayah, tak lahir la kita ke dunia ni. Lahir je kita, macam2 tanggungjawab yg besar menanti dorang. Mak ayah la yg besarkan kita, bagi makan, pakaian, tempat tinggal, hantar pegi sekolah, bagi kasih sayang.

Memang tak patut kalo ada anak tak kenang budi yg cakap apa yg mak ayah dia buat sebab dah memang  tanggungjawab dorang. Tak kenang budi namanya tu. Cakap pasal tanggungjawab, berapa ramai yg reti tanggungjawab? Kalo tak, takde la yg sanggup buang anak sendiri. Lagi kejam belum lahir dah dibunuh. Ada jugak yg abaikan tanggungjawab.



Sampai mati pun kita tak mampu balas jasa dorang. Cukup la jadi anak yg  baik. Yang tak tipu mak ayah cakap pegi sekola padahal lepak kat mall siap dating lagi dengan budak-yg-seluar-dalam-pun-mak-basuh. Yang tak tipu cakap nak pegi rumah kawan belaja padahal melencong entah ke mana.

Pikirlah mana yg baik. Kita jahat macam mana pun dengan mak ayah, busuk2 kita pun dorang terima lagi. Dorang mungkin tak kisah anak dorang tak pandai, tapi dorang nak anak dorang jadi anak yg baik.

>>> Selamat Hari Lahir kepada adik lelaki aku yg ke 19. Pehal dah macam bg ucapan kat radio ni. #Eh muda lagi ko rupanya. Eksen ngan aku mentang2 tak cecah 20 lg -_-

ps: taip balik entry ni sbb yg tadi hilang bila tukar old blogger interface. sabo je la mende free..


KLIK KLIK KLIK!!!

 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Pentingnya rakan blogger yang sentiasa menyokong

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih pada penyumbang trafik sepanjang kewujudan Masterpiece. yang paling atas tu Blog Cik Kartun tapi blog dia kena hacked. Nanti dia buat blog baru. Patut la lama dah CK tak kacau aku huhu.. Takda dah orang nak semakkan shoutbox kite tau  :(

save image

Kalau nak orang singgah blog kita, kita jangan la sombong. Tamau tamau macam tu. Ape salahnya tegur blogger lain. Sekali sekala dalam entri masukkan la link blogger lain. Ape salahnye kan sharing is loving. Dalam blog je. Realitinya sharing is scary haha. ye aku tau ye. Nak kata aku kedekut ler tew..hoho


" Ceh cakap lebih la Shera. Kau tu BW pun dah malas sekarang ni!", kata otak.

"Weh aku ada banyak keje la. Test lagi. Tesis lagi. 2 bulan je lagi nak abes study woi", kata hati.



Kata retis, kalo nak entri tu evergreen, tulis la pasal ape yg orang selalu cari/ nak tau. Tapi orang nak tau pasal ape ek? Rasanya blogger Mr Shy pandai main SEO. Tak kisah la kita tulis ape, yg penting tulis dari hati.   Pakaian yg kotor boleh dicuci, hati yg bersih sukar dicari. Eh? Macam iklan sabun basuh kain jep kah3 :p



Tips lain yg mungkin membantu tengok SINI!!!

Sokong aku kan? KLIK la 

 Banner



Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Face-Heart-Love: Tiada rupa tiadalah cinta?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Blog bertukar genre sekejap haha........

Ada ke org jatuh cinta sbb rupa semata-mata? Rupa paras, fizikal luaran yg menarik, kekayaan dan status yg tinggi membuatkan orang memilihnya?

Kita selalu kata tak adil untuk menilai cinta berdasarkan rupa tapi kadang2 kita jugak mahu yg sempurna. Dalam tak sedar kita memilih yg cantik aje. Itu lumrah manusia yg suka pada keindahan dan kecantikan. Tapi salah ke?

FACE-HEART-LOVE! 

FACE: Mungkin pada awalnya kau menyukai dia kerana kecantikan luarannya tapi akhirnya kau akan jatuh cinta pada kesucian hatinya. Rupa aje tak menjamin kebahagian. Cantik/hensem macam mana pun dia, kalau tak rasa bahagia dan hepi dengan dia, kau akan tinggalkan dia jugak.

HEART: Akhirnya kau sedar dia sangat berharga. Seseorang yg buat kau ketawa, buat kau selalu nak bersamanya dan yg sentiasa buat kau rasa istimewa mana boleh nak diukur dengan rupa paras saje.  Kan lebih baik macam ni, "Dia baik walopon tak cantik/hensem" dari macam ni, " Dia cantik/hensem tapi perangainya..."

LOVE: Orang yg jatuh cinta sebab rupa tu mungkin dia tak serius. Rupa paras jadi ukuran cinta? Tak logik tau tak. Kita nak hidup dengan orangnya, bukan dengan rupanya. Kalau dah sayang, mestilah si dia nampak cantik aje di mata. Kan?



Ni la akibatnya lepas tengok drama Korea Mind and Love. Sangat best cite ni. Hero dah la hensem. kikiki.. Tak tau pulak ada jugak cite Korea yg macam ada pengajaran sikit. Takde la jiwang semata.

ps: dalam gambar ni dia tulis 'Mind' tapi dalam cite sebenanya Heart. tapi maksudnya sama kot. Apa yg kita rasa, tu yg kita pikir. huhu memandai je

 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Jangan buat 7 perkara ini selepas makan!

#google

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Amalan pemakanan yg sihat mampu membina tubuh badan yg kuat. Malahan, diet yang seimbang dapat menghalang kita dari ditimpa penyakit. Eh..eh jap. Pesal aku tertukar jadi pakar nutrisi pulak ni haha. 

Nak tau 7 perkara yg korang tak boleh buat selepas makan? Check it out! Alamak omputeh tu..

1. Jangan merokok- Biasa kan orang buat. Masa nak tunggu order merokok, dah kenyang pun merokok. Bukan lepas makan je, bila2 pun tak boleh.

2. Jangan makan buah- Buah cepat dihadam dalam usus. Bila makan bersama makanan lain, makanan tu akan bercampur dengan buah dalam perut dan dan akan memperlahankan sistem penghadaman. Seeloknya makan sejam lepas makan atau sebelum makan.

3. Jangan minum teh- Teh sedap kan? Tapi daun teh ada bahan kimia yang akan menyerap zat besi dan menyebabkan zat besi tak diserap oleh badan. Minum sejam selepas makan. 

4. Jangan mandi- Mandi lepas makan menyebabkan perut buncit sebab bila mandi banyak darah mengalir hampir dengan permukaan kulit untuk keluarkan haba. Akibatnya darah yang diperlukan kat perut untuk penghadaman berkurang. Mandilah selepas 30 minit.

5. Jangan longgarkan tali pinggang- Perbuatan yg seolah-olah merehatkan otot perut ni tak bagus sebab akan menyebabkan struktur badan berubah. Senang cite buncit la.

6. Jangan berjalan- Selepas kenyang, berehatlah dulu sebab kalo terus berjalan sistem penghadaman terganggu. Tunggulah dalam setengah jam barulah boleh berjalan jauh.

7. Jangan tidur- Ni mesti korang tau kan. Tidur lepas makan menyebabkan enzim yg membantu penghadaman akan menghakis perut. Juga menyebabkan tidur berdengkur dan gangguan tidur dan berkait rapat dengan obesiti.


Kalau nak hidup lebih sihat KLIK bawah ni ;)

 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^