Resepi Kek Batik Cara Aku


Salam semua.

Tadi buat kek batik. Dah lama tak buat mengidam pulak. So aku nak share resepi kek batik yang dulu aku curik dari My Resipi.

Bahan-bahan:
·         1 bungkus biskut marie (350g)
·         Setengah buku butter
·         2 bijik telur (sebijik pun ok)
·         1 cawan milo
·         3/4 cawan gula
·        Setengah cawan koko (tapi aku letak tak sampai setengah pun sebab koko pahit. Ada orang tak letak koko langsung. Tapi aku nak kek tu jadi gelap sikit lepas tu ala2 pahit tu yang letak koko. Ah lantak la)
·         1 tin susu cair (kalau resepi asal letak 3/4 air)

Cara-caranya:


Mula-mula ambik kuali, sudip. Hihi…ok mula2 ye kita hendaklah mematah-matahkan biskut marie. Dalam kuali, campurkan milo, koko, gula, susu. Kacau2 sampai larut. Api tu tak yah la kuat sangat. Lepas tu masukkan setengah butter, kacau sampai cair. Kecikkan api, then masukkan telur. Kacau sampai pekat. Tutup api, masukkan biskut yang patah tu dalam kuali then kacau2 sampai semua biskut dah disaluti coklat.Kalau nak rasa coklat banyak, letak biskut sikit je.ikot korang la).Letakkan dalam Loyang atau macam aku letak dalam Tupperware je. Tekan bagi padat dan ratakan dengan  penuh lembut.hehe... Simpan dalam peti sejuk. Dah sejuk baru boleh potong. Makan sampai kenyang.

peringatan
Aku gaul biskut dalam kuali. Ada yang letak biskut dalam Loyang then tuangkan coklat. Terpulang la.

Lagi satu, ada yang tak letak telur sebab takut kek tu bau telur. Tapi caya la, tak ada bau telur pun. Telur tu nak bagi coklat tu pekat.

Susu cair tu cam bagi rasa lemak2 sikit dan kasik manis. (manis ke)

Sukatan tu pandai2 la. Aku pun bukan ikut sukatan sangat. Kalau rasa tawar, tambah la gula lagi sebab koko tu pun pahit.

Sekian tu je. Senang sangat kan. Boleh la try kat rumah.

Sedia menerima tempahan untuk raya. Haha :p 

p/s: lupa pulak nak amik gambar kek batik tu tadi. sorry...hihi

10 rajin komen:

JIJI YU said...[Reply to comment]

jadi batik pe weyh

Bro ahmad said...[Reply to comment]

kek batik huhu nak gambar eerashera^_^

aizamia3 said...[Reply to comment]

akak suke makan.. buatkan utk akak boleh.. hikhikhik...

pCL [p@kcikLie] said...[Reply to comment]

mesti sedap ni...

teringat plak kain batik..susah benor tgk org pmpuan pakainya..melainkan masa pantang..huhu,

anismelon said...[Reply to comment]

semenjak dua menjak nie wamai yg wat entry sal kek batik marie nie..huuu..best..sedap..

sifu im said...[Reply to comment]

biskut ular sawa batik ke wey??

NasZ said...[Reply to comment]

suka makan kek batik tapi tak suka buat..haha..

jemput join segmen simple saya..

SEGMEN SIMPLE : JOM KOMEN ENTRY SAYA ...

Che Sayzzuwan said...[Reply to comment]

Jom join contest ni...=)

http://duniadalamjaket.blogspot.com/2011/07/limited-edition-10-contest-senyuman.html

Eera Shera said...[Reply to comment]

jiji, ko tak suka kek batik ke?hehe

bro ahmad, slalunya tak sempat amik gmbr dah masuk perut dulu

kak aizamia, boleh..nak upah :p

pCL, ada jugak yg pakai kain batik. pakai dlm rumah sbb tu xnmpak :)

anismelon, try la buat

im, ular sawa? eww..

bro nasz, buat la jgn mls!

che, :)

KhAiReDzAiMy said...[Reply to comment]

Baca rasa macam sedap... tapi x tgok pic ilang rasa sedap.. hu.. hu...