Macam mana nak buat blog lebih menarik #3


Assalamualaikum. Selamat pagi, tengah hari, petang, malam.

Dalam entry yang INI,  aku ada cerita sikit pasal ciri2 blog yang menarik. Ramai jugak yang suka cari tips kan pasal nak buat blog lebih menarik. Aku tak layak la nak cakap pasal tips ni. Aku biasa dah cermin diri. Yang ni bukanlah tips. Cuma nak kongsi sikit je. Kalau nak tips pergi la mintak kat Ben Ashaari ke, Hanis Zalikha ke, Maria Elena ke. Aku ni Eera Elena jek.. huhuhuhu :p

No shortform.
kalau menulis tu, guna la perkataan yang penuh. Tak mau la pendek2. Kalau pendek yang universal atau antarabangsa yang ramai orang guna tak apa la kot. Contohnya, yg-yang, dr-dari, kpd-kepada, dgn-dengan, org-orang. Sikit2 tak apa la. Cer klu ak tlis mcm ni korg nk bc pn x bes, x mnarik kn mcm wat skt mta n ati je. Mungkin ada yang tak paham tambah2 lagi semua perkataan jadi pendek dah macam guna simbol ala2 orang zaman batu pulak (ops,zaman tu tak wujud pun!). Nak short kat sms je la sebab memang dah short messaging service pun.

Jangan nak ber ‘Ewwwww’......
Satu lagi penyakit budak2 sekarang, suka tulis bahasa ewww ni. Dalam sms pun nak eww, kat fb pun nak eww, kat blog pun nak eww. Memang kesabaran teruji la kalau jumpa blog macam ni.
Sukew lew tew bagi orang bacew. Ingat kitew sukew kew? Tak pergi skewl ke hah?
Cantik ke macam tewwww?????

Font mudah baca.
Make sure warna font tu dan jenis font tu tak menyusahkan orang bila nak baca. Tak ada la sampai kena bukak mata luas2 sampai kejang otot mata. Buatnya lepas tu mata dah tak boleh nak tutup macam mana? Aniaya orang tu. Kalau background gelap, font kasik la terang. Dan sebaliknya la. Jenis font pun tak payah la sampai berangkai-rangkai ala2 nak jadi minah bunga. Kalau tulis surat cinta tak apa la jugak.

No shortform, no eww tau tapi bukan ayat skema tau. kalau nak jawab soalan SPM Bahasa Melayu ye la. Tu je kot. Apa2 yang kurang hamba mohon ampun ya. Hamba pun masih belajar lagi. Mana yang salah atau terkurang, tegur la yek. hamba dah rasa macam zaman kesultanan Melayu Melaka la pulak... J

3 rajin komen:

JIJI YU said...[Reply to comment]

ewwww blog aii ok jeww yuu

Miss Rainbow said...[Reply to comment]

nice tips ^__^
kiteww sukeww sangt taww !!
(haha,bahase gedikxx) :p

Nurul Ainee said...[Reply to comment]

macam cikgu marah anak murid.haha. betul2 ;))