Selamat malam kasih
untuk terakhir kali
kau ucapkan kepada ku
malam ini...
Wajahmu sayang, yang pucat dan cengkung ku renung dengan sayu. Aku tahu kau kini tak berdaya. Nafasmu yang makin berat, seolah-olah nyawa itu tak mampu terus mendiami tubuh kecil mu. Hanya mampu terbaring. Bisu. Yang cuma kedengaran adalah mesin yang menunjukkan jantung itu masih berdenyut.
Ku sentuh perlahan tanganmu. Sejuk. Tiada respon. Bukalah mata mu. Lihatlah aku. Ingat lagi semua kenangan kita? Susah senang yang kita kongsi bersama? Ketawa kau mengisi hari-hari ku yang sepi. Sebab kau aku masih mampu berdiri. Sebab kau aku teruskan hidup walaupun pernah hampir mati.
ku berharap
kau tak pergi
tinggalkan diriku
ku butuh belaian mu dan kasih mu..
Kau tetap begini setelah 2 minggu berlalu. Kata doktor yang merawat, penyakitmu tak mampu disembuhkan lagi. Tiada harapan. Doktor tak mampu buat apa-apa. Dia suruh bawak kau balik. Haruskah aku berputus asa?
Tidak. Aku takkan berhenti berharap. Selagi ada masa, selagi ada nyawa, selagi itu harapan sentiasa ada. Kita akan sama- sama berusaha. Kau pun kena kuatkan semangat. Aku takkan mengalah. Takkan sesekali.
dan bila semua tanpamu
hampa terasa hati ku
tak ada lagi yang mengisi hatiku
senda tawa tangis yang menghibur ku
Ku usap rambut mu. Perlahan ku tunduk menciumi dahi mu. Cinta ku terlalu dalam. Mampu kah aku teruskan hidup andai kau pergi dulu? Tanganmu ku genggam, ku kucup penuh rindu. Ya, rindu diri mu yang dulu.
Malam itu, aku terus berbual dengannya. Setia disisi menemaninya. Sesaat pun tak sanggup aku tinggalkan dia bersendirian setelah doktor menyampai kan berita yang amat menyentap perasaan ku. Tiada harapan buatnya lagi! Oh Tuhan tolonglah kami...
...........................................
Aku tersedar tiba- tiba. Entah bila aku terlena. Ku lihat nafasnya sangat laju. Dadanya turun naik. Denyutan jantungnya semakin laju. Aku panik. Aku panggil- panggil namanya. Doktorrr!!!!!
dan bila semua tanpamu
hampa terasa hidupku
tak ada yang bisa gantikan dirimu
selamanya
Doktor dan jururawat berusaha menyelamatkan dia. Aku disuruh keluar. Gelisah. Mungkinkah dia... Ya Allah! Hatiku merintih... Bertahanlah sayang!
.................................................
Sunyi benar pagi ini. Awan nampak mendung. Matahari pula seakan malu menunjukkan diri. Ku jalan perlahan. Pagi ini untuk entah yang ke berapa kali aku ke sini. Sudah menjadi rutin ku.
Sampai tempat yang ku tuju. Ku duduk di situ. Aku memberi salam. Sayang, aku datang lagi. Duduk di situ. Lalu kitab yang suci itu ku buka. Hadiah untuknya. Ku baca dengan suara perlahan. Penuh sendu.
Bukan mudah untuk aku teruskan hidup ini. Dengan bayang wajahmu ada di mana- mana. Suara mu yang selalu terlintas di kepala. Ini bukan mudah untukku sayang. Bukan mudah. Percayalah, kau sentiasa di hati ini. Tuhan, ampuni segala dosanya dan satukanlah kami kembali di syurga.
Selamat malam kasih
untuk terakhir kali
kau ucapkan kepada ku
malam ini...
ku berharap
kau tak pergi
tinggalkan diriku
ku butuh belaian mu dan kasih mu..
dan bila semua tanpamu
hampa terasa hati ku
tak ada lagi yang mengisi hatiku
senda tawa tangis yang menghibur ku
dan bila semua tanpamu
hampa terasa hidupku
tak ada yang bisa gantikan dirimu
selamanya
#Kispen ni terilham dari sebuah lagu, Pepito- Bila. Dengarkan sambil baca untuk kesan khas. Ahaks!
### Kispen ni diulang tayang (entri lama kat sini) sempena Konspirasi Blogger Kreative 2012 yg dianjurkan oleh 2 blogger hebat, Selendang Merah dan Ain Dzaya. Jom la join tunggu apa lagi. Amboih macam promoter pulak ;)
11 rajin komen:
sedih la kispen ni :(
tp best!
semoga berjaya nanti...... abg remy pun dah join.... senaman konspirasi....he3
Sedih :'(
kalau die pergi kerna pilihan ilahi. insyaALLAH tak la seperit die pergi kerna wanita lain!!.. adoii. ya ALLAH kuat kan la hati kami yg lemah ini
selamt berpuasa ^^
menjiwang di bulan puasa.hehehee
ala kejap je tu.nnt lupa la
a... sob..sob.... napa citer sedih ni...
mmg bg kesan khas lagu tu, huhu
not bad...
pandai berimaginasi
hahaa
dtg komen lg....bila mau update
cerita yg sgt menarik:)
Post a Comment