Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setahun sekali je kalau nak buat lain sikit dari biasa. Untuk masa yg istimewa ni kan, apa salahnya bagi tumpuan yg lebih dan special sikit.
Bulan Ramadhan yg datang sekali dalam setahun, yg tahun lepasnya mungkin kita tak berapa berjaya atau memang dah gagal dan yg belum tentu tahun akan datang kita akan jumpa lagi.
Bulan ni, kita kerja keras sikit. Kita tahan nafsu sikit. Tak dapat banyak pun at least kita cuba kan. Bagi aku la kan.
Kalau biasa baca buku, novel, facebook atau blog kan, bulan ni lebihkan selalu baca al- Quran. Kalau boleh fahamkan sekali maknanya.
Kalau biasanya suka dengar lagu rock, jiwang, cinta atau apa2 yg mengkhayalkan tu, cuba la kurangkan. Dengar la nasyid ke. Zikir ke. Bacaan al-Quran ke. Atau ceramah agama.
Kalau suka marah2 sangat tu, cuba la bawak bersabar ya. Syaitan takde ni nak jadi batu api.
Kalau jarang nak buat solat sunat dan jemaah, atau tak pernah pun, apa kata masa ni kita luangkan masa sikit.
Kalau biasanya puasa pertama dah pasang lagu raya, sibuk pikir persiapan raya atau tak sabar nak berhari raya. Cer kali ni kita wujudkan rasa sedih sikit. Rasa sedih nak berpisah dari Ramadhan.
Lebih baik kalau dapat teruskan sampai bila- bila. Tapi ni peluang sekali setahun je kan. Dapat buat lebih sikit dalam sebulan pun jadi la. Rasanya Allah nampak niat dan usaha kita tu.
Sama- sama la kita rebut eh. Kita usaha sama- sama. Selagi masih sihat. Masih terdaya. Selagi Allah masih sayang kita.
Moga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah.....
17 rajin komen:
mmbuat kebaikan sngtla payah
kalau la mampu habis kan al quran dalam sebulan nie..bagus nye lakan..
pssstt..pasal casing toh..tengok pada keadaan jgk la..kalo rumit sngt xbuat..tp jgn la yg rumit sngt..kalo berminat pm kat fb erk..:)
kalau dah biasa mencuba utk buat yg terbaik di bulan Ramadhan,mungkin benda tu akan kekal jadi habit..bagus kan :)
lebihkan segalanya dllm sebulan ni.dpt pahal pun mlebih lebih.apa salahnya.selama ni Allah dah bg melebih lebih dr cukup pun utk kita yg tak sedar diri ni.
banyak dengar lagu maher zain :D
betul tu eera... ramadhan lah titik permulaan utk perubahan..... kalau tak berubah jugak... bukan setan lah yg ada dlm badan sebelum nie...tapi memang nafsu kita tak nak berubah......
dan kita gagal mendidik nafsu kita.....
salam,lama tak singgah sini:)..selamat berpuasa adik..kalau boleh semua bulan kita baca al-quran..kan al-quran tu panduan hidup..lebih2 bulan ramadan..
betul tu..sempena bulan mulia ni,rebut la peluang kan..selamat berpuasa eera..
ambil peluang yang ada...terima kasih
salam,
sama2 kita kejar saham akhirat di bulan mulia ni :)
sementara boleh buat amal,elok la buat.
tapi kalau edy..mmg layan nasyid sepanjang tahun esp tgah wat esemen..sebab muzik dia menenangkan
hai awak. hee. kite pun ingat sebulan ni nak khatam tapi macam taksempt je. ._.
by the way, saya datang sini nak promot zine sayapatah #2 saya yg haritu tu da event (projek sayapatah 2). baru print. dah boleh kalau nak trade / beli. boleh promokan? haha thanks. info ada kat blog. thanks milly. hoho.
sorry saya mengada. jangan lempang saya.
InsyaAllah, moga dipermudahkan:)
berbuat kebaikan amalan mulia tambah pahala.:)
sama2 kita menambah bekalan di sana sepanjang Ramadhan ini dan berkekalan amalan tersebut harapnya :)
tp tu laaa bkn senang. nk wt bnda baik d bulan baik pn payah.
hmm muhasabah diri.
Post a Comment