Kecik kecik dah pandai buat tak senonoh!


Semua orang pernah melalui zaman sekolah kan. Pi sekolah takkan belajar je kan. Mesti niat nak jumpa kawan lepas tu boleh main ngan dorang kan. Padahal balik rumah main lagi. Masa baru sampai sekolah lepas dihantar oleh mak bapak atau pakcik bas atau jalan kaki sendiri sementara nak tunggu loceng bunyi. Masa rehat. Masa cikgu tak masuk kelas. Korang main apa?
Aku main ni...

Lawan pemadam.
Syok woo.. main kutil2 pemadam atas meja. Pemadam siapa boleh tindan pemadam yang lain dia la yang menang. Impossible korang tak tau kan. Tolong jangan buat2 amnesia.

Main tukar tiang.
Haha aku suka yang ni. Ada empat tiang. Yang main 5 orang. Setiap orang satu tiang. Yang sorang lagi dok tengah-tengah. Then, tukar je la tiang ngan kawan. Kena rebut la. Kalau tak dapat kena dok tengah. Aku ingat lagi betapa bencinya aku kalau kena dok kat tengah. Napa entah..he he

Main batu seremban.
Bukan pompoan je budak laki pun sama. Biasa aku main dalam kelas bila cikgu tak masuk. Tapi aku selalu kalah kalau lawan ngan budak laki. Nyampah!

Main tepuk daun terup@ kad.
Susun kad lepas tu letak atas lantai then tepuk bagi kad tu jatuh. Kenapa entah orang main benda ni. Aku tak suka sangat sebab boring la. Sebab asik kalah je :p

Permainan tu semua aku rasa nostalgik la. Teringat zaman kecik-kecik dulu. Zaman aku sebagai seorang budak pompoan yang comel lagi baik dan sopan santun. hihi :p

5 rajin komen:

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

nielah kes budak ndak pandai belajar...asyik bermain je datang ke sekolah...hehehehe. Yang sakit kepala adalah guru yang mengajar.

1. Lawan pemadam.
dalam kelas pun ada murid saya main permainan nie. dilarang, dorang buat juga. Yang lucunya mereka main di dalam laci. Apa lagi kalau saya nampak saya rampas pemadam dorang.

2. Tukar Tiang
ada yang lebam sebabkan permainan ini. yang salah, guru sebab tidak memantau.

3. Batu seremban
belum ada murid aku yang main benda nie lagi

4. Main tepuk daun terup
belum ada murid aku yang main benda nie lagi.

JIJI YU said...[Reply to comment]

apu punyeg ame tak mencabor kewibawaan langsong

Shuk_ArChie said...[Reply to comment]

Hehehe zero point tak main ke?

sifu im said...[Reply to comment]

aku xnk ungkit kesah zaman kecik aku..sbb aku budak jahat giler zaman kecik..besar ni je org terkejut klu nk banding ngn perangai aku tym kecik dlu..haha

aizamia3 said...[Reply to comment]

teringat masa zaman sekolah rendah dulu.. best2.. nakal pun ye..