tak senonoh la hang ni!


Assalamualaikum semua.

Aku ada banyak harta, kereta 5 buah. Semuanya import. Rumah 14 tingkat. Besar gedabak. Tak lama lagi KLCC tu pun aku beli.beras satu gudang.  Duit berkepuk-kepuk dalam bank. Harta banyak sangat sampai tujuh keturunan makan tak habis.

Hah berlagak. Riak tak tentu pasal. Riak termasuk dalam syirik. Syirik ialah perbuatan menyekutukan ALLAH atau menyamakan ALLAH dengan sesuatu yang lain. Syirik terbahagi kepada dua. Syirik khafi dan syirik jali. Syirik jali adalah perbuatan syirik secara terang contohnya macam menyembah patung, api, memuja pokok. Syirik khafi pulak tidak meletakkan ALLAH sebagai yang mutlak terutamanya dalam beribadat. contohnya macam perasaan riak, sombong, bangga diri.

Harta cuma hiasan dunia. Mati nanti berkain putih jugak. Diusung ngan keranda. Kaya macam mana pun, tetap kembali ke tanah. Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH bagi.

Kebanyakan manusia mampu bersabar dengan ujian ALLAH. Tapi tak ramai yang tau bersyukur bila ALLAH kelurkan kita dari sesuatu kesusahan.

Contohnya macam kau tengah susah.then kau mintak tolong dari kawan kau. Bersusah payah dia tolong kau. Lepas tu kau cakap TERIMA KASIH. Mesti kawan kau suka kan. Dan dia tak kisah nak tolong kau lagi. Macam tu lah kita ngan ALLAH. 

ALHAMDULILLAH…ALHAMDULILLAH..
All praises to ALLAH…
All praises to ALLAH..

Jangan dibanggakan dengan harta kita sebab tu semua ALLAH punya.
Mana milik kita? (teringat lagu Rabbani)

p/s: mengingati diri sendiri jugak :)