Review Movie: Ladda Land

salam.

bahasa: Thai
genre: seram


mengisahkan cerita suka duka sebuah keluarga. Thee, seorang ayah yang mahu buat yang terbaik untuk keluarganya. mempunyai seorang isteri bernama Parn, seorang anak perempuan, Nan dan seorang anak lelaki, Nat. hasil dari titik peluhnya sendiri, Thee berjaya membeli sebuah rumah. ini lah peluang dia tinggal sebumbung ngan keluarganya memandangkan sebelum ni, anak sulungnya Nan dibesarkan oleh neneknya.

Parn, seorang isteri yang baik. berkahwin ngan Thee walaupun tak direstui ibunya. Thee sering dihina ibu mertuanya kerana tak mampu beri kesenangan pada keluarganya sendiri. Nan pulak, tak rapat ngan mak dan ayahnya. memang nampak sangat la yang Nan tak suka tinggal bersama keluarganya terutamanya ayah dia. dia memang selalu dimanjakan neneknya.

Thee membeli rumah di Ladda Land. baru je tinggal kat Ladda Land, terjadilah satu pembunuhan. di mana seorang wanita Burma yang dia ingin mengambilnya sebagai orang gaji mati dibunuh dan mayatnya diletakkan dalam peti sejuk. bermula dari tu, satu kampung Ladda Land tu dihantui pompoan yang mati tu.

Thee macam mana pun cuba yakinkan familynya yang Ladda Land tu selamat walaupun satu Ladda Land tu dalam ketakutan. Thee ada jiran yang agak pelik sikit. seorang jiran lelaki yang agak sombong dan dingin, dengan isterinya yang lebam2 di badan, ada seorang anak lelaki dan seorang ibu tua yang berkerusi roda.

semakin lama keadaan di Ladda Land menjadi semakin kritikal. Parn ajak Thee pindah dan duduk balik kat rumah mak Parn tapi Thee tak mau sebab dia pertahankan ego dia. konon dia mampu jaga keluarganya dan tak mau lagi hidup menumpang. selepas tu, berlaku macam2 pada Thee bila dia mula hilang kerja. tekanan demi tekanan ditambah lagi ngan kejadian ngeri yang berlaku di Ladda Land betul2 menekan jiwa lelakinya. kewibawaannya sebagai seorang suami dan ayah tercabar.

apa yang terjadi seterusnya? tengok la sendiri. aku rasa cerita ni  seram jugak. macam nak putus jugak la jantung aku.haha...ending cerita ni sedih. memang sedih.  masa movie tu habis dah pukul 12.30 malam. seram woi bila nak balik tu.hihi..pulak tu tak ingat kereta park kat mana. terpaksalah turun naik lif dari tingkat 7 sampai 1 Alamanda tu. seram jugak masa tu sebab masa tu tak ada orang lain guna lif. hihi :p

aku bagi 4/5 la..ni review aku. korang tak tau la.


9 rajin komen:

Unknown said...[Reply to comment]

seram tengok citer hantu..kalu duk sorang jangan harap nak tengok citer tu..

PCL said...[Reply to comment]

wah Tq..tlg reviewkan kat sini..cm best citer seram....nk tgk nt ank2 nk ikut plak..

Sunah Sakura said...[Reply to comment]

huuu..kalo movie horror thai, memang seram!!!

Unknown said...[Reply to comment]

mcm susah nk dpt tgk je ctr ni ~_~

cool sabtuday gathering with bloggers http://eleventx.blogspot.com/2011/07/blogger-sports-carnival-2011-with.html

suha said...[Reply to comment]

huhu macam seram je =_=

cik suha ade tag awak :

http://suhasimplelife.blogspot.com/2011/07/jom-join-bloglist-wacanaku.html

(^_^)

aizamia3 said...[Reply to comment]

hai lalink.. dirimu telah ditag di sini..

http://aizamia3.blogspot.com/2011/07/jom-join-bloglist-wacanaku.html

Golden Rose said...[Reply to comment]

mcm best je tapi takut la plak nak tengok

Unknown said...[Reply to comment]

belum tengok lagi cite nie...

Unknown said...[Reply to comment]

huhu yeah!! dah tgk cte ni.. best!!!

dah baca komik atwr #4?
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/atwr-comic-4-budak-budak.html