Puasa: boleh kurus ke tak ni?


Salam.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk orang2 yang berpuasa:

Puasa sebab nak kurus.
Kita orang Islam memang dah ALLAH wajibkan untuk berpuasa. Sebab apa kita kena puasa ek? sebab dah ALLAH suruh la. Lillahi Taala. Kata Ustaz yang bagi ceramah kat Al-Kuliyyah hari jumaat yang lepas, kita kena betulkan niat. Puasa kerana ALLAH. Kalau nak kurus tu, kurang makan kurus la kita. Kalau besar sangat nafsu tu, nasib la. Sama la macam orang yang cakap ‘puasa nak cuci perut’. Betul la tu. Tu salah satu benefit kalau dah puasa. Tapi ingat, setiap amalan bermula ngan niat!

Upah untuk budak2 yang puasa.
Siapa cakap tak boleh bagi upah kat budak2 yang belum baligh yang berpuasa? Nak bagi upah boleh ngan niat nak melatih dia berpuasa. Bagi tau diorang puasa ni sebab ALLAH. Boleh je kalau cakap, ‘kalau puasa dapat upah’.  Yang tak bolehnya kalau cakap, ‘tak puasa tak dapat upah, tak puasa tak boleh raya’. So, budak2 tu nanti puasa sebab nak upah je la. Bukan kerana ALLAH.  Mak budak kalau nak upah pun boleh aje :p

2 rajin komen:

Miss Rainbow said...[Reply to comment]

betul-betul (^__^)
dah besar pose nk mintak upah tu laen cite
huhu :p

JIJI YU said...[Reply to comment]

aku baghu je berniat nak mintak upah