gambar: google
Hafiz menutup pintu
kereta dengan lemah. Sambil menjijit beg kerja, perlahan dia menuju ke pintu.
Penat sangat. Kerja macam tu memang boleh buat dia sesak nafas. Kerap ke sana
sini. Tapi sebaik je nampak wajah bidadari yang tersenyum menyambutnya di muka
pintu, tercampak semua rasa penat dan stress yang terbeban kat bahu tu.
”Lambat ya abang
balik. Nampak penat sangat ni”.
”Penat memang la
tapi bila nampak muka isteri abang ni, rasa lapang balik dada ni”.
Itulah Sufiah.
Isteri yang sudah dikahwini selama lebih empat tahun. Isterinya tidak berkerja
tetapi merupakan seorang penulis. Pernah menghantar karyanya di surat khabar
dan majalah. Ada jugak terbitkan sebuah novel. Hafiz mengagumi minat dan bakat
Sufiah itu.
Dibelakang Sufiah
ternampak ibunya. Ibu pun tunggu dia balik dari kerja kot. Kenapa wajah ibu
nampak muram. Berselisihkah dengan Sufiah tadi. Terus dia pergi pada ibu dan
menyalaminya. Ibu cuma tersenyum hambar.
*************
Matanya dipejam
celik beberapa kali. Terasa letih benar menghadap skrin laptop. Kerjanya banyak
lagi. Kena tidur lewat lagi la malam ni. Tiba- tiba bahunya disentuh lembut.
Aroma harum nescafe menyusup masuk dua lubang hidungnya.
”Nah. Su buatkan
nescafe kaw kaw untuk abang”.
”Terima kasih
sayang. Macam ni la isteri abang. Kalau tolong urutkan bahu lagi baik kan”.
”Boleh aje. Su
ni kan isteri mithali lagi suci dan murni hehe...”
”Masuk troli tolak
sendiri nampak”.
Sufiah memang nakal
dan manja. Dia isteri setia. Sentiasa senangkan hati suami. Pandai jugak buat
lawak dia ni. Mereka berdua ketawa. Tiba- tiba muncul ibu di muka pintu bilik.
”Tak tidur lagi,
Fiz? Malam sangat dah ni, nak. Sambung esok aje la”.
”Tak apa, bu.
Biasa dah macam ni. Lagipun kan ada Su teman Fiz ni. Ada tukang urut haha ”
Sufiah di sisi cuma
tersenyum saja. Ibu terdiam. Dan menggeleng. Tak apa la, ibu tidur dulu, kata
ibu dan dia pun menutup pintu.
************
”Fiz, ibu makin
risau la. Fiz dan Su...”
”Ibu, apa yang
ibu risau lagi ni. Kalau pasal cucu, ibu nak takut apa. Su kan tengah
mengandung tu. Tiga bulan dah pun”.
Tersenyum. Tak
sabar nak peluk cium anak sendiri. Lama dah dia mengharap ni.
”Fiz sedar tak
keadaan sebenar ni. Ibu..ibu tak nak Fiz...”
”Bu jangan risau
la. Fiz akan jaga anak isteri Fiz baik- baik”.
Mereka kahwin dah
empat tahun tapi masih belum ada anak. Hafiz tau ibu memang teringin sangat nak
bercucu. Nah, Su kan dah mengandung. Apa yang ibu nak pening- pening lagi. Hafiz
rasa bahagia.
*************
”Abang tak tau
kenapa dengan ibu tu. Tiap kali kita duduk berdua, ibu tengok lain macam je.
Bila abang cerita pasal Su, ibu diam je”.
”Tak baik la
abang cakap ibu macam tu. Ibu susah hati kot”.
”Entah la. Ibu macam
sedih je. Patutnya hepi la kan. Kan nak sambut orang baru ”.
”Su tau Su
selalu buat abang dan ibu susah hati kan”.
”Jangan sekali
pun cakap macam tu lagi yang ”, lirih suara Hafiz.
Tangan isterinya
dipegang dan dikucup lembut. Dialah wanita yang mampu buat hidupnya terasa
indah. Hafiz mahu Su jadi bidadarinya di syurga nanti.
*************
”Abang....
lepaskan Su”. Hafiz
terpana!
”Jangan pergi,
Su. Kesian la kat abang ni, sayang”, Hafiz merayu kasih pada sang isteri.
”Su pergi dulu,
bang. Lupakan Su. Mulai dari saat ni ”
”Tolonglah, Su.
Jangan pergi !!!”.
”Keluarlah,
bang. Keluar dari mimpi ni”.
Suuuuuuu!!!!!!
Hafiz terjaga dari tidur. Basah mukanya dengan peluh. Jantung pun berbunyi kuat
di dada. Dipandang sebelah. Ahh Su masih lena. Mana mungkin Su pergi. Direnung
Su. Dipegang perlahan perut Su yang didiami zuriat mereka.
*************
Hafiz yang
kepenatan tertidur di sofa depan televisyen. Bila sedar je terdengar azan Asar.
Penat membeli- belah barang dengan Su tadi. Beli segala kelengkapan untuk bayi
mereka yang bakal lahir nanti. Tiga bulan je lagi ni.
”Fiz, kenapa
beli lagi semua ni. Kan hari tu dah beli”.
”Mana cukup bu.
Ni pun beli sikit je. Nanti beli lagi”.
”Ya Allah! Tak
perlu la Fiz”.
”Kenapa dengan
ibu ni. Ibu tak suka dengan cucu ibu tu ke”. Suaranya mula tinggi.
Ibu urut dada. Terkejut
dengan apa yang Hafiz cakap dan matanya turut bergenang. Fiz anak ibu, kenapa
la jadi macam ni.
”Fiz tau kan
kenapa. Sampai bila Fiz nak macam ni. Kesian la dekat Su ”.
”Ibu merepek apa
ni. Su tu kan anak ibu. Takkan ibu benci Su kot”.
”Ya, mana ada
ibu benci anak sendiri. Fiz pun ibu sayang macam anak sendiri. Ibu tak sanggup
tengok Fiz macam ni. Banyak kali kan ibu dah cakap. Tolonglah nak”.
Hafiz memandang
tajam ibu mertuanya itu. Dia anak yatim piatu. Bila kahwin dengan Su, ibu Su
dijaga dan disayangi macam ibunya sendiri. Dia pandang wajah Sufiah. Isterinya cuma
tunduk membisu.
”Su dah tak ada
nak. Dia kan dah lama meninggal...” Dan ibu tak mampu berkata lagi. Hanya air
mata yang terluah. Terluah dari penderitaan yang dipendam jauh dalam hati. Sedih
dengan keadaan Hafiz. Sejak isterinya pergi, hidup Hafiz umpama bermimpi siang
dan malam. Dalam tidur dan jaga. Ibu tau betapa sayangnya Hafiz pada Sufiah.
Tapi Allah lebih menyayanginya.
Hafiz terduduk. Dia
menggeleng. Dipegang kuat kepalanya. Tak..tak..Su tak mati lagi. Su ada lagi.
Siapkan sarapan, tunggu dia balik kerja, teman dia buat kerja malam- malam,
mendengar semua cerita dan rungutannya. Su tak mati lagi bu!
”Sedar la Fiz.
Fiz tak ingat ke. Fiz keluar berdua dengan Su. Nak pergi beli barang baby
katanya. Balik tu Fiz dan Su kemalangan. Kereta Fiz dilanggar lori. Fiz koma
dua minggu. Tapi Su...Su meninggal dalam perjalanan ke hospital. Anak Fiz tak
dapat diselamatkan. Banyak kali kan ibu bagi tau. Ibu nak Fiz sedar. Nak Fiz
ingat balik. Memang Fiz tak tengok jenazah arwah tapi kuburnya kan ada. Kan kita
ada pergi”.
Hafiz terdiam. Dia...Su..barang
baby...kereta..lori..Su....darah...Su...orang ramai kerumun..kereta
remuk..Su...Hafiz menutup telinganya bila terdengar jeritan Su. Ya Allah!
Suuuu...
*******************
Wajah yang
tersenyum dalam bingkai gambar itu diusapnya. Hafiz tersenyum. Memang dah lama
benda tu berlalu. Tapi dia susah nak lupa. Gila apa kalau dia lupa. Mana mampu.
Itu cintanya. Itu kekasihnya. Akan kenang sampai mati pun.
Ditoleh ke kanan.
Sufiah berdiri merenungnya dengan senyuman. Dipegang tangan Hafiz dan
digenggamnya. Lalu dikucup.
”Abang dah boleh
terima kan”, kata
Su dengan manja.
”Ya boleh dah...”.
”Boleh dah kan
kalau Su nak pergi ”.
”Pergilah
sayang. Abang redha”.
”Selamat
tinggal. Jaga diri abang baik- baik”.
Sufiah berpaling
dan berlalu. Tak sikit pun toleh. Hafiz memandang langkahnya dengan sayu.
Sesaat kemudian, air matanya tumpah. Sambil letakkan tangan di dada dia berkata,
” Su tetap ada kat sini sampai bila- bila pun...selamat jalan sayang”.
-TAMAT-
p/s: Kebenaran tu memang perit nak hadam tapi terima la kenyataan dengan lapang...
p/s II: Terima kasih kalau baca sampai abes. Terima kasih sudi luangkan masa baca cerita tak berapa menarik. Mungkin bosan. Terima kasih bebanyak :)
9 rajin komen:
sampai hati su pergi......
huwaaa...... sayes.... touching !!!
nak lagi.....!
waahhh..hebat la...buat lagi...
awak buat saya menangis
percubaan y baik
cume ai know su da mati mse kat tngh2 lg
aaa... best giler . Samapi aku asyik buat teka kata isterinya dah mati sebenarnya.. hahah. Dan betul. ekekek.
kesian jugak dgn Fiz.. uhuu. Semoga dia tabah.. =(
sedikit klise dan mudah di teka (yg isteri dia dah mati sebenarnya) tapi tetap membuat aku bergenang airmata dan sedikit meremang bulu roma. Bahasanya cantik dan mengharukan hati Syabas!! terkesan sekali ni...
*jeles! ingin rasa hati nak menulis bila baca cerpen ini.
menarik.. ;)
huu sedih..sedih sgt
sama sama.. serius aku baca sampai habis.. jarang maca entry macam ni sampai habis..ops!!
aku macam tengok derama pendek baca entry ni.. sedih, tu la dia syg sangt sampai susah nak terima hakikat isteri dia dah meninggal, dgn baby dalam kandungan pulak tu.. mana mana orng pun rasanya akan jadi macam ni kot huk huk..
pandai awk buat cerpen mcm ni..aku mmng tak mampu la woii hahaha..
serius...rasa sebak pun ada baca cerpen ni...
Post a Comment