Jangan bagi tau sapa2 ek?

Situasi A > Minah dan Timah sedang membuat ketupat walaupun Hari Raya belum tiba lagi.

Minah: wei, kau tau, Mamat tu suka Lala.
Timah: sapa cakap?
Minah: Peah yang cakap.
Timah: isy, teruk juga si Mamat tu.hari tu dia cakap dia suka kat orang lain.
Minah: la, dia suka kat sapa pulak?
Timah: ada la.kawan aku tu.
Minah: kawan kau yang mana.cakap je la.
Timah: ala ada la.
Minah: ala sapa.cakap je la tu pun susah. Aku kenal ke?
Timah: ok tapi kau jangan bagi tau orang lain?
Minah: ok aku tak bagi tau!
Timah: dia suka Tet.

Situasi B > Minah buat ketupat lagi.suka ketupat agaknya.

Mek: Bertuah Lala dapat si Mamat tu.baik,encem pulak tu (ngan gaya penuh gedik)
Minah: baik apa. Playboy. Buaya darat.
Mek: apsal?
Minah: konon  Lala cinta mati dia, kat belakang ngurat pompoan lain.
Mek: tak baik tuduh2.no no no..(gaya gedik lagi)
Minah: ala Timah cakap Mamat tu selalu kacau si Tet tu. Isy, kau jangan bagitau orang lain ek?
Mek: ok aku zip mulut!
<<TAMAT>>

Apa motif?haha.. cuba tengok si Minah tu. Dia janji tak nak bukak cerita kan? Tapi at last dia bagi tau jugak. Rasanya semua orang dah biasa ngan perkataan “kau jangan bagi tau orang lain ek?”. Tapi cerita jugak.lepas tu si B cakap kat si C jangan bagitau orang lain. si C pun cakap kat orang lain (si D,E, F and so on) ngan pesanan penaja jangan bagitau orang lain. Lama2 cerita tu tersebar jugak.orang lain yang mulanya tak tahu at last pun tau jugak kan.
Senang cerita, just keep your mouth shut ok.tak semua orang kita boleh caya. Entah2 keburukan kita pun dia cerita merata- rata (jangan buang sampah merata-rata ek).
Memang kadang2 orang yang bercerita tu tak mintak kita janji ngan dia supaya tak kecohkan benda tu tapi paham sendiri la kan. Kalau macam cerita Minah Ketupat tu tak apa lagi. Kalau sampai kena hal2 yang serius dan melibatkan aib dan maruah orang, susah nanti.
Aku pesan untuk diri aku jugak.mulut aku ni pun tak pakai insuran takaful nasional.pesanan penaja:
Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi (macam kenal je ayat ni kan)
Oppsss!!tak sayang mulut :p


 p/s: psssttt..jangan bagi tau orang lain pasal entry ni ek?hihi :p

2 rajin komen:

Tehuzz said...[Reply to comment]

tak bagi org lain tau... aaa, tp kalau bg org bace boleh x? KIHKIHKIH.

jom singgah dan bace:
yeah ! memang aku hepi .

jom like page ni:
Secret Propaganda

Eera Shera said...[Reply to comment]

tehuzz: bg org baca?boleh sgt la..hehe