Ingin kembali ke masa lalu

bangun pagi ni,macam biasa la mandi dan bersiap2 nak pergi kerja. sampai opis, tiba2 teringat yang hari ni hari istimewa kan. aku pun apa lagi, terus bukak FB cikgu2 dan wish la dorang selamat hari guru. teringat seorang cikgu yang aku agak rapat la masa sekola rendah dulu.biasa la kan..semua orang ada cikgu feveret kan.ada cikgu kesayangan masing2.cikgu yang aku suka tu mengajar aku subjek biologi. memandangkan minat dan kegilaan yang mendalam terhadap bio tu, buat aku jadi rapat ngan cikgu tu.selalu je tanya dia kalau aku tak paham.lagi pun masa form 4 dia jadi guru kelas. 

buat cikgu2 ku semua...terima kasih atas ilmu yang cikgu bagi. sehebat mana pun seseorang tu, semuanya hasil ajaran seorang guru. anak murid ada yang dah jadi doktor,peguam, engineer, PM sekali pun! tapi cikgu tetap cikgu.tetap di situ..sebagai seorang guru.terus berbakti buat anak bangsa.sekali lagi, terima kasih cikgu.

guru kelas masa aku darjah 1, Pn Susliza..ingat lagi muka dia.cantik orangnya. suka panggil nama aku.ramai budak2 yang suka dia.dia memang baik..buat semua cikgu2 di SK Dato' Keramat 2, SK Beranang, SMK Khir Johari, SMK Bdr Tasik Kesuma, tak lupa jugak pensyarah2 di Kolej Matrikulasi Johor dan UMT..selamat hari guru.sayang cikgu2 semua.jasa cikgu tu tak mampu saya balas!

masa sekolah dulu, rasa tak sabar nak abes.rasa tak sabar nak masuk u. tak sabar nak kerja. sekarang, bila dah tinggalkan sekolah, rasa rindu nak kembali ke zaman tu.rindu nak dok kat kerusi kayu. rindu nak buat bising dalam kelas. rindu nak usik kawan2. masa sekolah rendah,masa zaman budak hingusan tu, bila rehat je mesti nak main.main tiang..budak2 sekarang tak tau la main lagi ke tak ek..main batu seremban dalam kelas bila cikgu tak ada.nak2 pulak bila exam dah abes. main lawan pemadam..hehe.seronok sangat....

bila hari guru, mesti sekolah akan jual bunga dan buah nak dihadiahkan untuk cikgu.heh...aku selalu beli bunga. dekat guru kelas je biasa aku bagi.nak bagi semua cikgu yang mengajar mana cukup duit.duit belanja masa tu RM1 je.tak macam adik2 aku sekarang.hehe.. 

rindunya zaman sekolah.zaman budak2. teringat masa sekolah menengah pulak.asal cikgu keluar kelas, aku pun keluar.hehe..aku memang tak dok diam dalam kelas dulu. kalau tak merayap keliling sekolah pun, aku singgah kat meja kawan je la.melawat dorang.haha..pergi belakang kelas pun jadi la.aku lagi suka kalau cikgu suruh ambik barang kat bilik guru.dapat aku bersiar- siar.haha..

seronoknya zaman sekolah.paling mendebarkan bila nak tunggu result exam keluar.dah la midyear exam parent kena datang amik report card.cuak tau tak?ala..pernah je report card ujian bulanan tak sampai kat tangan abah.hehe..maap..maap! (kantoi sudah)

tempat jatuh lagikan dikenang,ni kan pulak tempat menimba ilmu..oh rindunya kawan2 dan cikgu2! panjang umur kita jumpa yek!

kalau ada doraemon, aku nak pinjam mesin masa dia.nak kembali ke zaman sekolah.aku nak masuk kelas darjah 1.banyak kenangan manis masa tu.aku nak balik masa form 5. masa ni aku rasa masa yang sangat sweet.sama2 berjuang ngan kengkawan for SPM.study group sampai petang kat kantin. kadang2 buat study group kat rumah. kami ada impian yang sama, nak masuk u! qila,wani,iki, zuqu.. bila jauh ngan korang ni aku tak rasa aku macam dulu. tak seselamber cam dulu lagi. dont know why..just maybe you all are not here with me.ye..kami memang budak nakal. kami tak pernah serius. sampai ada yang tak suka. ada yang pandang rendah. tapi kami tak kisah. WE HAVE EACH OTHER. yang penting kami tau kami siapa.dan mereka..sesuatu yang terbaik yang aku ada dalam dunia ni. dan macam2 benda yang kami dah rasa. biar la kami2 je yang tau.apa2 pun, semua kenangan dan pengalaman masa zaman sekolah tu dah jadi bekalan untuk aku berjuang dalam hidup ni.thanks semua.

ikhlas.



1 rajin komen:

NurAqilah said...[Reply to comment]

Seriously dear rindu ko glerr..