Program penanaman bakau dengan Company Denso

salam. 2 hari dah aku tak berblogging.2 hari bukan 2 tahun.hehe.. dan hari ni macam nak balas dendam lak ek. mentang2 bos tak ada.lalalala.. emm nak cerita apa yang jadi semalam.semalam ada program penanaman pokok bakau kat Pantai Bagan Lalang. program ni involve Syarikat Denso dari Bangi.aku tak sure la Denso ni syarikat apa.automotif rasanya.dan yang mai semalam ada engineer.yang lain2 aku tak tau la. so, EIC tempat aku praktikal ni kena uruskan depa la.

apa yang best?


  • makan free.breakfast and lunch.walaupun masakannya tak ada la best sangat.


  • dapat jumpa macam2 orang.bos dorang orang jepun.dorang ni sporting gak kan.staf2 dorang pun ok la.layan je la.tapi tak dinafikan.ada some of them yang a bit annoying la.whatever la kan.


  • dapat naik bot.ya aku memang suka naik bot.cam jakun kan.haha..ada aku kesah.. kitorang naik bot untuk pergi tanam bakau.


  • pengalaman yang best.aku memang suka kerja kat luar dari dok dalam opis.best apa merayap.
  • dapat la tengok camne orang handle program.


  • tak dinafikan jugak dapat penat.hehe..
programnya bermula pukul 9 pagi.dimulakan dengan talk pasal mangrove.talk disampaikan oleh kak Laila. then ada seed planting kat nursery, nature craft. after zohor, depart to jeti Bagan Lalang. river cruise,planting, beach clean up, penyampaian hadiah.that's all. apa yang bestnya Denso ni buat program ni in the form of competition.ada 4 group semuanya.biasa la kan. bila competition baru orang ada semngat nak buat kerja kan.bagus la tu ada semangat kesukanan.haha..

masa nature craft aku jadi fasilitator group green.dorang ok la.sporting. aku kena ajar dorang buat belalang dan udang guna daun kelapa yang aku baru belaja 3 hari yang lepas.aku tak pandai la ajar orang.tak sabar lak tu.elok gak ek aku tolak interview maktab dulu.lalala.. tau tak ni la first time aku berseni. huhu.aku tak pernah suka pun tau pendidikan seni masa sekolah.tapi masa kecik2 dulu suka gak melukis. rasa cam nak share la camne nak buat belalang ngan udang tu.nanti2 la kot. nak cite ni.dalam group aku tu kan ada la seorang mamat bajet ni.dah la pakai seluar pendek.isy jahatnya mulut.tampar sikit.hehe..nak bagi tau yang muka dia macam hairi othman pelakon tu. tapi hairi othman muka dia lebar sikit kan. then bila dia pakai cermin mata hitam, macam Remy Ishak la.tapi dia bajet sangat.lantak la.

walaupun kepenatan dengan program tu, balik kena cuci baju yang kena lumpur tu pulak.manually tau.hehe..
 lepas asar aku baring2 atas katil.terlena sekejap.aku tak suka tidur lepas asar tapi kalau mata dah berat mana tahan. malam tu aku, ain, kak sashi (bos aku) ngan kak laila merayap pergi LCCT. dinner kat McD. sambil cuci2 mata.hehe..lama jugak kitorang lepak.aku beli Big Mac ngan Oreo McFlurry yang dah lama aku ngidam. aku dapat curik 1 tin glass yang McD kasik free tu.kaler pink.kak Laila punya tapi dia tak mau.

nak share gambar tapi tak upload lagi la.nanti2 la.lagipun aku tak suka upload sangat la..lantak la kan.

ok that's all.macam esei kan?lantak la.



0 rajin komen: