Segmen bersama Ben Ashaari
Nak join KLIK sini okSalam.kali ni tiba2 terpanggil nak join segmen Bro Ben ni sebab tajuknya menarik kan. pasal ibu bapa. Kenangan yang amat kita kesali kerana melukakan hati ibu bapa?sorry la Bro Ben. kalau nak cita satu peristiwa tu tak ingat la.sebab sebagai anak, aku sedar aku selalu lukakan hati mak ngan abah. selalu nyusahkan dorang. kita semua pun tau kan, kalau cakap 'ah' pun dah berdosa kan. apatah lagi kalau kita selalu melawan cakap dorang. tak dengar kata. sakitkan hati dorang.
ya..aku ngaku aku budak nakal. budak degil. masa kecik2 dulu aku selalu memberontak. kalau aku kena marah, mula la nak merajuk.ye la budak hingusan lagi. aku rasa apa yang aku buat tu macam tak salah tapi salah bagi dorang. so bila aku nak defend diri sendiri, mula la dikata aku melawan. perasan betul je la konon. yela budak mentah. pendek akal.
aku selalu sangat merajuk ngan mak ngan abah. sebab aku tak selalu dapat apa yang aku nak. tapi adik aku dapat. aku selalu kena marah tapi adik aku selalu lepas. abah tegas sangat ngan aku. BELAJAR BELAJAR BELAJAR! kalau result exam teruk nahas la aku. tapi adik aku tak kena seteruk aku. aku selalu jeles ngan adik2 aku. hehe..pernah dulu pergi sekolah tak salam abah sebab merajuk konon (kuajaq betoi). huhu..
tapi tu dulu.sekarang aku tak buat perangai lagi. sekarang bila dah besar, baru aku tau ada sebab kenapa abah tegas sangat ngan aku. ya..abah tak bagi apa yang aku nak tapi abah bagi apa yang aku perlu. mak ngan abah selalu ada masa aku susah. aku tau abah buat semua tu sebab dia nak aku jadi manusia.jadi insan. sebab abah pernah pukul anak yang nakal ni, sebab abah selalu marah budak degil ni, sekarang aku berada dekat tempat yang pernah aku teringin nak pergi masa kecik2 dulu. alhamdulillah, dapat gak aku sambung belajar. sebab abah garang, aku tak jadi budak jahat. aku membesar ngan baik dan sihat (macam iklan susu kan) semuanya sebab seorang abah yang tegas dan garang tu dan seorang mak yang kuat membebel tu (maap..maap). hehe
pada korang2 yang masih ada lagi mak dan ayah, sayangi la dorang. tanpa depa sapa la hampa kan. memang sampai bila pun kita tak mampu balas jasa dorang kan. tapi bila kita selalu ingat kat dorang, hargai penat lelah dorang, selalu tanya kabar dorang, tepon dorang (buat perantau macam aku ni ek), selalu2 la tolong dorang. dan jangan lupa, selalu la doakan dorang.
>>> ira sayang sangat kat mak ngan abah. walaupun tak pernah sekali pun ira luahkan sayang ira, tapi cukup la ngan apa yang pernah ira buat dan bagi kat mak ngan abah mampu membuktikan sayang, cinta, kasih dan rindu yang tak pernah padam ni. T_T (nasib semalam baru balik rumah.kalau tak boleh nangis ni)
macam esei kan. lantak la. ni blog aku suka hati la ek. hihihihi..
sayang kamu semua <3
0 rajin komen:
Post a Comment