Bahaya naik Sani Express?

tak suka baca or dengar berita pasal bas accident.sebab setahun lagi aku perlu ulang alik dari Kajang-KT. KT-Kajang. ngeri la cerita2 cam tu.apa2 pun selama 2 tahun aku ulang alik naik bas ekspress (biasanya Sani Express) tak ada benda buruk pun yang jadi.Alhamdulillah..Bukannya aku tak tau orang selalu cakap tak selamat naik Sani Express. yela..bas tu kan pernah accident teruk dulu. Lepas accident tu, makcik aku pesan  jangan ambik seat bawah.accident tu kan bahagian bawah yang kena teruk sampai dinding bas terkopak ek sebab langgar divider?entah tak sure sebab aku baca sekali lalu je.kan aku cakap aku tak suka baca..then makcik aku cakap lagi, tak payah je la naik bas tu lagi. abis cerita. tau apa aku jawab..ala, kalau nak mati kat mana2 pun boleh..tapi bukan ngan gaya biadap la yek.macam gurau2 je la. kurang ajar kan aku?hehe..

tapi tu la pendirian aku. aku rasa selesa ulang alik ngan bas sani.suka hati la kan. siapa cakap aku tak risau setiap kali naik bas? nak pulak kalau musim raya.jalan kan sesak.hidup mati tu kerja ALLAH.apa yang aku boleh buat?berdoa dan tawakal. kalau abah bila nak jalan jauh dia solat hajat.aku malas sikit.hehe.. biasanya aku baca yassin sebelum nak jalan jauh. bila naik bas ke,kereta ke,motor ke  baca la doa.

doa naik kenderaan

doa moga selamat sampai.biasakan la lepas solat berdoa agar sentiasa dilindungi ALLAH. biasa lepas solat aku baca ayat kursi.nak mintak perlindungan. dan jangan lupa letakkan keyakinan yang tinggi pada ALLAH.insyaALLAH kat mana2 pun kita selamat.amin... 

nak tau kelebihan baca ayat kursi?tengok SINI


bukan untuk jalan jauh je tau.setiap masa kita amalkan apa salahnya.
setiap orang caranya tak sama.aku ni doa2 lazim bukan tau sangat.aku baca je apa yang aku tau.hehe...

segala yang baik datang dari ALLAH.yang buruk2 tu datang dari kelemahan diriku =)


1 rajin komen:

Farace Fauziey said...[Reply to comment]

jgn salah kn bas sani tu..
dan jgn percaya sgt ape yg media tulis...
sani mmg ada sejarah hitam,
MAS pon ade sejarah hitam yg lg tragis, transnasional, bas persiaran smua ada dll.. lets say if u naik bas lain pon, da confirm ke selamat.. kesimpulannya kalau benda tu nak jadi, jadi jugak.. peace