Perosak hati,jantung dan ginjalku..

salam semua.hari ni pagi aku dimulakan dengan sesuatu yang menyakitkan hati,jantung dan ginjalku (cam Malate Aspartate shuttle la pulak). ceritanya biarlah rahsia (ngan gaya manja ala2 siti).. malas la nak ce cite ni.

so,apa korang rasa kalau korang sakitkan hati orang?puas hati?seronok?bahagia? korang rasa bersalah tak? dah takdir aku kenal ngan seorang hamba ALLAH ni yang macam talam dua muka. cakap banyak, mulut manis tapi sayangnya hati dia tak manis.please la..kalau nak buat perangai pun, pergi la cari orang lain.tak payah la cari pasal depan aku.menyampah tau tak??!! kita bukan orang lain..kawan kan.entah la...ikut hati aku malas dah nak tegur kau..tapi hidup aku bukan nak cari musuh. malas nak cakap banyak.sabar la hati..

cuma aku nak bebel kat sini, jangan la buat orang lain menyampah atau sakit hati ngan kita. kalau orang asik marah kita, maki hamun kita, menyumpah kat belakang, boleh hidup aman makmur sentosa bahagia ke? ngan kawan sendiri pun nak cari pasal ke?cuba jadi budak baik,jangan nakal2 nanti mak marah! kan kalau kita buat baik ngan orang, hati pun rasa tenang.hepi kan kalau kita buat orang lain hepi.seronok kan kalau tengok orang ketawa, seronok sebab kita.. hidup kita kat dunia ni sementara je pun..masa yang kita ada kat dunia ni singkat sangat. so, gunakan la masa yang ada ni untuk perkara2 yang baik. ye aku ngaku aku pun bukanlah baik sangat..tak layak nak nasihatkan orang itu ini.

tapi kemon la (came on la) tak payah la nak kumpul kebencian orang kat kita. hidup pun jadi tak berkat sebab tak jaga hubungan baik ngan manusia. dalam Islam, kita kena buat baik dengan orang lain, dengan binatang, ngan pokok2.. bukan setakat kita jaga hubungan dengan ALLAH je. please la beb... kalau tak tahu jaga hati orang, pergi dok dalam hutan sorang2.buat la apa2 tak ada sape nak marah..buat perangai cam ni la buat rasa hormat orang kat kita boleh hilang.

pesanan penaja, hormat la diri sendiri sebelum nak orang lain hormat kita..




0 rajin komen: