Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hujung bulan lepas, buah hati aku hampir2 mau menemui ajal. Ingat kan sampai dah masanya tapi masih ada lagi peluang untuk teruskan hidup tapi kena rawat dulu la kan. Tengah sibuk dengan macam2 keje, boleh pulak laptop kesayangan aku tu buat hal. Baru je hujung tahun lepas aku tukar mother board. Pahtu rosak lagi.
Nasib la jadi masa malam hujung minggu, masa kelas pun dah tak ada. Pagi besoknye aku terus cabut balik rumah la. Tu yg sempat lagi pergi
Hari Belia dan Jom Heboh tu hehe. Sekarang aku pakai laptop lain. Abah dah repair. Katanya hard disk rosak. Tukar yg baru.
So semua yg kat dalam tu hancus, lebur, hilang..em apa lagi nak kata grrrrr. Nasib semua keje aku sem ni aku dah simpan awal2 dalam pendrive dan ada sikit kat emel. Back up tu penting tau.
Untuk berjaga- jaga, korang kena la buat back up. Benda kalo nak rosak bukan dia nak kabo dulu kat kita. Memandangkan aku ni rabun IT, ni je la cadangan yg aku boleh bagi:
-Simpan dalam external hard disk. Tapi tu bukan jaminan jugak.
-Buat back up dalam pendrive tapi tu pun tak selamat. (dalam kes aku selamat la hehe)
-Nak selamat korang send kat emel sendiri apa yg korang nak simpan tu.
-Boleh jugak download dan guna Dropbox dan apa2 service internet lain untuk simpan gambar, video dan dokumen (aku download tapi tak pakai pun..ceh)
-Simpan dalam laptop kawan. Kalo dia punya pun jahanam, maka jahanam la sama2 ya.
Sedih woo semua gambar aku dah takda. Gambar dari matrik, gambar dari sem 1, semua movie, lelagu dan MV yg susah payah aku download. Paling sayang One Piece aku yg 500 lebih episod tu woi. Abes koleksi MV Suju, FT Island, DBSK, Beast, ah semua la. Nasib you tube ada. Oh babai awak semua.
Kepada buah hati saya, banyak jasa awak untuk saya ya. Teman saya buat kerja, teman saya berhibur, teman saya berinternet, teman saya berblog. Balik nanti saya nak peluk awak sebab saya masih sayang awak. Yang awak nak mati cepat tu kenapa?
Moral of the story: Jangan penuhkan hard disk macam aku buat huhu..
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^