Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Jalan kau pilih

Bulatkan tekad...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tidaklah aku petah berkata -kata dan lantang berbicara maka pada halaman kertas aku lukiskan luahan rasa. Sesuatu itu pernah singgah dan pergi tapi ia muncul kembali. Sesuatu itu merasuk makin menggila ke dalam jiwa dan fikiran dan aku menjadi hanyut, larut hingga sebati. Tuhan temukan ku dengan sesuatu itu, apakah punya makna tertentu?


Intro je tu. Kemain panjang. Korang ada cita-cita? Korang minat apa? Teruskanlah dengan kecintaan korang pada sesuatu tu. Biarlah orang lain nak dengki, nak caci maki asalkan tak buat benda yg salah tak apa aja. 

Haisy cakap memang senang. Cer praktik, kena kat batang hidung sendiri, hah dapat setepek kat muka. Kata tak peduli tapi kisah jugak. Mulut kata ada-aku-kisah tapi kepala dok pikir 'tak pe ke ni', 'boleh ke', 'apa orang kata' dan bla bla bla lagi.

Pasti ada; walopun seorang yg membantu...



Thanks to Nur Aqilah Mohd Sholihin pakwe kesayanganku. Ceh macam lesbo. Tapi kata2 kau semalam menyentap hati aku. Menghentak kepala aku sampai buat aku tersedar. Hanya sebab kau kenal aku. Kau tau apa kesukaan ku, apa kekurangan ku. Dan tukar kerisauan aku jadi satu senyuman yg panjang.

Aku dah pilih jalan aku. Aku tau pasti berliku. Tapi sebab kau selalu ada. Dan DIA juga. Aku tak mau mengalah. Kamu...ya korang semua, pasti punya jalan yg dipilih dengan cerita yg tersendiri kan? Bengkang- bengkoknya jalan mu, kau dan DIA aje yg tau. Senyum. =)




 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Kerana Allah masih sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiap kali bila diuji tak kisah la dengan kesusahan, kesakitan atau kehilangan, kita akan bersedih dan menangis. Sedangkan bila difikirkan balik, apa yg dirasa tu tak la sangat membebankan.

Kata lah kita jatuh sakit. Kita mengeluh dan berkata yg sakit ni amat payah untuk kita. Kita berdoa semoga cepat sembuh. Dan dengan izin Allah, kesihatan kita dikembalikan. 


Kau sedang diuji sebenarnya...


Sedangkan kita tau, nikmat dan kesenangan yg Allah bagi macam2. Sangat banyak. Tapi bila teruji sikit mula gelabah. Sakit cuma sekejap sedangkan masa sihat kita sia-siakan waktu. Takkan tak boleh diuji langsung sedangkan kita dibiarkan hidup dengan selesa selama ni?

Tu la tanda betapa kita ni lemah. Sehebat mana pun kita di mata dunia, tetap kerdil dan hina di pandangan Allah; melainkan orang yg beriman. Hebatnya kasih Allah dibagi apa yg kita perlu. 

Selagi masih ada kudrat, selagi masih nyawa menyarung tubuh, tunduk dan sembahlah Dia. Wallahualam.



 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Jadilah pendengar yang baik



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Meluahkan perasaan dan bercerita masalah pada orang lain memang tak dapat selesaikan masalah. Tapi sekurang- kurangnya dapat melegakan perasaan dia yang tengah serabut masa tu. 

Lebih bagus kalo dapat bagi nasihat. Tapi kalo setakat jadi pendengar yang baik itu sudah cukup. Cukup untuk dia tau ada seseorang yang sudi mendengar. Bukan senang nak cari seseorang yg tetap bersama kita masa senang dan susah. 


 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Motivasi diri: Bila sepi itu singgah di hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak kau rasa masa kau perlu kan seseorang tapi takde sape pun dekat sebelah tu nak dengar cite kau. Kau rasa nak tumpang bahu sesapa tapi takde sape pun nak hulur.

Pernah tak kau rasa kau buat semuanya sendiri tanpa sokongan sapa2? Bila kau jatuh dan kau cuba angkat lutut perlahan-lahan sampai kau bangun semula?

Pernah tak kau buat2 macam tak ada apa tapi hati kau kat dalam tu macam nak pecah. Kau senyum kau ketawa macam apa tah tapi hati kau menangis kat dalam. Ada tak?


Lepas tu kau buat apa? Putus asa? Berserah aje? Tak. Bukan macam tu. Kau kena ingat yang bukan kau sorang je ada masalah. Cuba kau banding dengan orang lain. Lagi teruk dari kau. Kau pun tak mampu nak hadap semua tu. Masing2 ada kurangnya kan.

Kita memang tak boleh nak harap semua orang paham kita. Kita pun tak boleh nak paham semua orang. Bila dia susah pun tak semestinya kita ada waktu tu kan. Bersabar. Tiap susah payah kita sekalipun tak bernilai di mata manusia, tapi bernilai pada pandangan Allah.

Sebelum kata semua orang tinggalkan kau, cuba tanya diri dulu, pernah tak sekali kau tinggal dan lupa kan Allah? Tapi Dia selalu ada kan..... Senyumlah wahai hati yang diuji ;)


So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…


ps: ada gaya perunding motivasi tak? ke motibasi? :p



KLIK la kalo mau..malas aku nak berkempen dah..


 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^