Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Konspirasi Blogger Kreative 2012- Bila Orang Yang Kita Sayang Pergi Tinggalkan Kita



Selamat malam kasih

untuk terakhir kali

kau ucapkan kepada ku

malam ini...


Wajahmu sayang, yang pucat dan cengkung ku renung dengan sayu. Aku tahu kau kini tak berdaya. Nafasmu yang makin berat, seolah-olah nyawa itu tak mampu terus mendiami tubuh kecil mu. Hanya mampu terbaring. Bisu. Yang cuma kedengaran adalah mesin yang menunjukkan jantung itu masih berdenyut.

Ku sentuh perlahan tanganmu. Sejuk. Tiada respon. Bukalah mata mu. Lihatlah aku. Ingat lagi semua kenangan kita? Susah senang yang kita kongsi bersama? Ketawa kau mengisi hari-hari ku yang sepi. Sebab kau aku masih mampu berdiri. Sebab kau aku teruskan hidup walaupun pernah hampir mati.


ku berharap 
kau tak pergi

tinggalkan diriku

ku butuh belaian mu dan kasih mu..


Kau tetap begini setelah 2 minggu berlalu. Kata doktor yang merawat, penyakitmu tak mampu disembuhkan lagi. Tiada harapan. Doktor tak mampu buat apa-apa. Dia suruh bawak kau balik. Haruskah aku berputus asa?

Tidak. Aku takkan berhenti berharap. Selagi ada masa, selagi ada nyawa, selagi itu harapan sentiasa ada. Kita akan sama- sama berusaha. Kau pun kena kuatkan semangat. Aku takkan mengalah. Takkan sesekali.


dan bila semua tanpamu 

hampa terasa hati ku

tak ada lagi yang mengisi hatiku

senda tawa tangis yang menghibur ku




Ku usap rambut mu. Perlahan ku tunduk menciumi dahi mu. Cinta ku terlalu dalam. Mampu kah aku teruskan hidup andai kau pergi dulu? Tanganmu ku genggam, ku kucup penuh rindu. Ya, rindu diri mu yang dulu. 

Malam itu, aku terus berbual dengannya. Setia disisi menemaninya. Sesaat pun tak sanggup aku tinggalkan dia bersendirian setelah doktor menyampai kan berita yang amat menyentap perasaan ku. Tiada harapan buatnya lagi! Oh Tuhan tolonglah kami... 

...........................................


Aku tersedar tiba- tiba. Entah bila aku terlena. Ku lihat nafasnya sangat laju. Dadanya turun naik. Denyutan jantungnya semakin laju. Aku panik. Aku panggil- panggil namanya. Doktorrr!!!!!


dan bila  semua tanpamu

hampa terasa hidupku

tak ada yang bisa gantikan dirimu

selamanya



Doktor dan jururawat berusaha menyelamatkan dia. Aku disuruh keluar. Gelisah. Mungkinkah dia... Ya Allah! Hatiku merintih... Bertahanlah sayang!



.................................................


Sunyi benar pagi ini. Awan nampak mendung. Matahari pula seakan malu menunjukkan diri. Ku jalan perlahan. Pagi ini untuk entah yang ke berapa kali aku ke sini. Sudah menjadi rutin ku. 

Sampai tempat yang ku tuju. Ku duduk di situ. Aku memberi salam. Sayang, aku datang lagi. Duduk di situ. Lalu kitab yang suci itu ku buka. Hadiah untuknya. Ku baca dengan suara perlahan. Penuh sendu.

Bukan mudah untuk aku teruskan hidup ini. Dengan bayang wajahmu ada di mana- mana. Suara mu yang selalu terlintas di kepala. Ini bukan mudah untukku sayang. Bukan mudah. Percayalah, kau sentiasa di hati ini. Tuhan, ampuni segala dosanya dan satukanlah kami kembali di syurga.


Selamat malam kasih
untuk terakhir kali

kau ucapkan kepada ku

malam ini...

ku berharap

kau tak pergi

tinggalkan diriku

ku butuh belaian mu dan kasih mu..

dan bila semua tanpamu 

hampa terasa hati ku

tak ada lagi yang mengisi hatiku

senda tawa tangis yang menghibur ku

dan bila  semua tanpamu

hampa terasa hidupku

tak ada yang bisa gantikan dirimu

selamanya





#Kispen ni terilham dari sebuah lagu, Pepito- Bila. Dengarkan sambil baca untuk kesan khas. Ahaks! 







### Kispen ni diulang tayang (entri lama kat sini) sempena  Konspirasi Blogger Kreative 2012 yg dianjurkan oleh 2 blogger hebat, Selendang Merah dan Ain Dzaya. Jom la join tunggu apa lagi. Amboih macam promoter pulak ;)










Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Blogger Pilihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai kakak cantik, abang kacak dan adik manis semua. Do you wanna rock??!! Eh soalan tak kena pulak. Emm rasa dah lama tak buat entri cengini. Memandangkan aku sekarang ni tengah buat2 bizi, so tak selalu la aku dapat BW kan. 

Eh nak bagi tau jugak. Semalam berjaya jugak aku jilid tesis. So, final year projek aku sampai dah ke penghujungnya. Tunggu jilid siap dan hantar. Nak kata rilek sangat tu tak la sebab ada kerja sikit. InsyaAllah hujung minggu ni aku balik.  Maka bermulalah kehidupan aku sebagai seorang penanam anggur yg berjaya. Ada nak offer kerja kosong tak? Anyone? Anyone? hehehehe.. 

So, dalam episod kali ni (dah macam pengacara pulak), aku nak bawak korang ke destinasi percutian pilihan. Konpem best la. Blogger pilihan aku ni kebanyakkannya selalu singgah dan komen entri2 aku padahal aku asik macam chipsmore je kakaka jangan marah.. Juga atas sebab entri2 dorang yg best.




Kat sini macam2 ilmu korang boleh dapat. Lebih kepada blog islamik yg setiap entrinya korang rasa..peh..peh dasyat. Boleh menikam jantung tau tak. Dari kita tak tau jadi tau. Kadang2 tuan punya blog suka kongsi resepi. Kecur air liur tau.



sikurakurapurapura



Berr (bukan nama sebenar) merupakan seekor kura2 yg suka pura- pura sambil memakai legging purple  ala power rangersnya. Suka outdoor activity. Dia tengah cari geng bas sekolah eh tak geng untuk projek backpacking tahun depan. Keutamaan mungkin pada kura2 yg comel aje :p


La Mia Storia



Si gadis manis yg ada baju ala Kpop ni kan suka kongsi entri yang baik2 belaka. Tak caya pi terjah la. Selalu kongsi ilmu yg menarik dan yg perlu kita tau. Suka warna purple sebab blog dia purple. Boleh geng dengan kura2 ni.



Comel kan header dia? Tuan dia lagi comel dan bergaya. Seorang bakal cikgu. Suka polka dot. Ketara sangat la kan hehe. Katanya tengah demam. Jom ramai2 pi lawat dia.



ps: mintak izin curik header ye tuan blog. <-- Pencurik berhati mulia >_<





 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan Part II

miss Z berceloteh
KLIK


Bilangan follower: 720

Negeri asal: Selangor


Meh la join sesapa yg rajin. Syarat yg simple dan tak memeningkan hehehe ;)




 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Segmen Ben Ashaari dan saya

BEN ASHAARI


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Lama rasanya BA tak buat segmen. Rasa nak join jugak la kali ni. Maklum la nak update pun malas hehe.. Blog macam mana yg anda suka dan kenapa?

Kalo aku la, tak kisah je blog macam mana. Asalkan senang nak masuk ok la. Tuan rumah tak sombong lagi suka terjah. Tak penuh dengan widget pelik, terbang sana terbang sini sampai pening kepala hehe..

Tapi paling2 suka kalo blog tu entri2 dia santai dan lawak. Comel gitu.  Yg ada lukisan ala2 komik pun best macam blog ni. Aku suka baca blog yg tulis cerpen gak macam blog IffahMy story. Kalo free boleh layan la. Korang pulak macam mana?

Ok tu aje kot. Selamat bersegmen semua ;)



>>Nak menang hadiah?





 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Segmen : Mari Berhijab Part 2

KLIK gambar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama tak join segmen. Kali ni nak join segmen Apit nak doodle yg sangat comel tuh. Jom join. 50 yg terawal je boleh dapat.

Nama: eerashera
Warna: Pink cair

Harap2 dapat la ;)



 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

BEN ASHAARI tanya blogger sapa nak ?

BEN ASHAARI
KLIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sape sudi nak letak blog ni dalam blog list dia, sila kan lah. Kalo yg pestaim singgah sini, salam kenal ;)

Blog list ni penting untuk promot blog kita kat orang lain. Kalo nampak menarik entri tu, mesti la orang terjah ye dak? Lepas tu kena la update selalu baru senang nak nampak heee..

Sape mau tinggalkan komen yep. Adios. Ciao.



 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Segmen: "jom follow blog remyhazza"


Masterpiece fanpage.Silalah LIKE. arigatou ^^

KLIK gambar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

kali ni aku nak join segmen bro remyhazza ni sebagai sokongan kepada rakan blogger ;)

jom ramai2 join segmen ni. pemilik blog ni nak dapatkan 500 follower kalo boleh sebelum masuk 2012. harap2 tercapai la impian dia tu. 

>> ceritakan serba sedikit mengenai blog remyhazza yang korang
     rasa best untuk dilawati.

ala..mesti la sebab blog ni banyak makanan. kalo perut tengah lapar aku rasa tak sanggup nak masuk. menderita perut aku dari dalam haha

ok bro. gudluck utk segmen ni ^^

tarikh tutup: 15 dis pukul 12 mlm 





 
Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Segmen eera: impian dan harapanku bersama blog

Salam.


Ini adalah entri melekat. sila scroll ke bawah untuk post2 yang lain. TQ.

Wah..eera shera buat segmen. Betoi ka dak ni. Hehehe.. betoi la. Ini bukan cobaan. Pestaim ni buat segmen. Dari hari tuh lagi nak buat tapi tak buat2. Tak tau la ade sambutan ke tak. ade tak ek yang nak join.
Memandangkan ini cobaan petama, segmennye ringkas, simple dan mudah aje. Pejam mata pun boleh buat. Hihihi..
Caranya:

Ø  Buat entri ngan tajuk Segmen eera: impian dan harapanku bersama blog
Ø  Tepek header tak berapa cantik tu dan link kan ke entri ni.

masterpiece


Ø  Cite la sikit ape impian dan harapan korang buat blog. Ape hasil yang korang arap  nak dapat dari berblogging ni. Hidup kena ade matlamat kan.
Ø  Yang logik atau tak masuk dek akal pun tepulang la. Aku tak marah pon.
Ø  Tak ade syarat. Tak ade bayaran dikenakan. Hehe
Ø  Dah siap, letak link entri korang tu kat entri ni. ala..cam bese korang buat tu.
Ø  Nak tag boleh. Tak tag pun tak pe. Jangan tag aku suda la :p
Ø  Tempoh segmen: dari hari ni, 15 November sampai 30 November 2011.
Ø  Dah join tu, korang cer la terjah rakan2 lain yang join same. Aku akan list kan link nanti.

Aku pun ade impian jugak. Nanti la aku cite ;)

Tak ada adiah disediakan. Awal2 dah cakap. Hahaha.. adiahnye mungkin korang dapat tambah follower, kenal2 ngan kawan baru, kalau nasib baik, dapat jodoh sekali. Ngeee...

Meh la join. Mari..mari..mari..ceh macam pasar malam..

Sama2 meriahkan segmen yang julung2 kalinya dari aku..ah..poyo lak ;)


*** huhu..ni entri yang baru. yang dulu tu dah terdelete. wuwuwuwu..kesilapan teknikal. sape yang dah bagi link tu takkan de kat komen ni tapi ade dalam list. sori2 sesangat ;)

ni list peserta. cer tengok. TQ




 
 Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^