Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Cintakan kebaikkan, bukan nak tunjuk baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila cakap benda baik orang kata tunjuk baik. Bila cakap yg buruk2 lagi la orang tengok semacam. Aku terpikir, cakap pasal kebaikan sama ke maksudnya dengan tayang/ tunjuk kebaikan emm?



Sumber: fb


Aku suka kata2 kat atas tu. Tak tau sapa yg buat tapi terima kasih la. Kata2 yg terbaik especeli untuk lalat yg suka hurung bau busuk. Bila ada bau wangi dia tak suka. Dia mengeji.

Pura-pura baik? Biarlah tu antara dia dengan Tuhan. Lebih baik dari dia mencarut bukan- bukan sampai cair taik telinga orang huhu..


ps: dari manusia yg cintakan keamanan sejagat. Manusia bukan otromen =_=




 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Salah sangka dengan Allah?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa berdoa, masa sujud atas sejadah, masa mintak macam2 permintaan, tentulah mengharapkan doa dan harapan tu termakbul. Tapi tak selalu apa yg dimintak itu jadi kenyataan. Kalo termakbul pun belum tentu cepat.

Bila rasa macam tak dapat apa yg kita nak. Bila dalam terdesak kita salah sangka. Ya, salah sangka dengan Tuhan. Sedangkan Allah Maha Mendengar. Mestilah Dia dengar, tahu apa yg dimahu.

Dia lebih tau apa yg terbaik. Apa yg patut kita dapat. Apa yg layak untuk kita. Bila tak dapat, kadang tanpa sengaja kita persoalkan. Bandingkan dengan orang lain. Tapi bila Dia bagi semua apa yg ada kat kita ni, ada Dia persoalkan bila kita lupa nak berterima kasih??  Ah malu sungguh!


ps: dari hamba yg sering meminta :(



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Kerana Allah masih sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiap kali bila diuji tak kisah la dengan kesusahan, kesakitan atau kehilangan, kita akan bersedih dan menangis. Sedangkan bila difikirkan balik, apa yg dirasa tu tak la sangat membebankan.

Kata lah kita jatuh sakit. Kita mengeluh dan berkata yg sakit ni amat payah untuk kita. Kita berdoa semoga cepat sembuh. Dan dengan izin Allah, kesihatan kita dikembalikan. 


Kau sedang diuji sebenarnya...


Sedangkan kita tau, nikmat dan kesenangan yg Allah bagi macam2. Sangat banyak. Tapi bila teruji sikit mula gelabah. Sakit cuma sekejap sedangkan masa sihat kita sia-siakan waktu. Takkan tak boleh diuji langsung sedangkan kita dibiarkan hidup dengan selesa selama ni?

Tu la tanda betapa kita ni lemah. Sehebat mana pun kita di mata dunia, tetap kerdil dan hina di pandangan Allah; melainkan orang yg beriman. Hebatnya kasih Allah dibagi apa yg kita perlu. 

Selagi masih ada kudrat, selagi masih nyawa menyarung tubuh, tunduk dan sembahlah Dia. Wallahualam.



 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Buat wanita seluruh dunia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Diakui..dia cantik..sungguh cantik!
Bila upload saja gambar,
Ramai yang memuji,
Jumlah 'like' apatah lagi,
Istimewanya..majoriti dari kaum Adam!
Ohh..sungguh teruja!

Namun sayang 1000 kali sayang,
Tanpa sedar,
Dia sebenarnya..
Telah me"rela"kan dirinya,
Menjadi santapan rakus pandangan sang lelaki!

Sedang hakikat wanita itu,
Saidatina Aisyah RA pernah mengatakan,
“Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”.

#kopipes dari fb

>> Gadis2 cantik dan baik sekalian, mahal kan la diri anda!


ps: entri kopipes aje tak sempat nak menaip. draf tesis dan assignment menanti -_- 



Korang hebat kalo KLIK sini!!

 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Renungan: adab yang kian dilupa









Adab bila kita mendapat pujian orang:

Bersyukur- bersukur kepada Allah yang memberi segala nikmat. Tak perlu nak berlagak dengan pemberian ALLAH yang hanya sementara dan boleh ditarik bila- bila masa pun.

Rendah diri- tundukkan wajah bila dipuji. Sentiasalah merasa rendah diri. Berdoa semoga menjadi orang yang lebih baik. 


.............................................




>>>>> thanks sesangat kat Cik Iffah Afeefah sebab buatkan header tu. tak mintak die yang bagi wo. terharu.. maceh ;)


ps: aku pi Setiu hari ni. nak tengok sampling site. walopon aku tau banjir kat sana. redah je la






 
 Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^