Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts

Hanyut



Jari jemari yang memetik gitar ku perhati
Kau nyanyi tanpa mengukir senyum
Hilang..khayal dalam dunia mu

Keras dan dalam suara mengalunkan lagu
Indahnya melodi bila bersatu 
Dengan bait kata yang memukau kalbu

Pejamkan mata... 
Dengar dan hanyut bersamanya
Tanpa jemu aku terus di situ
Gaya mu membuat aku terpaku

Aku suka raut wajah itu
Kau betul-betul tenggelam
Hilang dalam lagu 

Ingin dengar suaramu lagi
Menyanyi dan mengisi sepi hati ini
Di tengah ramai tak mungkin kau nampak
Dari jauh aku memerhati

Dalam ramai yang memuja kau
Aku diantaranya
Bukan pada rupa yang ku suka
Tapi suara mu yang ku cinta

Dalam sebuah lagu ada kisah
Ada cerita bahagia, sedih dan pilu
Tapi bagaimana dengan cerita kita
Apakah sampai di sini cuma
Walaupun masih belum bermula....


Membunuh ku dalam diam
Dengan lagu yang kau mainkan










 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Terjatuh

Mungkinkah ada pertemuan kali kedua? Jikalau tidak, apa makna disebalik pertemuan ini? 
Dan dia terus biarkan dirinya terjatuh.....




Suatu petang, aku jalan-jalan di taman. Seorang diri tak bawa teman. Dalam keriuhan orang ramai yang datang bersantai, aku ternampak kau. Kau duduk dibangku menghadap  tasik. Aku dibelakang tak nampak wajah kau. Aku menapak bergerak mendekat.


Cantik! Aku terpana. Masa  aku pandang kau tengah menunduk. Kau gigit bibir. Macam ada sesuatu yang tak kena. Ya air mata tu. Air mata itu mencacatkan kecantikan kau. Bersila atas rumput, duduk dekat dengan kau.


Kau masih menangis. Kenapa ya? Tak mahu tanya. Ku seluk poket seluar jeans lusuh dan hulur sapu tangan dekat  kau. Kau sambut dan tersenyum sedikit. Kau macam bidadari bila kau senyum tapi kenapa kau bazirkan air mata tu?




Masa berlalu. Kau masih membisu. Tak apa aku cuma nak teman. Sekurang- kurangnya kau tak keseorangan. Dengan penuh tabahnya aku masih menunggu di situ. Umpama sang pencinta yang setia. Pencinta? 


Tiba-tiba kau bangkit. Menoleh sekilas sambil berkata terima kasih dan…kau pergi. Eh nanti dulu  tapi kau tak toleh. Kau berlalu dengan laju. Aku terkedu. Teralih mata atas bangku, sapu tangan ku di situ. Ku ambil dan ku genggam. Erat. Basah dengan air mata kau.


Saat matahari mula menghilangkan diri. Saat burung- burung mencari jalan pulang ke sarang. Di suatu petang di sebuah taman, aku terjatuh. Sungguh betul aku dah terjatuh. Kaulah penyebabnya. Kau datang tiba- tiba dan  kau pergi begitu sahaja. Tapi siapa kau?








 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Penjara



Terduduk memeluk lutut.
Tertunduk lemah hilang daya.
Di sudut gelap diam bertapa.
Rasa terpenjara.
Rasa ini menikam diri.
Seperti mahu mati.
Terasing tanpa rela.
Di sini menakung luka.
Apa makna bahagia
Bila jiwa mati sebelum tibanya masa.


ps: saja lepas gian. pendek aje la exam tak abeh lagi. 1 paper lagi weeehuu ;)





 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Orang kaya mengemis cinta


Aku ada duit. Dengan duit aku boleh beli segalanya. Apa yang aku nak, mesti aku akan dapat. 

Semua orang tunduk kat aku. Melutut kat kaki aku. Dorang sanggup pejam mata kalo aku buat silap. Korang tau sebab apa? Senang aje. DUIT.

Tapi duit aku yang tinggi menggunung tu tak dapat isi hati aku yang kosong. Duit tu sesen pun tak dapat beli kebahagiaan untuk aku. Ke korang tau kat mana tempat yang ada jual bahagia? Ada tawar kan cinta?

Orang2 yang asyik berkepit dengan aku ni memang jahanam. Bertuhankan nafsu. Jadi hamba duit. Kalau ditabur duit, setianya bukan main lagi. Ceh setia kat duit aku kan? 

Tolonglah. Kalau ada jual bahagia, kasih sayang dan cinta, jual kan lah kat aku. Berapa pun aku sanggup bayar. Aku betul2 terdesak ni. Aku tak suka hidup sunyi. 

Err..orang kata kalo aku perlukan teman, cari la Tuhan. Tapi Tuhan nak ke terima aku?

#CeritaRekaanSahaja


ps: ada duit banyak pun kena mengemis cinta..memalukan! 


 Banner
Mintak tolong korang KLIK sini..pelis :)

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^