Showing posts with label kongsi cerita. Show all posts
Showing posts with label kongsi cerita. Show all posts

Wanita Penghulu Syurga



Wanita ini harum namanya seharum makamnya yang dicium Nabi Muhammad s.a.w sewaktu Israk Mikraj. Beliau ialah Masyitah, wanita penghulu syurga. Semasa hayatnya, Masyitah menjadi pengasuh puteri Firaun. Suatu hari, ketika menyikat rambut puteri Firaun, sikatnya jatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama ALLAH.

Puteri Firaun berasa hairan lalu bertanya, siapakah ALLAH itu? Masyitah enggan menjawap tetapi terus didesak bertubi-tubi. Akhirnya, beliau menerangkan bahawa ALLAH adalah TUHAN Yang Maha Esa, TUHAN sekalian alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun dan menyebabkan Firaun menggila marah. Ini kerana Masyitah menyembah tuhan yang lain selain dirinya. Firaun memaksa Masyitah mengakui bahawa dirinya (Firaun) sebagai tuhan tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah ALLAH.”

Firaun semakin marah. Lalu dia memerintahkan agar patung lembu tembaga berisi minyak direbus hingga menggelegak. Kemudian, Masyitah dan ahli keluarganya dicampak ke dalamnya seorang demi seorang. Sewaktu giliran anaknya, Masyitah hempir mengalah kepada Firaun kerana sayangkan anaknya.

Tetapi dengan kehendak ALLAH s.w.t kejadian luar biasa berlaku.

Bayi Masyitah boleh bercakap secara tiba-tiba. Katanya,
“Wahai ibu, teruskanlah dan usah menyerah kalah. Sesungguhnya engkau di jalan kebenaran.”

Lalu Masyitah yakin semula. Beliau mempertahankan keimanannya dengan mengatakan bahawa ALLAH Tuhan Yang Maha Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa. Beliau dan ahli keluarga kemudiannya mati syahid di tangan Firaun yang durjana.

Melalui pengorbanan sehebat Masyitah inilah Islam semakin mekar dan tersebar. Melalui pengorbanan wanita inilah Islam dipandang tinggi oleh insan yang sedang mencari-cari cahaya hidup. Ketika ada yang merasakan agama nenek moyang mereka sebagai karut dan tiada kuasa, mereka mencari-cari agama yang sebenar, yang boleh disandarkan seluruh kehidupan. Akhirnya mereka mendapati, Islam itu agama yang benar lalu mereka memilih untuk menganut agama yang benar ini dan bersandar dengan sepenuh jiwa raga meskipun diseksa atau terkorban nyawa. Pabila iman telah kukuh dalam diri, percayalah bahawa semua ugutan atau hinaan tidak lagi gentar untuk dihadapi dengan penuh ketakwaan.

Pada hari ini, kita tidak perlu berkorban nyawa seperti Masyitah untuk menegakkan Islam kerana Islam itu sudah tertegak dengan jerih payah pejuang-pejuang sebelum kita. Kita tidak perlu menempuh jalan sesukar itu kerana jalan Islam sudah terbentang di hadapan mata malah di lahirkan sudah Islam sejak azalinya. Islam ada di sekeliling kita malah menjadi cara hidup kita semua. Kita boleh mengamalkan agama kita ini sebebas-bebasnya. Tiada sesiapa pun yang akan marah jika sehari demi sehari kita berazam untuk meningkatkan iman dalam diri namun terlalu mengecewakan di zaman sekarang ada di antara kita yang lupa akan nikmatnya Islam yang selama ini bermati-matian di perjuangkan dan terlalu mudah agama kita diperjudikan.

#Copypaste



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Kongsi cerita: pengkhianatan dalam perniagaan





kata2 ni diambil dari novel Pei Pan, Ramlee Awang Murshid. penah bace? sedap gak cite ni. suspen tak hengat.

Pei pan (bahasa mandarin) maksudnya pengkhianatan dalam perniagaan. geram doh bace cite ni...grr

jalan cerita secara ringkas:
Dato' Karim (ye ke ni nama dia) dituduh membunuh isteri dan pekerjanya yang dikatakan mengkhianatinye. kiranya isteri dia curang la. kawan baik dan merangkap peguam dia, Bakri cuba melepaskan dia dari hukuman gantung sampai mati. 

Dato' tu akhirnya dihukum penjara selama 15 tahun. dalam penjaralah dia berubah jadi lelaki yang baik. dia memang baik pun cuma dia jenis yang meringankan bab agama. tak solat, minum arak.  

kisah dalam penjara ni best sebab penulis bagi gambaran kehidupan banduan kat dalam tu. tu pun kalo korang berminat la. aku memang layan je. kan dulu penah becite2 nak jadi loyer. akhirnye jadi loyer buruk je la mampu ;p    (Budak Penjara mesti tau dah ni)

dalam penjara la si Karim mula insaf. dia dah muflis. syarikat dia diambil alih  Harun, adik ipar dia. dia rasa bersalah kat 3 orang anak dia yang dijaga mak ayah mertua dia (dari isteri pertama). yang dituduh bunuh tu isteri kedua. isteri petama dah lama meninggal. 

agak sedih la bila dia teringat kan wife petama dia. ada jugak cite kisah hidup dia yang lampau. sangat2 susah. dan arwah isteri dia sangat la baik. selalu ingatkan die suruh solat. lepas isteri dia meninggal hidup die jadi huru hara.

panjang lagi la cerita dia. betul ke Dato' Karim bersalah bunuh isteri dia? siapa sebenarnya dalang disebalik semuanye?  makin sampai ke hujung makin tak boleh nak letak novel tu. huu...

pengajaran:
manusia sanggup berbunuh sebab harta. harta kalau dipuja, jadi kawan setan la jawabnya.  semangat Karim harus dipuji sebab bukan calang2 orang yang mampu bangkit selepas jatuh tersungkur. aku kagum la ngan si Karim ni. 

>>mangai susahnya nak buat ringkasan cite. belum lagi buat novel sebijik. ngaaaa...



ps: aku mungkin masih di Setiu. alang2 tu merayap pi Kelantan boleh tak..haha..
ok bukan aku yang drive ;p




Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

moga cepat sembuh, Kak Norma!

salam semua.

pernah dengar kisah kak norma yang menghidap kanser otak stage 4? rasanya ramai dah tau. aku nak tau sangat perkembangan dia. hope sangat satu hari nanti dia sembuh dan dapat hidup bahagia bersama suami dan anak dia yang comel tu.

menangis beb baca cerita dia. kita tak rasa..memang kita tak tau betapa deritanya dia. aku kagum gila dengan suami dan keluarga dia yang tetap setia disisinya untuk bagi kekuatan pada kak norma yang keadaanya dulu agak tenat.

tadi aku baca update terbaru, kak norma dah ok sikit. dah tunjuk tanda2 positif. dah boleh gerakkan tangan dan kaki dia lepas buat rawatan kat Pusat Rawatan Al-Hidayah. semoga kak Norma sembuh. semoga suaminya, Talib tetap tabah ngan ujian ALLAH ni. bukan calang2 orang yang ALLAH uji. hanya mereka yang layak, yang kuat tu la yang ALLAH uji.

semoga baby Rafiq membesar ngan baik dan jadi anak yang hebat sebab dia dilahirkan oleh parent yang hebat! yang penting, kak norma jangan give up dan familinya pun sama. dont give up dan jangan lupa doa. doakan senjata orang mukmin. tak ada yang mustahil bagi ALLAH. kalau ALLAH izinkan dia akan sembuh..

kak moon, kakak ipar kak norma ucapkan terima kasih pada semua yang membantu.. nasib la ramai yang sudi menghulur..hanya ALLAH yang dapat balas jasa dorang!

baca kisah mereka kat SINI




Review Movie: Ladda Land

salam.

bahasa: Thai
genre: seram


mengisahkan cerita suka duka sebuah keluarga. Thee, seorang ayah yang mahu buat yang terbaik untuk keluarganya. mempunyai seorang isteri bernama Parn, seorang anak perempuan, Nan dan seorang anak lelaki, Nat. hasil dari titik peluhnya sendiri, Thee berjaya membeli sebuah rumah. ini lah peluang dia tinggal sebumbung ngan keluarganya memandangkan sebelum ni, anak sulungnya Nan dibesarkan oleh neneknya.

Parn, seorang isteri yang baik. berkahwin ngan Thee walaupun tak direstui ibunya. Thee sering dihina ibu mertuanya kerana tak mampu beri kesenangan pada keluarganya sendiri. Nan pulak, tak rapat ngan mak dan ayahnya. memang nampak sangat la yang Nan tak suka tinggal bersama keluarganya terutamanya ayah dia. dia memang selalu dimanjakan neneknya.

Thee membeli rumah di Ladda Land. baru je tinggal kat Ladda Land, terjadilah satu pembunuhan. di mana seorang wanita Burma yang dia ingin mengambilnya sebagai orang gaji mati dibunuh dan mayatnya diletakkan dalam peti sejuk. bermula dari tu, satu kampung Ladda Land tu dihantui pompoan yang mati tu.

Thee macam mana pun cuba yakinkan familynya yang Ladda Land tu selamat walaupun satu Ladda Land tu dalam ketakutan. Thee ada jiran yang agak pelik sikit. seorang jiran lelaki yang agak sombong dan dingin, dengan isterinya yang lebam2 di badan, ada seorang anak lelaki dan seorang ibu tua yang berkerusi roda.

semakin lama keadaan di Ladda Land menjadi semakin kritikal. Parn ajak Thee pindah dan duduk balik kat rumah mak Parn tapi Thee tak mau sebab dia pertahankan ego dia. konon dia mampu jaga keluarganya dan tak mau lagi hidup menumpang. selepas tu, berlaku macam2 pada Thee bila dia mula hilang kerja. tekanan demi tekanan ditambah lagi ngan kejadian ngeri yang berlaku di Ladda Land betul2 menekan jiwa lelakinya. kewibawaannya sebagai seorang suami dan ayah tercabar.

apa yang terjadi seterusnya? tengok la sendiri. aku rasa cerita ni  seram jugak. macam nak putus jugak la jantung aku.haha...ending cerita ni sedih. memang sedih.  masa movie tu habis dah pukul 12.30 malam. seram woi bila nak balik tu.hihi..pulak tu tak ingat kereta park kat mana. terpaksalah turun naik lif dari tingkat 7 sampai 1 Alamanda tu. seram jugak masa tu sebab masa tu tak ada orang lain guna lif. hihi :p

aku bagi 4/5 la..ni review aku. korang tak tau la.


Shamsul Yusof ajak aku berlakon filem arahan dia!

salam.

wow! percaya tak? mesti la kan... aku pun tak sangka dapat offer dari dia. memang tak sangka sungguh la. macam dalam mimpi..erk..Shamsul Yusof tu beb. dia kol aku semalam..adeh.. so, sementara tunggu bukak sem, boleh la aku terima offer dia tu. aku memang dah lama kenal dia.sebelum dia popular lagi.  tapi tu la...dia tak pernah kenal aku..hehe...

saya dan Eera kawan rapat- Shamsul Yusuf

AUTA betul semua cite tu..haha..ala gurau2 je. korang pernah tak berangan luar alam? contoh berangan bercinta ngan alien ke.. berangan kawin ngan anak raja ke? berangan jadi artis ke? berangan apa2 la...

ceciter ceciter... apa salahnya kongsi kan? kan... nak tau jugak. kot ada yang berangan nak kawin ngan aku ke..opss..off record yang tu.. :p

share la kat komen tu ek. tuu.. bawah tu jek..

aku? aku mana suka berangan...betul! hahaha :p

ok cayang awak semua.. mmmuuuaaaahhhhh!!!! *peace*

Macam mana nak tegur orang yang tak solat?

salam.

kat sini ada pertanyaan..kot la ada yang sudi nak jawab kan.

kelmarin dapat mesej dari kawan aku. dia cerita pasal kawan2 dia yang tak solat. hei dah besar panjang dah- boleh kawin tak mau solat nak kena babab ni..hehe.. so dia tanya, macam mana nak tegur kawan yang tak pernah solat?

 kalau adik sendiri aku tau la... tak payah bebel panjang2, panggil abah je..haha..

ada sapa2 boleh tolong?

Meh kritik sini

salam.

korang rasa belog aku ni kosong ke semak ke ok2 je? eh..blog ni pink kan.tapi header aku agak kebiruan bak awan nan biru kan?actually aku suka gabungan pink dan biru.kiut ape. kan? siapa cakap tak aku cubit dagu dia.

erkk..kenapa aku baru perasan yang background aku ada bentuk hati @ love tu. ada kan? eeii..jiwang la. kenapa selama ni aku perasan yang belang2 tu je..arr..erk..perlu tukar ke tak..erk..i tak jiwang la :p

jom kritik belog buruk aku ni..kritikan membina yang akan menaikkan semangat berblog aku..korang sayang aku kan?eleh..malu2..kan? kalau tak pi main jauh2..hehe..gurau je.. (kang cakap aku halau pulak).

Kau kawan ke lawan?!

salam.


siapa tak sayang kawan?kawan masa susah senang.kawan masa ketawa dan nangis. tapi berapa ramai yang dapat kawan sejati. dan berapa ramai juga yang dikhianati kawan sendiri?


sebab salah faham, tak boleh tolak ansur, dengki, buruk sangka..akhirnya kawan jadi lawan. 


tikam belakang ni biasa je jadikan. well..depan nampak baik.konon macam malaikat. tapi belakang macam seth tan.eh, seth tan?? 


so, hati2 la pilih kawan. kata orang, kawan ni macam cermin untuk kita. kalau nak tau kita cam ne, tengok kawan kita tu. eh..kawan aku semua baik2 tau :p


kawan yang baik, akan bagi pengaruh yang baik untuk kita. akan bagi keuntungan untuk kita. tapi kawan yang buruk perangainya, akan menyusahkan kita pulak. macam hadis ni :

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

cari kawan yang macam ni hah :

sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 – Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

sepak je dia!hehe

tinggalkan kawan yang macam ni..bikin somak hati kau jo! (keluar nogori den..hihi)

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

curik dari: sini





Surprise!!terperanjat mak...

 

salam.

tengok baby tu terkejut.comelkan.. ni la aku masa baby dulu (tipu sangat). pernah tak korang dapat kejutan? masa birthday ke..bila2 la..suka tak? tak semua orang suka kejutan. kita dah plan baik punya nak bagi dia terkejut beruk..rupanya dia jadi beruk terus.dia marah la..sebab dia tak suka kejutan.eh..ada je. tak caya pergi terkejutkan beruk tu. tengok dia marah ke tak...(tak ada kaitan pun kan).

aku pernah dapat kejutan.masa birthday aku.tapi aku tak pernah buat kejutan kat orang lain. terkejutkan orang (takutkan orang lebih tepat) tu ada la. teringin nak buat tapi tak ada idea la. sekali sekala gurau senda bermesra apa salahnya..heh..sapa ada idea, angkat telinga?

ok nak buat kejutan tak salah. tapi biar berpada-pada la.takut2 la termalu kan orang tu ke. terbuat dia kecik hati ke. mana tau mood dia tak baik ke, tengah bersedih ke. kot baru lepas clash ke..haha. kalau terima kejutan pulak, ala layan je. sporting la sikit. hargaila usaha kawan kita tu. kalau tak terkejut pun, buat2 terkejut la..

opps terperanjat mak!


p/s: mak ngan abh memang buat kejutan tadi bila tiba2 dorang muncul depan aku.biarpun sekejap je tapi dah kembalikan mood aku hari ni. luv u ol!