Showing posts with label cerpen syok sendiri. Show all posts
Showing posts with label cerpen syok sendiri. Show all posts

Cinta Luar Biasa


Suatu hari teman rapatku mampir ke sisi. Sesuatu dibisikkan rapat ke pendengaran ku. Penuh berhati – hati ia menyulam hasratnya. Aku mengangguk. Lalu dia kepakkan sayap luas-luas depanku. Pergilah kejar impian mu. Kalau rindu bertandang nanti hinggaplah di jendela rumah ku. Sejak hari itu, tiap malam aku tunggu. Kalau – kalau kau terbang atas bumbung rumah ku. Kemudian aku tersedar. Manakan boleh dilihat sayap mu dalam gelita?

Dulu sebelum terbang, sayap mu putih bersih. Kini dari jauh aku lihat sayap mu kotor dan kusam. Apa dunia di luar sana terlalu kejam buat mu? Aku mahu sekali terbang dengan mu. Tapi sayang aku tidak punya sayap. Yang asli mahupun artifisial. Aku tiada. Kau ajak aku terbang sama. Ke mana aku tanya. Kau kata ke dunia kita. Maaf jalan ku pilih tak sama. Arahnya berbeza. Dan kau terbang pergi. Suatu hari aku lihat. Kau terbang bebas dengan yang lain. Baru aku sedar. Tempat aku cuma di bawah sahaja. Kerana aku tak punya sayap. Kerana aku tak mampu terbang. Kerana aku tiada sesiapa. Kerana kau tiada lagi bersama. Bertahun selepas itu. Kau hinggap di jendela ku lagi.

'Sayap ku patah'
'Mana teman mu'
'Mereka membuang aku'.

Sejauh itu kau terbang, kau masih mahu pulang. Sekalipun sayapmu cedera, sekalipun tercela, aku tetap terima. Dalam lemah kau bersuara. Akulah yang selama ini kau cinta. Hilang akalkah dia? Tidak. Keras dan tegas sungguh bicaranya.

'Wahai sayang ku, tinggi mana pun kasih kita tiadalah mampu mahu berpacaran sama'. Kau kembangkan sayap lalu kau sembunyi muka.
'Apa yang menghalang kita dari bersama. Kalau kau tak mampu terbang, kini aku juga sayap sudahlah tiada'.

Alasan ku mudah. Kerana kita tak sama. Kerana kau bukan manusia. Sampai kiamat pun tiada yang merestui kita bersama. Dengan kecewa kau berlalu. Kembangkan sayap luka mu dan meredah angin dengan payah. Kau makhluk separuh manusia. Hidupmu di bumi tidak diterima. Lepas ini tidak akan ku tunggu. Kalau-kalau kau terbang atas bumbung rumah ku. Biarlah. Biar kisah kita jadi sejarah.

***************************

Di penghujung usia, saat tubuhku sudah lemah. Bila mana kaki mahu melangkah pun terasa payah, saat itu sekilas pandang aku terlihat sayap di jendela. Sayap yang serupa dengan dia yang pernah ku puja. Mungkinkah itu dia atau khayalan semata? Dengan bayangannya menari- nari di lensa mata, dengan sayup-sayup terdengar sayap ditutup-buka, sambil tenang nafas terakhir ku hela. Gelap.



Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Curang: Selain Aku


Kelam sungguh langit malam itu. Bulan seolah menyembunyikan diri seakan merajuk sama si awan. Angin bertiup kasar. Memukul titis-titis air yang dimuntahkan awan. Kala itu, manusia sedang dilanda mimpi indah. Kepenatan di siang hari ditebus sebelum kembali menyerabutkan kepala keesokkan harinya. Di sebuah rumah di hujung kampung, dingin malam itu tak mampu menyembuh rawan di hati penghuninya. Seorang wanita duduk memeluk lutut dengan kepala tertunduk. Badannya terketar-ketar bersama esak tangis. Mujur hujan di luar sangat lebat. Maka tangisannya tenggelam dengan keriuhan rintik air yang dihempas ke tanah.

Dengan perlahan wanita itu mengangkat mukanya. Padangan mata hibanya terpanah kepada seseorang disebelah. Terbaring kaku penuh hina. Dengan pisau masih terpaku di kepala. Darah mengalir dari kepala ke mata langsung menuruni ke dagu. Masih mengalir keluar dengan rakus. Mata yang terbuka petanda si mati menanggung azab ketika nyawa dipaksa keluar dari tubuh oleh Izrail.

Dia tak berniat mahu buat begitu sungguhpun dendam dalam hatinya sudah lebih tinggi dari menara KLCC.  Entah dari mana datang tekadnya mahu membenamkan senjata yang digunakan ketika memotong daging tadi ke kapala lelaki itu, suaminya. Selama ini dia bersabar. Dicaci maki, disepak terajang dia tanggung tanpa rela. Sikap lelaki itu yang panas baran masih mampu ditahan. Tapi kecurangan lelaki itu sebagai balasan kesetiannya tak lagi mampu ditolak ansur. Walaupun sebagai wanita dia lemah, tapi dia tak bodoh. Dia tak mahu sampai ke akhir hayatnya dihina lelaki celaka itu. Suami yang dikahwini tanpa rela kerana dipaksa orang tua.

Dia sedang memotong daging ketika suaminya baru pulang. Mahu menyiapkan makan malam. Daging dipotong kasar sambil membayangkan muka lelaki keparat itu. Baru sahaja dia terserempak dengan suaminya yang bercumbu penuh nafsu dengan seorang gadis di bawah pokok besar tepi sungai yang dia lalu ketika balik dari kedai tadi. Sudahlah balik lewat malam, baliknya memekik-mekik bukan memberi salam. Terus terang dia bertanya apa yang dilihat sepasang matanya. Lelaki itu mendengus dan memaki hamun. Lagi dia lawan lagi dia dikasari. Setelah hinggap penampar di pipi, dia tak tunggu lagi. Pisau ditangan terus diangkat setinggi kepala dan dibenam hingga cuma nampak pemegangnya sahaja. Berapa dalam dia tak anggar.

Penyesalan langsung tak menyinggahi hatinya tetapi dia tak dapat lari dari memikirkan nasib malang yang menimpa. Di usia muda dia menjadi pembunuh. Membunuh suaminya sendiri pula. Pasti dia dihina masyarakat dan diadili manusia yang ingin menjadi Tuhan. Malam kian pekat. Entah apa nasib yang menantinya esok hari. Dia berkira untuk lari jauh dari sini. Pastinya ini bukan penamat. Dendamya baru bermula.

Cerpen: Mimpi


gambar: google

Hafiz menutup pintu kereta dengan lemah. Sambil menjijit beg kerja, perlahan dia menuju ke pintu. Penat sangat. Kerja macam tu memang boleh buat dia sesak nafas. Kerap ke sana sini. Tapi sebaik je nampak wajah bidadari yang tersenyum menyambutnya di muka pintu, tercampak semua rasa penat dan stress yang terbeban kat bahu tu.

”Lambat ya abang balik. Nampak penat sangat ni”.
”Penat memang la tapi bila nampak muka isteri abang ni, rasa lapang balik dada ni”.

Itulah Sufiah. Isteri yang sudah dikahwini selama lebih empat tahun. Isterinya tidak berkerja tetapi merupakan seorang penulis. Pernah menghantar karyanya di surat khabar dan majalah. Ada jugak terbitkan sebuah novel. Hafiz mengagumi minat dan bakat Sufiah itu.

Dibelakang Sufiah ternampak ibunya. Ibu pun tunggu dia balik dari kerja kot. Kenapa wajah ibu nampak muram. Berselisihkah dengan Sufiah tadi. Terus dia pergi pada ibu dan menyalaminya. Ibu cuma tersenyum hambar.

*************

Matanya dipejam celik beberapa kali. Terasa letih benar menghadap skrin laptop. Kerjanya banyak lagi. Kena tidur lewat lagi la malam ni. Tiba- tiba bahunya disentuh lembut. Aroma harum nescafe menyusup masuk dua lubang hidungnya.

”Nah. Su buatkan nescafe kaw kaw untuk abang”.
”Terima kasih sayang. Macam ni la isteri abang. Kalau tolong urutkan bahu lagi baik kan”.
”Boleh aje. Su ni kan isteri mithali lagi suci dan murni hehe...”
”Masuk troli tolak sendiri nampak”.

Sufiah memang nakal dan manja. Dia isteri setia. Sentiasa senangkan hati suami. Pandai jugak buat lawak dia ni. Mereka berdua ketawa. Tiba- tiba muncul ibu di muka pintu bilik.

”Tak tidur lagi, Fiz? Malam sangat dah ni, nak. Sambung esok aje la”.
”Tak apa, bu. Biasa dah macam ni. Lagipun kan ada Su teman Fiz ni. Ada tukang urut haha ”

Sufiah di sisi cuma tersenyum saja. Ibu terdiam. Dan menggeleng. Tak apa la, ibu tidur dulu, kata ibu dan dia pun menutup pintu.

************

”Fiz, ibu makin risau la. Fiz dan Su...”
”Ibu, apa yang ibu risau lagi ni. Kalau pasal cucu, ibu nak takut apa. Su kan tengah mengandung tu. Tiga bulan dah pun”.  

Tersenyum. Tak sabar nak peluk cium anak sendiri. Lama dah dia mengharap ni.

”Fiz sedar tak keadaan sebenar ni. Ibu..ibu tak nak Fiz...”
”Bu jangan risau la. Fiz akan jaga anak isteri Fiz baik- baik”.

Mereka kahwin dah empat tahun tapi masih belum ada anak. Hafiz tau ibu memang teringin sangat nak bercucu. Nah, Su kan dah mengandung. Apa yang ibu nak pening- pening lagi. Hafiz rasa bahagia.

*************

”Abang tak tau kenapa dengan ibu tu. Tiap kali kita duduk berdua, ibu tengok lain macam je. Bila abang cerita pasal Su, ibu diam je”.
”Tak baik la abang cakap ibu macam tu. Ibu susah hati kot”.
”Entah la. Ibu macam sedih je. Patutnya hepi la kan. Kan nak sambut orang baru ”.
”Su tau Su selalu buat abang dan ibu susah hati kan”.
”Jangan sekali pun cakap macam tu lagi yang ”, lirih suara Hafiz.

Tangan isterinya dipegang dan dikucup lembut. Dialah wanita yang mampu buat hidupnya terasa indah. Hafiz mahu Su jadi bidadarinya di syurga nanti.

*************


”Abang.... lepaskan Su”. Hafiz terpana!
”Jangan pergi, Su. Kesian la kat abang ni, sayang”, Hafiz merayu kasih pada sang isteri.
”Su pergi dulu, bang. Lupakan Su. Mulai dari saat ni ”
”Tolonglah, Su. Jangan pergi !!!”.
”Keluarlah, bang. Keluar dari mimpi ni”.

Suuuuuuu!!!!!! Hafiz terjaga dari tidur. Basah mukanya dengan peluh. Jantung pun berbunyi kuat di dada. Dipandang sebelah. Ahh Su masih lena. Mana mungkin Su pergi. Direnung Su. Dipegang perlahan perut Su yang didiami zuriat mereka.

*************

Hafiz yang kepenatan tertidur di sofa depan televisyen. Bila sedar je terdengar azan Asar. Penat membeli- belah barang dengan Su tadi. Beli segala kelengkapan untuk bayi mereka yang bakal lahir nanti. Tiga bulan je lagi ni.

”Fiz, kenapa beli lagi semua ni. Kan hari tu dah beli”.
”Mana cukup bu. Ni pun beli sikit je. Nanti beli lagi”.
”Ya Allah! Tak perlu la Fiz”.
”Kenapa dengan ibu ni. Ibu tak suka dengan cucu ibu tu ke”. Suaranya mula tinggi.

Ibu urut dada. Terkejut dengan apa yang Hafiz cakap dan matanya turut bergenang. Fiz anak ibu, kenapa la jadi macam ni.

”Fiz tau kan kenapa. Sampai bila Fiz nak macam ni. Kesian la dekat Su ”.
”Ibu merepek apa ni. Su tu kan anak ibu. Takkan ibu benci Su kot”.
”Ya, mana ada ibu benci anak sendiri. Fiz pun ibu sayang macam anak sendiri. Ibu tak sanggup tengok Fiz macam ni. Banyak kali kan ibu dah cakap. Tolonglah nak”.

Hafiz memandang tajam ibu mertuanya itu. Dia anak yatim piatu. Bila kahwin dengan Su, ibu Su dijaga dan disayangi macam ibunya sendiri. Dia pandang wajah Sufiah. Isterinya cuma tunduk membisu.

”Su dah tak ada nak. Dia kan dah lama meninggal...” Dan ibu tak mampu berkata lagi. Hanya air mata yang terluah. Terluah dari penderitaan yang dipendam jauh dalam hati. Sedih dengan keadaan Hafiz. Sejak isterinya pergi, hidup Hafiz umpama bermimpi siang dan malam. Dalam tidur dan jaga. Ibu tau betapa sayangnya Hafiz pada Sufiah. Tapi Allah lebih menyayanginya.

Hafiz terduduk. Dia menggeleng. Dipegang kuat kepalanya. Tak..tak..Su tak mati lagi. Su ada lagi. Siapkan sarapan, tunggu dia balik kerja, teman dia buat kerja malam- malam, mendengar semua cerita dan rungutannya. Su tak mati lagi bu!

”Sedar la Fiz. Fiz tak ingat ke. Fiz keluar berdua dengan Su. Nak pergi beli barang baby katanya. Balik tu Fiz dan Su kemalangan. Kereta Fiz dilanggar lori. Fiz koma dua minggu. Tapi Su...Su meninggal dalam perjalanan ke hospital. Anak Fiz tak dapat diselamatkan. Banyak kali kan ibu bagi tau. Ibu nak Fiz sedar. Nak Fiz ingat balik. Memang Fiz tak tengok jenazah arwah tapi kuburnya kan ada. Kan kita ada pergi”.

Hafiz terdiam. Dia...Su..barang baby...kereta..lori..Su....darah...Su...orang ramai kerumun..kereta remuk..Su...Hafiz menutup telinganya bila terdengar jeritan Su. Ya Allah! Suuuu...

*******************

Wajah yang tersenyum dalam bingkai gambar itu diusapnya. Hafiz tersenyum. Memang dah lama benda tu berlalu. Tapi dia susah nak lupa. Gila apa kalau dia lupa. Mana mampu. Itu cintanya. Itu kekasihnya. Akan kenang sampai mati pun.

Ditoleh ke kanan. Sufiah berdiri merenungnya dengan senyuman. Dipegang tangan Hafiz dan digenggamnya. Lalu dikucup.

”Abang dah boleh terima kan”, kata Su dengan manja.
”Ya boleh dah...”.
”Boleh dah kan kalau Su nak pergi ”.
”Pergilah sayang. Abang redha”.
”Selamat tinggal. Jaga diri abang baik- baik”.

Sufiah berpaling dan berlalu. Tak sikit pun toleh. Hafiz memandang langkahnya dengan sayu. Sesaat kemudian, air matanya tumpah. Sambil letakkan tangan di dada dia berkata, ” Su tetap ada kat sini sampai bila- bila pun...selamat jalan sayang”.

-TAMAT-


p/s: Kebenaran tu memang perit nak hadam tapi terima la kenyataan dengan lapang...

p/s II: Terima kasih kalau baca sampai abes. Terima kasih sudi luangkan masa baca cerita tak berapa menarik. Mungkin bosan. Terima kasih bebanyak :)




Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Terjatuh

Mungkinkah ada pertemuan kali kedua? Jikalau tidak, apa makna disebalik pertemuan ini? 
Dan dia terus biarkan dirinya terjatuh.....




Suatu petang, aku jalan-jalan di taman. Seorang diri tak bawa teman. Dalam keriuhan orang ramai yang datang bersantai, aku ternampak kau. Kau duduk dibangku menghadap  tasik. Aku dibelakang tak nampak wajah kau. Aku menapak bergerak mendekat.


Cantik! Aku terpana. Masa  aku pandang kau tengah menunduk. Kau gigit bibir. Macam ada sesuatu yang tak kena. Ya air mata tu. Air mata itu mencacatkan kecantikan kau. Bersila atas rumput, duduk dekat dengan kau.


Kau masih menangis. Kenapa ya? Tak mahu tanya. Ku seluk poket seluar jeans lusuh dan hulur sapu tangan dekat  kau. Kau sambut dan tersenyum sedikit. Kau macam bidadari bila kau senyum tapi kenapa kau bazirkan air mata tu?




Masa berlalu. Kau masih membisu. Tak apa aku cuma nak teman. Sekurang- kurangnya kau tak keseorangan. Dengan penuh tabahnya aku masih menunggu di situ. Umpama sang pencinta yang setia. Pencinta? 


Tiba-tiba kau bangkit. Menoleh sekilas sambil berkata terima kasih dan…kau pergi. Eh nanti dulu  tapi kau tak toleh. Kau berlalu dengan laju. Aku terkedu. Teralih mata atas bangku, sapu tangan ku di situ. Ku ambil dan ku genggam. Erat. Basah dengan air mata kau.


Saat matahari mula menghilangkan diri. Saat burung- burung mencari jalan pulang ke sarang. Di suatu petang di sebuah taman, aku terjatuh. Sungguh betul aku dah terjatuh. Kaulah penyebabnya. Kau datang tiba- tiba dan  kau pergi begitu sahaja. Tapi siapa kau?








 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Bila orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita


Selamat malam kasih

untuk terakhir kali

kau ucapkan kepada ku

malam ini...


Wajahmu sayang, yang pucat dan cengkung ku renung dengan sayu. Aku tahu kau kini tak berdaya. Nafasmu yang makin berat, seolah-olah nyawa itu tak mampu terus mendiami tubuh kecil mu. Hanya mampu terbaring. Bisu. Yang cuma kedengaran adalah mesin yang menunjukkan jantung itu masih berdenyut.

Ku sentuh perlahan tanganmu. Sejuk. Tiada respon. Bukalah mata mu. Lihatlah aku. Ingat lagi semua kenangan kita? Susah senang yang kita kongsi bersama? Ketawa kau mengisi hari-hari ku yang sepi. Sebab kau aku masih mampu berdiri. Sebab kau aku teruskan hidup walaupun pernah hampir mati.


ku berharap 
kau tak pergi

tinggalkan diriku

ku butuh belaian mu dan kasih mu..



Kau tetap begini setelah 2 minggu berlalu. Kata doktor yang merawat, penyakitmu tak mampu disembuhkan lagi. Tiada harapan. Doktor tak mampu buat apa-apa. Dia suruh bawak kau balik. Haruskah aku berputus asa?

Tidak. Aku takkan berhenti berharap. Selagi ada masa, selagi ada nyawa, selagi itu harapan sentiasa ada. Kita akan sama- sama berusaha. Kau pun kena kuatkan semangat. Aku takkan mengalah. Takkan sesekali.


dan bila semua tanpamu 

hampa terasa hati ku

tak ada lagi yang mengisi hatiku

senda tawa tangis yang menghibur ku




Ku usap rambut mu. Perlahan ku tunduk menciumi dahi mu. Cinta ku terlalu dalam. Mampu kah aku teruskan hidup andai kau pergi dulu? Tanganmu ku genggam, ku kucup penuh rindu. Ya, rindu diri mu yang dulu. 

Malam itu, aku terus berbual dengannya. Setia disisi menemaninya. Sesaat pun tak sanggup aku tinggalkan dia bersendirian setelah doktor menyampai kan berita yang amat menyentap perasaan ku. Tiada harapan buatnya lagi! Oh Tuhan tolonglah kami... 

.................................

Aku tersedar tiba- tiba. Entah bila aku terlena. Ku lihat nafasnya sangat laju. Dadanya turun naik. Denyutan jantungnya semakin laju. Aku panik. Aku panggil- panggil namanya. Doktorrr!!!!!


dan bila  semua tanpamu

hampa terasa hidupku

tak ada yang bisa gantikan dirimu

selamanya



Doktor dan jururawat berusaha menyelamatkan dia. Aku disuruh keluar. Gelisah. Mungkinkah dia... Ya Allah! Hatiku merintih... Bertahanlah sayang!


.................................................


Sunyi benar pagi ini. Awan nampak mendung. Matahari pula seakan malu menunjukkan diri. Ku jalan perlahan. Pagi ini untuk entah yang ke berapa kali aku ke sini. Sudah menjadi rutin ku. 

Sampai tempat yang ku tuju. Ku duduk di situ. Aku memberi salam. Sayang, aku datang lagi. Lalu kitab yang suci itu ku buka. Hadiah untuknya. Ku baca dengan suara perlahan. Penuh sendu.

Bukan mudah untuk aku teruskan hidup ini. Dengan bayang wajahmu ada di mana- mana. Suara mu yang selalu terlintas di kepala. Ini bukan mudah untukku sayang. Bukan mudah. Percayalah, kau sentiasa di hati ini.


Selamat malam kasih
untuk terakhir kali

kau ucapkan kepada ku

malam ini...

ku berharap

kau tak pergi

tinggalkan diriku

ku butuh belaian mu dan kasih mu..

dan bila semua tanpamu 

hampa terasa hati ku

tak ada lagi yang mengisi hatiku

senda tawa tangis yang menghibur ku

dan bila  semua tanpamu

hampa terasa hidupku

tak ada yang bisa gantikan dirimu

selamanya








#Kispen ni terilham dari sebuah lagu, Pepito- Bila. Dengarkan sambil baca untuk kesan khas. Ahaks! 



ps: ni kisah org yg ditinggalkan. orang yg kita sayang boleh jadi ibu/ayah/suami/isteri/sahabat/kekasih....




baca versi yg meninggalkan:
Pesanan terakhir untuk awak








 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Mawar hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini cuma rekaan. Takde kena mengena hidup dan mati.



Aku nekad. Kali ni betul nak hadiahkan dia sesuatu.  Aku buka almari. Aku jumpa apa yang dicari. Aku bawak keluar. Tersenyum memandang ia. Dalam mata terbayang seraut wajahnya. Teringat pula kata-kata yang selalu dibisikkan pada ku...dulu. Ya, aku kena beralah. 

" You segalanya buat I. Hidup dan mati I cuma you".

Ya sayang aku tau. Sebab tu lah aku nak pergi cari kau sayang. Menghangatkan kembali cinta yang hampir terpadam. Tunggu ya sayang. Aku bawa sesuatu yang kau takkan sangka. Aku ketawa. Mana henpon? Oh kat situ. Tekan2 dan..hah angkat pun. 

" Ya sayang. Kat rumah la. I pun rindu you. You tak marah lagi kan? Ok I tunggu".

************


Aku bukak pintu rumah yang tak berkunci tu. Mana dia? Aku cari di bilik. Mandi rupanya. Mandi lah sayang. Segarkan diri kau sebelum kita bersatu. Aku kunci pintu dari dalam. Ah sayang aku rindu! 

"Eh, kenapa you masuk? Kenapa tak tunggu kat luar?"
"Tak boleh. I tak sabar nak jumpa you. Jom sayang!"

Aku hampirinya. Dia macam serba salah. Buruk sudah ke aku sampai dia macam menjauh. Mungkin dah benci kan aku selepas...ah sudah! 

"Nak ke mana?"
"Tentulah ke syurga sayang.."

Sini sayang. Ku hulur tangan. Perlahan dia dekati aku. Dia sudah di depan mata. Nafasnya pun aku boleh rasa. Ah inilah masanya. I sayang you. I bawak sesuatu untuk you. Aku berkata sambil tangan cuba mengeluarkan hadiah. Pejam kan mata wahai sayangku...

"You nak bagi apa? Mesti special kan".

Aku tersenyum manis. Ini! Ini yang aku nak bagi! Kau suka?! Kemarahan ku mendidih. Sambil menjerit, tanganku laju menghentam objek yang ku bawa tadi itu ke dadanya, tepat ke jantung.  Aku nak lubang-lubangkan jantung dia. Aku nak lapah daging manusia pengkhianat ni. Sampai hancur haha..  

Darah memancut tempias ke muka aku. Matanya terbeliak. Nafasnya laju. Dadanya berombak kencang. Ah tak mati lagi? Ambik ni. Biar mati cepat. Aku hentak2 objek tu ke perutnya pula. Banyak kali. Ku lalu kan pula objek tu di sekeliling wajahnya. Kacak tapi sakit aku memandang. Ku tekan lebih dalam. Kalau aku tak dapat kau, betina tu pun tak boleh tau? Haha...!!

************

Sayang, bangunlah. Jangan tinggalkan I. Aku goncang kuat bahu dia. Aku menjerit panggil nama dia tapi dia langsung tak respon. Menangis. Aku ramas rambut. Aku buntu. Ku pegang dada. Sakit sangat. Ku renung kedua tanganku yang merah. Inikah pengakhiran cinta kita? Aku teresak-esak.  Kita dah janji nak sehidup semati kan sayang? Aku tak sanggup memungkiri janji kita. 

*************

Terlalu penat, aku baring disebelah tubuhnya yang bermandikan warna merah. Ku usap rambutnya sambil menyanyi lagu kegemaran kami. Tidur ya sayang. Mimpikan aku. Aku senyum. Mata terasa berat. Cecair di pergelangan tanganku masih mengalir. Aku cinta kau sayang!



ps: Aku tak mati lagi sayang. Lepas ni DIA pulak hahahahahaha ............


KLIK sini sayang haha!



 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen sayang ^___^

Cerkon: Aku akan kembali

 

Aku peluk tubuh. Terasa udara yang menyapa teramat dingin. Ku tarik nafas perlahan-lahan bagi menghalang air mata tumpah ke pipi. Benarkah apa yang dikatakannya? Aku tak silap dengar? Tapi kenapa?

Kau nak ke mana?

“Aku kena pergi. Kau jaga diri baik-baik. Aku janji aku akan selalu kirim berita”.

Boleh tak aku ikut sama? Kita kan kawan baik..

“Tak boleh. Aku pergi ni ada sebab. Kau jaga la diri tu. Tunggu aku balik”.

Aku terdiam. Tak mampu berkata apa lagi. Kejamnya dia yang sanggup tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Hei siapa nak kawan dengan aku lagi!

Berapa lama kau nak pergi ni?

“Tak lama. Kau jangan risaulah. Jaga diri, jaga makan. Paling penting jangan lupa aku”.

Ok aku janji. Berapa lama pun aku akan tunggu. Janji kau akan balik jumpa aku ya?

Tersenyum dia. “Ya percaya la cakap aku. Tunggu aku balik ”.

Habis saja ayat tu, dia pun berlalu. Separuh jalan dihadapan, dia menoleh sekejap. Tersenyum dan melambai padaku. Aku melambainya kembali. Saat dia berpaling semula, air mata pun jatuh. Biarlah dia pergi tanpa wajah tangisku dalam ingatannya………….

Dan selepas bertahun-tahun, dia langsung tak kembali. Itulah kali terakhir aku melihatnya. Aku pasrah. Bodohkah aku kerana mempercayai kata-katanya?  Mungkin takdir ini yang terbaik untuk aku dan dia.


ps: cerkon ni terhasil berdasarkan lagu T-ara Cry cry. cer baca sambil dengar lagu ni. hehe..mari berjiwang  ;)

ps lg: meh sini join contest! 
Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Kepulangan yang dinanti (sambungan)


Baca bahg. 1: kat sini

Bahg. 2:

Air jernih masih mengalir di pipiku. Aku tau kesilapanku amat besar. Hukumannya amat menyiksakan aku. Lama sangat aku tinggalkan ibu. Kini, bila aku sudah mahu pulang, memperbetulkan semua silap ku, aku dah terlambat. Masa tak menungguku. Wanita yang kusayangi itu bukan milikku lagi.

Ibu yang duduk di sebelahku ini, hanya mampu senyum bersama air mata. Dia tak mampu lagi bersuara. Dia tak boleh menyentuhku lagi. Dia takkan memasakkan makanan kegemaranku lagi. Takkan mencium pipi ini lagi.

“Ibu dah tak ada. Ibu dah pergi!!”

Ayat itu ku laung sekuat hati dan ku ulang berkali-kali. Biar aku sedar wanita itu dah tak ada lagi. Ibu yang duduk disebelahku ini menangis. Tangannya seolah-olah mahu menyentuh wajahku. Dia seolah-olah mahu bersuara. Aku tau ibu rindu. Aku kejam ibu. Membiarkan ibu dalam kerinduan. Akhirnya kau pergi tanpa aku di sisi.

Aku selalu janji nak jenguk ibu, tapi aku mungkir. Alasan ku, aku sibuk. Tak ada cuti. Aku akan kirim duit belanja. Ibu asyik suruh aku balik sampai aku rasa rimas. Aku memang anak tak guna. Setahun yang lepas, bila aku merancang nak balik, aku dapat panggilan yang ibu pengsan. Dan dalam perjalanan pulang, ibu dikatakan sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ya, dah setahun berlalu tapi penyesalanku bagai tiada penghujung. Lepas ibu tak ada, selalu aku ke sini. Melepaskan rindu. Dapat ku rasakan kasih sayang ibu di rumah ni. Tak sempat aku memohon ampun. Ibu, halal kan segalanya bu. Maafkan Wan. Wan sayang ibu.

Aku tak akan berhenti menemani dan menyayangimu hingga matahari tak terbit lagi.
Bahkan bila aku mati, ku kan berdoa pada Illahi untuk satu kan kami di syurga nanti – Wali band, Doaku untukmu sayang.

Ps: sayangilah orang tua kita selagi masih ada. Moga kita berpeluang berbakti padanya. Pada yang dah kehilangan mereka, doa korang sangat berharga!

***cerita dan watak rekaan semata-mata



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^