Blogger Pilihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai kakak cantik, abang kacak dan adik manis semua. Do you wanna rock??!! Eh soalan tak kena pulak. Emm rasa dah lama tak buat entri cengini. Memandangkan aku sekarang ni tengah buat2 bizi, so tak selalu la aku dapat BW kan. 

Eh nak bagi tau jugak. Semalam berjaya jugak aku jilid tesis. So, final year projek aku sampai dah ke penghujungnya. Tunggu jilid siap dan hantar. Nak kata rilek sangat tu tak la sebab ada kerja sikit. InsyaAllah hujung minggu ni aku balik.  Maka bermulalah kehidupan aku sebagai seorang penanam anggur yg berjaya. Ada nak offer kerja kosong tak? Anyone? Anyone? hehehehe.. 

So, dalam episod kali ni (dah macam pengacara pulak), aku nak bawak korang ke destinasi percutian pilihan. Konpem best la. Blogger pilihan aku ni kebanyakkannya selalu singgah dan komen entri2 aku padahal aku asik macam chipsmore je kakaka jangan marah.. Juga atas sebab entri2 dorang yg best.




Kat sini macam2 ilmu korang boleh dapat. Lebih kepada blog islamik yg setiap entrinya korang rasa..peh..peh dasyat. Boleh menikam jantung tau tak. Dari kita tak tau jadi tau. Kadang2 tuan punya blog suka kongsi resepi. Kecur air liur tau.



sikurakurapurapura



Berr (bukan nama sebenar) merupakan seekor kura2 yg suka pura- pura sambil memakai legging purple  ala power rangersnya. Suka outdoor activity. Dia tengah cari geng bas sekolah eh tak geng untuk projek backpacking tahun depan. Keutamaan mungkin pada kura2 yg comel aje :p


La Mia Storia



Si gadis manis yg ada baju ala Kpop ni kan suka kongsi entri yang baik2 belaka. Tak caya pi terjah la. Selalu kongsi ilmu yg menarik dan yg perlu kita tau. Suka warna purple sebab blog dia purple. Boleh geng dengan kura2 ni.



Comel kan header dia? Tuan dia lagi comel dan bergaya. Seorang bakal cikgu. Suka polka dot. Ketara sangat la kan hehe. Katanya tengah demam. Jom ramai2 pi lawat dia.



ps: mintak izin curik header ye tuan blog. <-- Pencurik berhati mulia >_<





 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Pujian boleh melemahkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sape yg tak suka di puji ye dak. Pujian ni ada bagusnya, ada tidak. Kalo dengan pujian akan dapat tambahkan semangat, bagus la. Kata- kata pujian tu akan buat orang tu rasa dihargai. Nampak la kau kisah dengan apa yg dia buat kan.

Tapi yg tak bagusnya, pujian ni boleh jugak membunuh. Wah gitu. Boleh sampai mati ya. Kalo terlebih pujian nanti tak sedar diri pulak. Kembang la kembang! Bangga benau ler kalo ada orang memuji. Tak pasal2 timbul riak dalam hati. 

Pernah kan pernah kan? Tak banyak sikit mungkin ada. Paling tak pun terdetik dalam hati perasaan yg perasan tu.


Source: seperti dalam gambar



Pujian tu kadang buat kau rasa cukup dengan apa yg kau ada atau buat. Mungkin rasa malas dah nak improve sesuatu tu. Mungkin rasa dah cukup baik dah apa kau buat tu. Padahal biasanya banyak lagi benda kita kena belajar kan kan.

Bukanlah nak kata takyah memuji. Tak salah pun. Cuma si penerima puji tu kena sedar diri ler yg semua kebaikan dan kelebihan yg dia ada sape bagi kan? Bila-bila boleh tarik balik. 

Alhamdulillah- Segala puji bagi Allah. Kembalikan pujian tu pada yg lebih berhak. 

Nak perasan lelebih pun buat apa. Macam la bagus sangat. Kau ingat kau sape. Eh eh macam nak marah pulak kekeke. Oh kbai.


ps: ada jugak orang memuji sebab nak mengampu...





 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Cintakan kebaikkan, bukan nak tunjuk baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila cakap benda baik orang kata tunjuk baik. Bila cakap yg buruk2 lagi la orang tengok semacam. Aku terpikir, cakap pasal kebaikan sama ke maksudnya dengan tayang/ tunjuk kebaikan emm?



Sumber: fb


Aku suka kata2 kat atas tu. Tak tau sapa yg buat tapi terima kasih la. Kata2 yg terbaik especeli untuk lalat yg suka hurung bau busuk. Bila ada bau wangi dia tak suka. Dia mengeji.

Pura-pura baik? Biarlah tu antara dia dengan Tuhan. Lebih baik dari dia mencarut bukan- bukan sampai cair taik telinga orang huhu..


ps: dari manusia yg cintakan keamanan sejagat. Manusia bukan otromen =_=




 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Salah sangka dengan Allah?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa berdoa, masa sujud atas sejadah, masa mintak macam2 permintaan, tentulah mengharapkan doa dan harapan tu termakbul. Tapi tak selalu apa yg dimintak itu jadi kenyataan. Kalo termakbul pun belum tentu cepat.

Bila rasa macam tak dapat apa yg kita nak. Bila dalam terdesak kita salah sangka. Ya, salah sangka dengan Tuhan. Sedangkan Allah Maha Mendengar. Mestilah Dia dengar, tahu apa yg dimahu.

Dia lebih tau apa yg terbaik. Apa yg patut kita dapat. Apa yg layak untuk kita. Bila tak dapat, kadang tanpa sengaja kita persoalkan. Bandingkan dengan orang lain. Tapi bila Dia bagi semua apa yg ada kat kita ni, ada Dia persoalkan bila kita lupa nak berterima kasih??  Ah malu sungguh!


ps: dari hamba yg sering meminta :(



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Hanyut



Jari jemari yang memetik gitar ku perhati
Kau nyanyi tanpa mengukir senyum
Hilang..khayal dalam dunia mu

Keras dan dalam suara mengalunkan lagu
Indahnya melodi bila bersatu 
Dengan bait kata yang memukau kalbu

Pejamkan mata... 
Dengar dan hanyut bersamanya
Tanpa jemu aku terus di situ
Gaya mu membuat aku terpaku

Aku suka raut wajah itu
Kau betul-betul tenggelam
Hilang dalam lagu 

Ingin dengar suaramu lagi
Menyanyi dan mengisi sepi hati ini
Di tengah ramai tak mungkin kau nampak
Dari jauh aku memerhati

Dalam ramai yang memuja kau
Aku diantaranya
Bukan pada rupa yang ku suka
Tapi suara mu yang ku cinta

Dalam sebuah lagu ada kisah
Ada cerita bahagia, sedih dan pilu
Tapi bagaimana dengan cerita kita
Apakah sampai di sini cuma
Walaupun masih belum bermula....


Membunuh ku dalam diam
Dengan lagu yang kau mainkan










 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Andai Ku Bercinta Lagi, Mojo



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati



ps: lagu dan lirik yg best,  suara vokalis yg power, video klip yg sedih... boleh pulak isteri dia main pesan2 gitu ye. dengar lagu ni teringat kispen aku yg ini. kisahnya hampir sama...








 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^