Cerpen: Mimpi


gambar: google

Hafiz menutup pintu kereta dengan lemah. Sambil menjijit beg kerja, perlahan dia menuju ke pintu. Penat sangat. Kerja macam tu memang boleh buat dia sesak nafas. Kerap ke sana sini. Tapi sebaik je nampak wajah bidadari yang tersenyum menyambutnya di muka pintu, tercampak semua rasa penat dan stress yang terbeban kat bahu tu.

Lambat ya abang balik. Nampak penat sangat ni”.
”Penat memang la tapi bila nampak muka isteri abang ni, rasa lapang balik dada ni”.

Itulah Sufiah. Isteri yang sudah dikahwini selama lebih empat tahun. Isterinya tidak berkerja tetapi merupakan seorang penulis. Pernah menghantar karyanya di surat khabar dan majalah. Ada jugak terbitkan sebuah novel. Hafiz mengagumi minat dan bakat Sufiah itu.

Dibelakang Sufiah ternampak ibunya. Ibu pun tunggu dia balik dari kerja kot. Kenapa wajah ibu nampak muram. Berselisihkah dengan Sufiah tadi. Terus dia pergi pada ibu dan menyalaminya. Ibu cuma tersenyum hambar.

*************

Matanya dipejam celik beberapa kali. Terasa letih benar menghadap skrin laptop. Kerjanya banyak lagi. Kena tidur lewat lagi la malam ni. Tiba- tiba bahunya disentuh lembut. Aroma harum nescafe menyusup masuk dua lubang hidungnya.

”Nah. Su buatkan nescafe kaw kaw untuk abang”.
”Terima kasih sayang. Macam ni la isteri abang. Kalau tolong urutkan bahu lagi baik kan”.
”Boleh aje. Su ni kan isteri mithali lagi suci dan murni hehe...”
”Masuk troli tolak sendiri nampak”.

Sufiah memang nakal dan manja. Dia isteri setia. Sentiasa senangkan hati suami. Pandai jugak buat lawak dia ni. Mereka berdua ketawa. Tiba- tiba muncul ibu di muka pintu bilik.

”Tak tidur lagi, Fiz? Malam sangat dah ni, nak. Sambung esok aje la”.
”Tak apa, bu. Biasa dah macam ni. Lagipun kan ada Su teman Fiz ni. Ada tukang urut haha ”

Sufiah di sisi cuma tersenyum saja. Ibu terdiam. Dan menggeleng. Tak apa la, ibu tidur dulu, kata ibu dan dia pun menutup pintu.

************

”Fiz, ibu makin risau la. Fiz dan Su...”
”Ibu, apa yang ibu risau lagi ni. Kalau pasal cucu, ibu nak takut apa. Su kan tengah mengandung tu. Tiga bulan dah pun”.  

Tersenyum. Tak sabar nak peluk cium anak sendiri. Lama dah dia mengharap ni.

”Fiz sedar tak keadaan sebenar ni. Ibu..ibu tak nak Fiz...”
”Bu jangan risau la. Fiz akan jaga anak isteri Fiz baik- baik”.

Mereka kahwin dah empat tahun tapi masih belum ada anak. Hafiz tau ibu memang teringin sangat nak bercucu. Nah, Su kan dah mengandung. Apa yang ibu nak pening- pening lagi. Hafiz rasa bahagia.

*************

”Abang tak tau kenapa dengan ibu tu. Tiap kali kita duduk berdua, ibu tengok lain macam je. Bila abang cerita pasal Su, ibu diam je”.
”Tak baik la abang cakap ibu macam tu. Ibu susah hati kot”.
”Entah la. Ibu macam sedih je. Patutnya hepi la kan. Kan nak sambut orang baru ”.
”Su tau Su selalu buat abang dan ibu susah hati kan”.
”Jangan sekali pun cakap macam tu lagi yang ”, lirih suara Hafiz.

Tangan isterinya dipegang dan dikucup lembut. Dialah wanita yang mampu buat hidupnya terasa indah. Hafiz mahu Su jadi bidadarinya di syurga nanti.

*************


”Abang.... lepaskan Su”. Hafiz terpana!
”Jangan pergi, Su. Kesian la kat abang ni, sayang”, Hafiz merayu kasih pada sang isteri.
”Su pergi dulu, bang. Lupakan Su. Mulai dari saat ni ”
”Tolonglah, Su. Jangan pergi !!!”.
”Keluarlah, bang. Keluar dari mimpi ni”.

Suuuuuuu!!!!!! Hafiz terjaga dari tidur. Basah mukanya dengan peluh. Jantung pun berbunyi kuat di dada. Dipandang sebelah. Ahh Su masih lena. Mana mungkin Su pergi. Direnung Su. Dipegang perlahan perut Su yang didiami zuriat mereka.

*************

Hafiz yang kepenatan tertidur di sofa depan televisyen. Bila sedar je terdengar azan Asar. Penat membeli- belah barang dengan Su tadi. Beli segala kelengkapan untuk bayi mereka yang bakal lahir nanti. Tiga bulan je lagi ni.

”Fiz, kenapa beli lagi semua ni. Kan hari tu dah beli”.
”Mana cukup bu. Ni pun beli sikit je. Nanti beli lagi”.
”Ya Allah! Tak perlu la Fiz”.
”Kenapa dengan ibu ni. Ibu tak suka dengan cucu ibu tu ke”. Suaranya mula tinggi.

Ibu urut dada. Terkejut dengan apa yang Hafiz cakap dan matanya turut bergenang. Fiz anak ibu, kenapa la jadi macam ni.

”Fiz tau kan kenapa. Sampai bila Fiz nak macam ni. Kesian la dekat Su ”.
”Ibu merepek apa ni. Su tu kan anak ibu. Takkan ibu benci Su kot”.
”Ya, mana ada ibu benci anak sendiri. Fiz pun ibu sayang macam anak sendiri. Ibu tak sanggup tengok Fiz macam ni. Banyak kali kan ibu dah cakap. Tolonglah nak”.

Hafiz memandang tajam ibu mertuanya itu. Dia anak yatim piatu. Bila kahwin dengan Su, ibu Su dijaga dan disayangi macam ibunya sendiri. Dia pandang wajah Sufiah. Isterinya cuma tunduk membisu.

”Su dah tak ada nak. Dia kan dah lama meninggal...” Dan ibu tak mampu berkata lagi. Hanya air mata yang terluah. Terluah dari penderitaan yang dipendam jauh dalam hati. Sedih dengan keadaan Hafiz. Sejak isterinya pergi, hidup Hafiz umpama bermimpi siang dan malam. Dalam tidur dan jaga. Ibu tau betapa sayangnya Hafiz pada Sufiah. Tapi Allah lebih menyayanginya.

Hafiz terduduk. Dia menggeleng. Dipegang kuat kepalanya. Tak..tak..Su tak mati lagi. Su ada lagi. Siapkan sarapan, tunggu dia balik kerja, teman dia buat kerja malam- malam, mendengar semua cerita dan rungutannya. Su tak mati lagi bu!

Sedar la Fiz. Fiz tak ingat ke. Fiz keluar berdua dengan Su. Nak pergi beli barang baby katanya. Balik tu Fiz dan Su kemalangan. Kereta Fiz dilanggar lori. Fiz koma dua minggu. Tapi Su...Su meninggal dalam perjalanan ke hospital. Anak Fiz tak dapat diselamatkan. Banyak kali kan ibu bagi tau. Ibu nak Fiz sedar. Nak Fiz ingat balik. Memang Fiz tak tengok jenazah arwah tapi kuburnya kan ada. Kan kita ada pergi”.

Hafiz terdiam. Dia...Su..barang baby...kereta..lori..Su....darah...Su...orang ramai kerumun..kereta remuk..Su...Hafiz menutup telinganya bila terdengar jeritan Su. Ya Allah! Suuuu...

*******************

Wajah yang tersenyum dalam bingkai gambar itu diusapnya. Hafiz tersenyum. Memang dah lama benda tu berlalu. Tapi dia susah nak lupa. Gila apa kalau dia lupa. Mana mampu. Itu cintanya. Itu kekasihnya. Akan kenang sampai mati pun.

Ditoleh ke kanan. Sufiah berdiri merenungnya dengan senyuman. Dipegang tangan Hafiz dan digenggamnya. Lalu dikucup.

”Abang dah boleh terima kan”, kata Su dengan manja.
”Ya boleh dah...”.
”Boleh dah kan kalau Su nak pergi ”.
”Pergilah sayang. Abang redha”.
”Selamat tinggal. Jaga diri abang baik- baik”.

Sufiah berpaling dan berlalu. Tak sikit pun toleh. Hafiz memandang langkahnya dengan sayu. Sesaat kemudian, air matanya tumpah. Sambil letakkan tangan di dada dia berkata, ” Su tetap ada kat sini sampai bila- bila pun...selamat jalan sayang”.

-TAMAT-


p/s: Kebenaran tu memang perit nak hadam tapi terima la kenyataan dengan lapang...

p/s II: Terima kasih kalau baca sampai abes. Terima kasih sudi luangkan masa baca cerita tak berapa menarik. Mungkin bosan. Terima kasih bebanyak :)




Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Bergambar dalam bendang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mula-mula sekali nak cakap selamat hari raya kat korang semua. Hari tu aku ada cakap aku beraya kat Kedah kan. Raya pertama aku bertolak balik. Jem dengan hujan lebat sepanjang highway PLUS tu tau dak. Tensen ahkak tau walopon bukak ahkak yg drive.




Semalam on the way nak ke rumah pakcik kat Jerlun (betul ke eja ni), dekat area Jitra; sepanjang jalan tu kiri kanan memang terbentang sawah padi @ bendang je la kan. Padi dah masak woi sebab tu nampak cantik je..kuning je. Maka aku pun snap la gambar ni.



Dan bila sampai je kat rumah Mak Ngah di Alor Janggus, tak jauh dengan Alor Setar; aku terhengen benau nak bergambar dalam bendang. Selama ni engkorang je bergambar, ahkak pun nak jugak ;)













Jenuh paksa budak kecik tu amik gambar. Yang dia tau nak kejar ayam itik dekat bendang tu je. Adik aku kalo balik kampung memang seksa binatang2 yg ada termasuk la kucing, ayam dan itik.

Lepak rumah Mak Ngah memang best. Mesti suka duduk- duduk dekat luar rumah sambil minum air kelapa. Minum terus fresh dari ladang hehe ;)

Gambar raya takde. Mak abah aku bukan nak bergambar pun. Gambar aku sorang- sorang je la. Baik aku tengok sorang- sorang je huh :(




Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Raya mana tahun ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai abang hensem, kakak cantik dan adik comel semua.. Lama tak daku menghilang? Daku ini memang begini hihi...

Camne persiapan raya korang? 3 hari je lagi kan. Eh aku rasa ini entri pertama aku pasal raya kan? Sebelum ni aku ada cakap pasal mood raya aku yg tak kunjung tiba tu kan. Sampai baju raya pun aku tak heran kan. Sampai kena heret dengan mak pergi beli baju raya minggu lepas. Yela ahad lepas kan weekend yg last la kalo nak shopping pun.



Bila dah ada baju raya, ada dah mood raya tu. Lepas tu tiba- tiba abah buat pengumuman nak balik kampung pulak. Lepas tu dapat cuti jugak. Yahooooo baru la rasa macam raya. Baru la mood raya datang bertimpa- timpa heheheee..

Korang raya kat mana? Raya nanti aku balik kampung abah kat Kedah. Kampung aku kat Pokok Sena area Bukit Payung. Hah ada sape2 kat sini orang Kedah? Sampai raya ke 4 kot kat sana. Sapa2 nak buat open house tu jemput la ceq noh ;)

Selamat Hari Raya maaf zahir batin kat korang semua. Maaf la kalo selama ni korang ada terbaca yg tak elok dari aku. Kalo yg kenal aku pulak maap la kalo ada salah dan silap. Sayang semua muaahhh ;)


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Bukan dipinta nasib begini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Raya dah nak dekat. Mesti ramai dah buat persiapan kan. Tapi aku takde baju raya lagi haha..pertama kali aku tak kisah nak cari baju walopon dah masuk 10 hari terakhir. 

Tak nak cite pasal tu. Kita cite pasal orang yg tak bernasib baik pulak. Yang mungkin raya kali ni pertama kali dia beraya tanpa orang tersayang. Tanpa ibu, ayah, adik- beradik, suami, isteri atau sahabat. Terutama anak- anak yatim. 

Tiap kali Ramadhan dan hari raya anak- anak yatim mesti diraikan. Dibelikan baju cantik2. Bagi duit raya. Sambut raya sama- sama dengan dorang. Tapi disebalik kemeriahan tu, mesti terselit satu impian. Impian untuk menyambut hari kemenangan bersama keluarga. Macam orang lain.

Memang sedih kalo bayangkan nasib dorang. Aku yg duduk jauh, yg boleh contact pakai fon, yg boleh balik jumpa mak abah masa cuti pun, tetap rasa sunyi bila dah rindu. Tetap tak boleh pisah lama- lama.

Tapi bayangkan dorang. Ibu ayah dah takde. Bila rindu cuma mampu kirim doa aje. Atau mungkin ada yg tak pernah kenal pun. Sebab tu la kita yg ada mak ayah ni kena la buat baik dengan dorang. Jangan jadi anak tak sedar diri.

Ya Allah,untuk mereka yg kurang bernasib baik di luar sana, lindungilah mereka. Dan tabahkan la hati mereka. Amin...

Cer tengok iklan ni. Sedih sangat....






Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Jangan terus berhenti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau nak dapat apa yg kita nak, kena la berusaha. Dah usaha kena la doa jugak. Kita mencuba setakat yg terdaya. At least kita tak berada kat satu tempat yg sama je.

Tapi kita manusia biasa. Kita tau jugak rasa kecewa. Tau jugak rasa penat rasa tak berdaya. Lek lu. Rehat sebentar bersama Kit Kat hehe..




Berhenti sekejap dari berjuang. Bila dah ada semangat balik, teruskan la. Asalkan jangan putus asa. Jangan berhenti berharap. Jangan senang-senang mengalah. Takmo takmo macam tu (sambil goyang2 jari telunjuk)

Allah tau kan apa yg kita cuba usaha kan. Tak kisah la apa bentuk usaha atau harapan yg kita nak capai, Allah tau kan kita dah buat mana kita boleh. Selebihnya serahkan la dekat Dia. Dia lebih tau dari kita.


ps: asalnya nak buat entri pasal raya tapi tak jadi pulak. Mana pergi mood raya aku ni? Tercampak kat mana ni?



Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Menerima



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kadang- kadang tu kita kena akur pada sesuatu. Pada keadaan yg mungkin nampak memaksa. Pilihan memang banyak tapi tak pada semua masa. Ada masanya kena redha jugak. Kena sedar diri kaki tu terpasak kat mana.

Kita ni hidup saling bergantung. Macam alam. Macam ekosistem yg saling memerlukan antara satu sama lain.  So baik-baik la dengan sape2 pun. Kalo tak nak, sila buat rumah atas pokok dalam hutan.

Dan tak kisah la orang cakap apa. Orang buat apa. Sabar je la sabariah oiii!!



Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Diskriminasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bukan ke manusia dijadikan dari tanah? Bukan ke kita ni menyembah Tuhan yg sama? Tinggal di bumi yg atapnya langit yg sama? Tapi kenapa nak beza- beza kan antara satu sama lain?

Diskriminasi. Ambil yg ini, asingkan yg itu. Dilabelkan dengan pangkat, kedudukan, harta, rupa dan macam - macam lagi.

Yang kaya memandang rendah yg miskin. Yang berjawatan tinggi memandang rendah orang bawahan. Nak bertukar senyuman pun belum tentu tu. Nak berbaik- baik pun entah mau ke tak.

Nak berlagak sangat buat apa? Bukan harta, nama dan pangkat tu boleh bawak masuk kubur pun. Bukan Mungkar dan Nangkir nak tanya apa jawatan tertinggi, berapa gaji, apa gelaran yg disandang manusia masa kat dunia pun...



Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Nasi Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tadi masa BW, terjumpa video ni. Video yg dibuat oleh vlogger Mentol Pecah. Dalam video ni ada ramai vlogger. Tapi yg aku kenal Mat Lutfi, Anwar Hadi, Aiman Azlan dengan Maria Elena je hehe..

Nak tau pasal apa tengok la sendiri ;)

Cakap pasal nasi ayam, korang buka apa petang ni? Masak ke beli kat bazar je?






Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Bangun sahur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai kakak cantik, abang hensem dan adik manis semua. Puasa tak hari ni? Kalau tak puasa tak cantik la macam tu. Korang bangun sahur tak biasanya? 

Pagi tadi aku terlajak tidur. Bukan aku je. Satu rumah. Masa aku terjaga tengok jam kat henpon tepat 5.50. Terus segar mata aku. Omaigod omaigod.. dorang tak kejut aku ke? Sampai hati.. Bukak je pintu bilik, tengok rumah gelap je. Eh..dorang dah tido ballik ke apa ni? Takkan kot.

Intai dapur nampak mak baru nak potong bawang. Aku pun tanya, 'mak, pukul berapa dah ni?'. Dengan konpidennya mak jawab, 'pukul 4.45 la.' Jawab aku, '4.45 apa. 5.50 dah ni'. 

Dan maka dengan itu.. berlaku la sedikit kekecohan yang sangat lawak. Mak dengan muka blurnya terus panggil abah. Yang lain pun terjaga. Tak terkata apa dah. Aku bukak tv tengok dah azan pun. Frust betul. 

Mak tu perasan je jam dah pukul 5.45 sebenarnya. Dia siap tengok jam astro lagi. Tapi biasa la baru bangun kan. Otak pun lambat je nak tangkap haha.. Sadis betul hari ni. Tapi muka terkilan tak dapat nak minum seteguk air tu memang tak boleh sorok la ;)

ps: Bangun la sahur. Ada barakahnya...


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^