Jangan bagi tau sapa2 ek?

Situasi A > Minah dan Timah sedang membuat ketupat walaupun Hari Raya belum tiba lagi.

Minah: wei, kau tau, Mamat tu suka Lala.
Timah: sapa cakap?
Minah: Peah yang cakap.
Timah: isy, teruk juga si Mamat tu.hari tu dia cakap dia suka kat orang lain.
Minah: la, dia suka kat sapa pulak?
Timah: ada la.kawan aku tu.
Minah: kawan kau yang mana.cakap je la.
Timah: ala ada la.
Minah: ala sapa.cakap je la tu pun susah. Aku kenal ke?
Timah: ok tapi kau jangan bagi tau orang lain?
Minah: ok aku tak bagi tau!
Timah: dia suka Tet.

Situasi B > Minah buat ketupat lagi.suka ketupat agaknya.

Mek: Bertuah Lala dapat si Mamat tu.baik,encem pulak tu (ngan gaya penuh gedik)
Minah: baik apa. Playboy. Buaya darat.
Mek: apsal?
Minah: konon  Lala cinta mati dia, kat belakang ngurat pompoan lain.
Mek: tak baik tuduh2.no no no..(gaya gedik lagi)
Minah: ala Timah cakap Mamat tu selalu kacau si Tet tu. Isy, kau jangan bagitau orang lain ek?
Mek: ok aku zip mulut!
<<TAMAT>>

Apa motif?haha.. cuba tengok si Minah tu. Dia janji tak nak bukak cerita kan? Tapi at last dia bagi tau jugak. Rasanya semua orang dah biasa ngan perkataan “kau jangan bagi tau orang lain ek?”. Tapi cerita jugak.lepas tu si B cakap kat si C jangan bagitau orang lain. si C pun cakap kat orang lain (si D,E, F and so on) ngan pesanan penaja jangan bagitau orang lain. Lama2 cerita tu tersebar jugak.orang lain yang mulanya tak tahu at last pun tau jugak kan.
Senang cerita, just keep your mouth shut ok.tak semua orang kita boleh caya. Entah2 keburukan kita pun dia cerita merata- rata (jangan buang sampah merata-rata ek).
Memang kadang2 orang yang bercerita tu tak mintak kita janji ngan dia supaya tak kecohkan benda tu tapi paham sendiri la kan. Kalau macam cerita Minah Ketupat tu tak apa lagi. Kalau sampai kena hal2 yang serius dan melibatkan aib dan maruah orang, susah nanti.
Aku pesan untuk diri aku jugak.mulut aku ni pun tak pakai insuran takaful nasional.pesanan penaja:
Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi (macam kenal je ayat ni kan)
Oppsss!!tak sayang mulut :p


 p/s: psssttt..jangan bagi tau orang lain pasal entry ni ek?hihi :p

Bahaya pakai kasut tumit tinggi

salam.sapa pakai high heel, angkat kaki.hehe.. anggun menawan lagi bergaya. ramai je pompoan2 yang suka pakai high heel.ke ada guy yang pernah try. hehe.. tapi aku tak pernah pakai. dulu pernah cuba pakai kasut makcik masa kecik2 dolu. alahai..jalan kena pegang dinding.hehe..

kalau tengok artis pompoan korea, dorang menari pakai heel. kawan aku ada cakap yang pakai heel lebih sedap nak menari. kalau tak pakai nak menari tu macam tak jadi. macam makan nasi himpit tak ada kuah kacang ( tak ada kaitan,abaikan).

yang aku tau, kalau pakai heel mesti la sakit kaki masa berjalan kan. tapi orang pakai gak.so tadi dah tak ada kerja sangat saja la aku mengoogle pasal ni.

kalau pakai heel yang ni tak pe la.hihi


>>kenapa tak digalakkan pakai heel?


  • kaki menahan berat badan. bila pakai heel, kaki jadi tak seimbang. so, ibu jari jadi bengkak dan boleh rosak tulang tapak kaki.
  • badan terdorong ke depan. badan akan nampak melengkung.
  • otot betis jadi pendek dan tegang. otot kaki memang tak boleh bekerja ngan baik.
  • dah la tumit tu tinggi, bahagian depan kasut sempit pulak, jari ketiga dan keempat akan rasa sakit.kebas.
  • lagi senang nak tercedera especially bahagian buku lali.
  • aliran darah tak lancar, otot pun lebih senang cedera.
  • disebabkan tekanan, jari kaki makin besar dan mungkin bengkok.
  • tak pasti tapi kononnya susah nak buang air besar dan air kecil sebab sistem pembuangan tak lancar.
  • susah nak lari kalau pakai heel. mana tau kena kejar lembu ke.
  • tak cantik la sebab pinggul macam tonggek je kan.
  • kalau jalan atas besi longkak tu boleh tersangkut.hehe

yang 3 ke bawah tu pendapat aku.haha...tapi boleh jadi je kan. ok bukan tak boleh pakai heel tapi jangan selalu la. tak kan pergi pasar beli ikan pakai heel kan (mana ada kan?). kalau nak pakai at least sehari tak lebih dari 2-4 jam dan tinggi tak lebih 1 inci.

tak dinafikan heel yang kat kedai tu memang cantik kan. cari kat kedai google pun cantik2. geram je tengok. 

cantik kan??




Ben Ashaari follow blog aku!

salam. bro BEN ASHAARI follow blog hampeh aku ni. gila tak percaya + eksaited + rasa cam mimpi + terkejut bila tegok follower dah tambah sorang ( ya susah nak bertambah tau). tengok2 bro Ben yang famous amous tu follow aku. hehe.. ada apa la ngan eera shera ni.. lain la kalau aku ni Erra Fazira ke, Eira Syazira ke, Sheera iskandar ke..hihi =p

lantak la orang nak cakap aku jakun ke. perasan ke. riak ke. poyo ke. janji aku hepi. lalalalaa..

saja nak buat muka comel gini =)

tak sia2 ku VOTE untuk mu Bro! hehe =)

aku saja2 je vote. tanda sokong la konon. selama ni jadi silent reader je. tak pernah komen pun. cuma tadi tiba2 rasa nak komen. apa salahnya aku support blogger like him yang always help other bloggers. kira keiklasan aku berbaloi la ye bila bro ben follow me back! (oh peh-lis la ira stop la perasaan perasan tu) ok VOTE for him NOW. klik DiGi WWWOW Awards

Doaku Buat Mereka


Segmen bersama Ben Ashaari
Nak join KLIK sini ok

Salam.kali ni tiba2 terpanggil nak join segmen Bro Ben ni sebab tajuknya menarik kan. pasal ibu bapa. Kenangan yang amat kita kesali kerana melukakan hati ibu bapa?sorry la Bro Ben. kalau nak cita satu peristiwa tu tak ingat la.sebab sebagai anak, aku sedar aku selalu lukakan hati mak ngan abah. selalu nyusahkan dorang. kita semua pun tau kan, kalau cakap 'ah' pun dah berdosa kan. apatah lagi kalau kita selalu melawan cakap dorang. tak dengar kata. sakitkan hati dorang.

ya..aku ngaku aku budak nakal. budak degil. masa kecik2 dulu aku selalu memberontak. kalau aku kena marah, mula la nak merajuk.ye la budak hingusan lagi. aku rasa apa yang aku buat tu macam tak salah tapi salah bagi dorang. so bila aku nak defend diri sendiri, mula la dikata aku melawan. perasan betul je la konon. yela budak mentah. pendek akal.

aku selalu sangat merajuk ngan mak ngan abah. sebab aku tak selalu dapat apa yang aku nak. tapi adik aku dapat. aku selalu kena marah tapi adik aku selalu lepas. abah tegas sangat ngan aku. BELAJAR BELAJAR BELAJAR! kalau result exam teruk nahas la aku. tapi adik aku tak kena seteruk aku. aku selalu jeles ngan adik2 aku. hehe..pernah dulu pergi sekolah tak salam abah sebab merajuk konon (kuajaq betoi). huhu..

tapi tu dulu.sekarang aku tak buat perangai lagi. sekarang bila dah besar, baru aku tau ada sebab kenapa abah tegas sangat ngan aku. ya..abah tak bagi apa yang aku nak tapi abah bagi apa yang aku perlu. mak ngan abah selalu ada masa aku susah. aku tau abah buat semua tu sebab dia nak aku jadi manusia.jadi insan. sebab abah pernah pukul anak yang nakal ni, sebab abah selalu marah budak degil ni, sekarang aku berada dekat tempat yang pernah aku teringin nak pergi masa kecik2 dulu. alhamdulillah, dapat gak aku sambung belajar. sebab abah garang, aku tak jadi budak jahat. aku membesar ngan baik dan sihat (macam iklan susu kan) semuanya sebab seorang abah yang tegas dan garang tu dan seorang mak yang kuat membebel tu (maap..maap). hehe

pada korang2 yang masih ada lagi mak dan ayah, sayangi la dorang. tanpa depa sapa la hampa kan. memang sampai bila pun kita tak mampu balas jasa dorang kan. tapi bila kita selalu ingat kat dorang, hargai penat lelah dorang, selalu tanya kabar dorang, tepon dorang (buat perantau macam aku ni ek), selalu2 la tolong dorang. dan jangan lupa, selalu la doakan dorang.

>>> ira sayang sangat kat mak ngan abah. walaupun tak pernah sekali pun ira luahkan sayang ira, tapi cukup la ngan apa yang pernah ira buat dan bagi kat mak ngan abah mampu membuktikan sayang, cinta, kasih dan rindu yang tak pernah padam ni. T_T (nasib semalam baru balik rumah.kalau tak boleh nangis ni)

macam esei kan. lantak la. ni blog aku suka hati la ek. hihihihi.. 

sayang kamu semua <3



FT Island new song- Hello Hello [Full] MV

Berita gembira

semalam dapat dua berita gembira.satu..kereta baru abah dah keluar.hehe...satu lagi.alhamdulillah ada seorang lagi kawan aku yang selangkah kedepan dari aku.

moga apa yang aku,korang,dia, mereka rancang menjadi semuanya.insyaALLAH.

sekarang ni kan ada perhimpunan sejuta belia 2011 kat putrajaya kan?kebetulan petang ni aku balik sebab ambik cuti sehari besok.aku dapat tahu malam ni ada konsert suju.aku tak ada la gilakan sangat suju ni tapi teringin la nak tengok performance dorang since putrajaya tak ler jauh ngan rumah aku.lagipun aku tak pernah pergi konsert seumur hidup aku.caya tak?caya la kan..actually aku tak minat la crowded2 and bingit2 nih.semak!

tak nak pergi konsert tak apa.tapi karnival jual2 pun ada.dengar kata jomheboh pun ada.besok kalau rajin aku turun kot.jom semua yang rasa dia tu belia!

Mau terbang tinggi..

Butterfly..fly away so high
As high as hope I pray
To come and reach for you..

ah..nyanyi sekejap. release tension konon.
tak kena la lagu ni. tukar2.

I believe I can fly.
I believe I can touch the sky.
I think about it every night and day.
Spread my wings and fly away...

hah,ni baru betul. kalau aku dapat terbang, nak nyanyi lagu ni la. kenapa tetiba pulak aku cerita pasal terbang2 ni ek? aku nak jadi superman ke?


ke nak jadi cam Yaya dalam Boboiboy tu?

yaya comel,boleh fly tapi buat biskut tak sedap. haha..


tak la.tapi sejak aku dok sepang ni,tiap masa je aku nampak kapal terbang.kalau masa kat terengganu dan rumah aku kat beranang tu nampak la jugak tapi kat sepang ni memang clear sangat.depa lalu atas kepala ja.hehe..so aku terfikir, bila la aku dapat naik ek?budak sekolah sekarang balik cuti je fly.ye la aku tak mampu..naik bas pun ok jek. sekarang ni naik kapal terbang dah macam naik bas je kan.

cantik la body dia

now everyone can fly.. (aku je la masih berpijak di bumi nyata)

Program penanaman bakau dengan Company Denso

salam. 2 hari dah aku tak berblogging.2 hari bukan 2 tahun.hehe.. dan hari ni macam nak balas dendam lak ek. mentang2 bos tak ada.lalalala.. emm nak cerita apa yang jadi semalam.semalam ada program penanaman pokok bakau kat Pantai Bagan Lalang. program ni involve Syarikat Denso dari Bangi.aku tak sure la Denso ni syarikat apa.automotif rasanya.dan yang mai semalam ada engineer.yang lain2 aku tak tau la. so, EIC tempat aku praktikal ni kena uruskan depa la.

apa yang best?


  • makan free.breakfast and lunch.walaupun masakannya tak ada la best sangat.


  • dapat jumpa macam2 orang.bos dorang orang jepun.dorang ni sporting gak kan.staf2 dorang pun ok la.layan je la.tapi tak dinafikan.ada some of them yang a bit annoying la.whatever la kan.


  • dapat naik bot.ya aku memang suka naik bot.cam jakun kan.haha..ada aku kesah.. kitorang naik bot untuk pergi tanam bakau.


  • pengalaman yang best.aku memang suka kerja kat luar dari dok dalam opis.best apa merayap.
  • dapat la tengok camne orang handle program.


  • tak dinafikan jugak dapat penat.hehe..
programnya bermula pukul 9 pagi.dimulakan dengan talk pasal mangrove.talk disampaikan oleh kak Laila. then ada seed planting kat nursery, nature craft. after zohor, depart to jeti Bagan Lalang. river cruise,planting, beach clean up, penyampaian hadiah.that's all. apa yang bestnya Denso ni buat program ni in the form of competition.ada 4 group semuanya.biasa la kan. bila competition baru orang ada semngat nak buat kerja kan.bagus la tu ada semangat kesukanan.haha..

masa nature craft aku jadi fasilitator group green.dorang ok la.sporting. aku kena ajar dorang buat belalang dan udang guna daun kelapa yang aku baru belaja 3 hari yang lepas.aku tak pandai la ajar orang.tak sabar lak tu.elok gak ek aku tolak interview maktab dulu.lalala.. tau tak ni la first time aku berseni. huhu.aku tak pernah suka pun tau pendidikan seni masa sekolah.tapi masa kecik2 dulu suka gak melukis. rasa cam nak share la camne nak buat belalang ngan udang tu.nanti2 la kot. nak cite ni.dalam group aku tu kan ada la seorang mamat bajet ni.dah la pakai seluar pendek.isy jahatnya mulut.tampar sikit.hehe..nak bagi tau yang muka dia macam hairi othman pelakon tu. tapi hairi othman muka dia lebar sikit kan. then bila dia pakai cermin mata hitam, macam Remy Ishak la.tapi dia bajet sangat.lantak la.

walaupun kepenatan dengan program tu, balik kena cuci baju yang kena lumpur tu pulak.manually tau.hehe..
 lepas asar aku baring2 atas katil.terlena sekejap.aku tak suka tidur lepas asar tapi kalau mata dah berat mana tahan. malam tu aku, ain, kak sashi (bos aku) ngan kak laila merayap pergi LCCT. dinner kat McD. sambil cuci2 mata.hehe..lama jugak kitorang lepak.aku beli Big Mac ngan Oreo McFlurry yang dah lama aku ngidam. aku dapat curik 1 tin glass yang McD kasik free tu.kaler pink.kak Laila punya tapi dia tak mau.

nak share gambar tapi tak upload lagi la.nanti2 la.lagipun aku tak suka upload sangat la..lantak la kan.

ok that's all.macam esei kan?lantak la.



Buat apa yang kita suka?

buat je apa yang kita suka?boleh berjaya ke?soal rezeki bukan kita yang tentukan.dan bukan jugak orang kat sekeliling kita yang kononnya dorang je betul.bila aku baca satu entry ni..emm buat aku terfikir. buat apa yang aku suka ek?ok!

baca sini. blog The Other Khairul.thanks for sharing yep bro!

buat apa yang kita suka ek??hehehe.....(senyum sampai belakang telinga)

Bahaya naik Sani Express?

tak suka baca or dengar berita pasal bas accident.sebab setahun lagi aku perlu ulang alik dari Kajang-KT. KT-Kajang. ngeri la cerita2 cam tu.apa2 pun selama 2 tahun aku ulang alik naik bas ekspress (biasanya Sani Express) tak ada benda buruk pun yang jadi.Alhamdulillah..Bukannya aku tak tau orang selalu cakap tak selamat naik Sani Express. yela..bas tu kan pernah accident teruk dulu. Lepas accident tu, makcik aku pesan  jangan ambik seat bawah.accident tu kan bahagian bawah yang kena teruk sampai dinding bas terkopak ek sebab langgar divider?entah tak sure sebab aku baca sekali lalu je.kan aku cakap aku tak suka baca..then makcik aku cakap lagi, tak payah je la naik bas tu lagi. abis cerita. tau apa aku jawab..ala, kalau nak mati kat mana2 pun boleh..tapi bukan ngan gaya biadap la yek.macam gurau2 je la. kurang ajar kan aku?hehe..

tapi tu la pendirian aku. aku rasa selesa ulang alik ngan bas sani.suka hati la kan. siapa cakap aku tak risau setiap kali naik bas? nak pulak kalau musim raya.jalan kan sesak.hidup mati tu kerja ALLAH.apa yang aku boleh buat?berdoa dan tawakal. kalau abah bila nak jalan jauh dia solat hajat.aku malas sikit.hehe.. biasanya aku baca yassin sebelum nak jalan jauh. bila naik bas ke,kereta ke,motor ke  baca la doa.

doa naik kenderaan

doa moga selamat sampai.biasakan la lepas solat berdoa agar sentiasa dilindungi ALLAH. biasa lepas solat aku baca ayat kursi.nak mintak perlindungan. dan jangan lupa letakkan keyakinan yang tinggi pada ALLAH.insyaALLAH kat mana2 pun kita selamat.amin... 

nak tau kelebihan baca ayat kursi?tengok SINI


bukan untuk jalan jauh je tau.setiap masa kita amalkan apa salahnya.
setiap orang caranya tak sama.aku ni doa2 lazim bukan tau sangat.aku baca je apa yang aku tau.hehe...

segala yang baik datang dari ALLAH.yang buruk2 tu datang dari kelemahan diriku =)


Comelnya dia..

Suka tengok gelagat orang.terutamanya bila dorang bercerita. ada yang bercerita tangan tak tau nak diam. melayang sana sini.tepuk tampar sana sini.ada yang cakap sikit je gelak, sikit2 gelak. ada orang dia je nak menang cakap.ada orang paksa orang lain dengar dia cakap.ada orang lagi cakap tak banyak tapi sikit2 sengih.macam kambing.comel apa..sapa cakap kambing tak comel..hehe



Lagi aku suka tengok orang ketawa. mesti la semua orang comel bila ketawakan.tapi menyampah aku kalau yang buat2 ketawa or ketawa mengada-ngada atau bahasa mudahnya ketawa gedik.oh..please la. pi main jauh2. aku suka tegok budak kecik ketawa.sangat comel.nak tarik2 pipi dia.
comelnye dia..


emm.. aku suka tengok orang ketawa, pastu dia tutup mulut pakai tangan.comel kan?
ala..pakai kaki pun boleh..


tapi tak suka la tengok lelaki ketawa.tapi depend jugak la macam mana cara dia ketawakan.emm..kan best kalau dia senyum jek.hehe =)

hencem kan bila boypren aku ni senyum =p


emm..entry ni untuk suka2 aje. ya..aku memang suka tengok gelagat orang. even aku ni pemalu sebenarnya lebih2 lagi nak tenung orang sesuka hati. saja..terhibur hati bila tengok ragam orang ni.macam2 hal kan.

ok.say cheese.click!senyum lah..semua orang sayang awak bila awak senyum. hihi

Bila sampai masanya

Ya..bila sampai masanya. orang akan buat benda apa yang dorang tak pernah atau tak suka buat.
manusia boleh berubah.asalkan kepada yang baik.

bila seseorang itu menetapkan hatinya, tak ada satu benda pun dalam dunia ni yang boleh menghalangnya.

asal selagi kita berada pada tempat yang betul,apa nak kisah dengan pandangan manusia.

lantak la kan.

selagi tak ganggu keamanan dunia.selagi tak ada rakyat yang terkorban. selagi masih berpijak di bumi nyata. teruskan je la apa yang kamu perjuangkan.

hidup ni macam ombak.kadang2 kita terpukul.kadang2 kita yang memukul.

mesej khidmat masyarakat ini dibawakan oleh si pencinta milo ais tegar. =)


berehat sebentar bersama milo ais tabur.


cari milo ais, keluar pulak gambar ni. sodap eh.. slurpp..
mau??

Pergi yang tak kembali..

rasanya ramai yang dah tau, Abdul Hakim bin Mohd Kamal, pemilik blog TELURDIBASUH meninggal dunia pagi tadi akibat jangkitan kuman pada paru2 yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas. arwah meninggal dalam usia yang muda. Al-fatihah buat arwah.moga rohnya dirahmati ALLAH.takziah untuk keluarga dan sahabat2 arwah.

walaupun aku tak kenal arwah, tak pernah bersua muka pun, tapi pemergiannya dalam usia yang muda menginsafkan aku. ajal tak mengenal usia, tak kira lah kat mana2 pun. bila dengar je ada kematian, aku terkedu. tak kisah la aku kenal ke tak dengan orang tu. tapi rasa insaf tu datang. buat aku fikir yang bila pulak la giliran aku.ya..kita semua akan menyusul ke sana suatu hari nanti. bak kata Sunan, mati tu pasti, hidup InsyaALLAH. cuma kita tak tau bila masanya ajal akan menjemput. 

tapi masalahnya, bila dengar kematian terasa insaf. tapi few days later, tak ingat dah. rasa insaf aku tu sekejap je la. emm...bukan senang nak ubah diri.jadi baik.kena istiqamah. kena kuat lawan nafsu. taubat nasuha. hidup ni sekejap cuma.satu persinggahan untuk mempersiapkan diri menuju jalan abadi. tapi tu la kita manusia. leka dalam kesenangan, lalai dalam suruhan. ya..aku nak jadi baik. tapi sampai sekarang tak baik2 ni apa cerita? ce cite..ce cite..haha...

sama2 la kita perbaiki diri (boleh bah kalau kau!) kalau aku salah korang betulkan. kalau korang salah aku salahkan betulkan.  kita selalu kalah pada nafsu sendiri.nafsu yang selalu jadi tuan. semoga ALLAH lorongkan kita ke jalan yang DIA redha. kalau kita ada niat nak betulkan diri, insyaALLAH ALLAH akan tolong. usaha la sikit kan. ALLAH takkan ubah nasib sesuatu kaum tu kalau dia sendiri tak nak berubah. aku suka dengan orang yang dulunya jahat gila, bergelumang ngan dosa tapi akhirnya kembali ke jalan benar.aku suka baca cerita orang2 macam ni.suka tengok drama macam ni.hihi =p

aku bukan lah orang yang layak cakap hal2 cam ni.diri sendiri banyak khilaf. kiranya ada salah aku selama ni kat sapa2 je lah kan, aku mintak maap banyak2 ek. dan aku mintak halal segala2nya. =)

bila sampai ajal, takkan tercepat sesaat mahupun terlambat sesaat. 

orang yang pergi tinggalkan kita, tak kan pernah kembali lagi. apa yang boleh hubungkan kita dengan dia.. adalah doa.dan dia tidaklah betul2 tinggalkan kita, sebab dia sentiasa ada dalam hati kita. =) (aku selalu bagi ayat ni kat sapa2 yang kehilangan insan tersayang. hehe..

tiba2 rindu pada mereka yang pergi. arwah adik, atuk, tok, pakngah,paklang, abang zul, mak andak, paklong. semoga tenang di sana.

p/s: nak mintak korang doakan untuk sahabatku yang sedang berjuang. doakan semoga dia cepat sembuh. 






Nak shopping...jom2

nak shopping apa? baju?kasut?bag?tudung?mesti la tak! seriously, dah gian sangat nak beli novel ni.hihi...tapi kena kumpul duit dulu ek.ada sapa2 nak belanja aku? hehe...

aku nak beli ni hah...


novel baru HLOVATE. tak baca sinopsisnya lagi.
no worry.Hlovate tak pernah menghampakan!


ni tersangatlah nak beli.sambungan CINTA SUFI. Sunan oh Sunan..
dah la masa pelancaran hari tu kat PWTC tak dapat pergi
=(

tak pernah lagi baca tulisan penulis ni. tapi 
tertarik la bila baca sinopsis.kalau ada sapa2
yang dah baca boleh share ek.

novel ni keluar awal tahun.tak de can lagi nak beli.
suka tulisan novelis ni.sangat best!


ok.buat masa ni, ni je la kot wishlist novel yang aku nak beli.tak tahu apa lagi yang best.kalau hampa tau habaq mai kat cik no..sebenarnya banyak lagi yang aku teringin nak beli tapi tu yang dah lama2 la. yg tu KIV dulu.hihi =p

yang kat rumah tu bila la nak baca ek.lupa la nak bawak dia terbang ke Sepang ni sekali. ada Cinderella, Semangat Hutan, 5 Tahun 5 bulan..ada lagi kot.lupa la..hehe.ah..baca lambat ke cepat ke,lantak la.asal dah ada dalam tangan tu tenang hidup aku.haha

cepat la sesiapa belanja! kemon la...!!emm..sapa tak bagi birthday present lagi ek (senyum jahat)..tak boleh mintak kat abah.abah dah bagi present yang best sangat!

hihik =p


Ingin kembali ke masa lalu

bangun pagi ni,macam biasa la mandi dan bersiap2 nak pergi kerja. sampai opis, tiba2 teringat yang hari ni hari istimewa kan. aku pun apa lagi, terus bukak FB cikgu2 dan wish la dorang selamat hari guru. teringat seorang cikgu yang aku agak rapat la masa sekola rendah dulu.biasa la kan..semua orang ada cikgu feveret kan.ada cikgu kesayangan masing2.cikgu yang aku suka tu mengajar aku subjek biologi. memandangkan minat dan kegilaan yang mendalam terhadap bio tu, buat aku jadi rapat ngan cikgu tu.selalu je tanya dia kalau aku tak paham.lagi pun masa form 4 dia jadi guru kelas. 

buat cikgu2 ku semua...terima kasih atas ilmu yang cikgu bagi. sehebat mana pun seseorang tu, semuanya hasil ajaran seorang guru. anak murid ada yang dah jadi doktor,peguam, engineer, PM sekali pun! tapi cikgu tetap cikgu.tetap di situ..sebagai seorang guru.terus berbakti buat anak bangsa.sekali lagi, terima kasih cikgu.

guru kelas masa aku darjah 1, Pn Susliza..ingat lagi muka dia.cantik orangnya. suka panggil nama aku.ramai budak2 yang suka dia.dia memang baik..buat semua cikgu2 di SK Dato' Keramat 2, SK Beranang, SMK Khir Johari, SMK Bdr Tasik Kesuma, tak lupa jugak pensyarah2 di Kolej Matrikulasi Johor dan UMT..selamat hari guru.sayang cikgu2 semua.jasa cikgu tu tak mampu saya balas!

masa sekolah dulu, rasa tak sabar nak abes.rasa tak sabar nak masuk u. tak sabar nak kerja. sekarang, bila dah tinggalkan sekolah, rasa rindu nak kembali ke zaman tu.rindu nak dok kat kerusi kayu. rindu nak buat bising dalam kelas. rindu nak usik kawan2. masa sekolah rendah,masa zaman budak hingusan tu, bila rehat je mesti nak main.main tiang..budak2 sekarang tak tau la main lagi ke tak ek..main batu seremban dalam kelas bila cikgu tak ada.nak2 pulak bila exam dah abes. main lawan pemadam..hehe.seronok sangat....

bila hari guru, mesti sekolah akan jual bunga dan buah nak dihadiahkan untuk cikgu.heh...aku selalu beli bunga. dekat guru kelas je biasa aku bagi.nak bagi semua cikgu yang mengajar mana cukup duit.duit belanja masa tu RM1 je.tak macam adik2 aku sekarang.hehe.. 

rindunya zaman sekolah.zaman budak2. teringat masa sekolah menengah pulak.asal cikgu keluar kelas, aku pun keluar.hehe..aku memang tak dok diam dalam kelas dulu. kalau tak merayap keliling sekolah pun, aku singgah kat meja kawan je la.melawat dorang.haha..pergi belakang kelas pun jadi la.aku lagi suka kalau cikgu suruh ambik barang kat bilik guru.dapat aku bersiar- siar.haha..

seronoknya zaman sekolah.paling mendebarkan bila nak tunggu result exam keluar.dah la midyear exam parent kena datang amik report card.cuak tau tak?ala..pernah je report card ujian bulanan tak sampai kat tangan abah.hehe..maap..maap! (kantoi sudah)

tempat jatuh lagikan dikenang,ni kan pulak tempat menimba ilmu..oh rindunya kawan2 dan cikgu2! panjang umur kita jumpa yek!

kalau ada doraemon, aku nak pinjam mesin masa dia.nak kembali ke zaman sekolah.aku nak masuk kelas darjah 1.banyak kenangan manis masa tu.aku nak balik masa form 5. masa ni aku rasa masa yang sangat sweet.sama2 berjuang ngan kengkawan for SPM.study group sampai petang kat kantin. kadang2 buat study group kat rumah. kami ada impian yang sama, nak masuk u! qila,wani,iki, zuqu.. bila jauh ngan korang ni aku tak rasa aku macam dulu. tak seselamber cam dulu lagi. dont know why..just maybe you all are not here with me.ye..kami memang budak nakal. kami tak pernah serius. sampai ada yang tak suka. ada yang pandang rendah. tapi kami tak kisah. WE HAVE EACH OTHER. yang penting kami tau kami siapa.dan mereka..sesuatu yang terbaik yang aku ada dalam dunia ni. dan macam2 benda yang kami dah rasa. biar la kami2 je yang tau.apa2 pun, semua kenangan dan pengalaman masa zaman sekolah tu dah jadi bekalan untuk aku berjuang dalam hidup ni.thanks semua.

ikhlas.



Perosak hati,jantung dan ginjalku..

salam semua.hari ni pagi aku dimulakan dengan sesuatu yang menyakitkan hati,jantung dan ginjalku (cam Malate Aspartate shuttle la pulak). ceritanya biarlah rahsia (ngan gaya manja ala2 siti).. malas la nak ce cite ni.

so,apa korang rasa kalau korang sakitkan hati orang?puas hati?seronok?bahagia? korang rasa bersalah tak? dah takdir aku kenal ngan seorang hamba ALLAH ni yang macam talam dua muka. cakap banyak, mulut manis tapi sayangnya hati dia tak manis.please la..kalau nak buat perangai pun, pergi la cari orang lain.tak payah la cari pasal depan aku.menyampah tau tak??!! kita bukan orang lain..kawan kan.entah la...ikut hati aku malas dah nak tegur kau..tapi hidup aku bukan nak cari musuh. malas nak cakap banyak.sabar la hati..

cuma aku nak bebel kat sini, jangan la buat orang lain menyampah atau sakit hati ngan kita. kalau orang asik marah kita, maki hamun kita, menyumpah kat belakang, boleh hidup aman makmur sentosa bahagia ke? ngan kawan sendiri pun nak cari pasal ke?cuba jadi budak baik,jangan nakal2 nanti mak marah! kan kalau kita buat baik ngan orang, hati pun rasa tenang.hepi kan kalau kita buat orang lain hepi.seronok kan kalau tengok orang ketawa, seronok sebab kita.. hidup kita kat dunia ni sementara je pun..masa yang kita ada kat dunia ni singkat sangat. so, gunakan la masa yang ada ni untuk perkara2 yang baik. ye aku ngaku aku pun bukanlah baik sangat..tak layak nak nasihatkan orang itu ini.

tapi kemon la (came on la) tak payah la nak kumpul kebencian orang kat kita. hidup pun jadi tak berkat sebab tak jaga hubungan baik ngan manusia. dalam Islam, kita kena buat baik dengan orang lain, dengan binatang, ngan pokok2.. bukan setakat kita jaga hubungan dengan ALLAH je. please la beb... kalau tak tahu jaga hati orang, pergi dok dalam hutan sorang2.buat la apa2 tak ada sape nak marah..buat perangai cam ni la buat rasa hormat orang kat kita boleh hilang.

pesanan penaja, hormat la diri sendiri sebelum nak orang lain hormat kita..




Am I a Cute Girl?

korang nak tau lelaki suka girl yg macam mana?
korang baca la kat sini.
faktor-membuatkan-lelaki-terpikat
hehe...
kelakar & best

emm...i'm the girl with wearing glasses + uniform + no makeup
am i cute?
hehehe...
apa2 pun..just be yourself..
you will look good in your own way and
people like you when you not try to be someone else <3

taken from blog the other Khairul

Konon Penat Sangat la..

yes.hari ni dah boleh bukak blogger ni.rasanya 2 hari dah kot tak boleh bukak.ingat blogger ni kena sawan ke apa..hehe..cam tak tahu je yang tiap kali aku online aku layan blog je..adeh..2 hari tak blogging bosan la.hihi.. nasib orang lain pun x boleh bukak..ingatkan aku yg menderita sorang2..lalala =p

ok sekarang nak online puas2.pagi tadi ada program sampai tengah hari. balik mandi then tidur la.. hihi.. petang ni tak dok dalam opis.dok lepak kat beranda luar. ambik angin luar..online sambil menikmati keindahan alam. ye ke? hehe.. semua orang kat opis tak ade mood nak buat pape.penat pagi tadi terasa lagi..

akhir kalam (cewah)..besok mak ngan abah nak datang..nak hantar barang sikit (ceh padahal saja nak lepak ngan dorang).. tak puas gaduh ngan adik 3 hari je kat rumah..nanti2 la balik rumah..banyak keje (tak tipu tau)

sayonara...

hari ni..berakhirnye sem 4.pagi tadi last paper.
malam ni aku nak cau cin cau.
insyaALLAH subuh besok sampai ler rumah ku syurgaku..
huhu...8 jam perjalanan..ingat aku suka ke?duduk dalam bas lama2..
patah pinggang kawan ni..heheheee

sem ni atau sepanjang tahun dua ni mencatat macam2 kenangan.
tahun ni tinggal rumah sewa ngan kawan2.tahun depan masuk hostel balik.setahun cukup lah...
pengalaman?macam2 la kan....biar aku je tau.kalau nak tau try sendiri.hihik
terima kasih kat housemate aku.sebab buat aku ketawa.masak yg sedap2.layan celoteh aku.tahan ngan perangai aku.hantar aku pergi kelas.bawak aku jejalan.hehe.. kepada kamu..roza,fina,nad,mira,sarah,wani....
lepas ni tak bersama dah.selisih kat jalan tegur2 la.masak sedap2 nanti jangan tak ajak.ngeee~~~ 
tsem depan dah tahun 3 (alamak teringat FYP!)..

isnin ni aku mula praktikal. yek! ni la first time aku nak kerja sepanjang hidup aku di bumi yg fana ini.
hik2 :p
ok lah...mata dah mengantuk la.tak tahu nak merapu apa lagi ni.
tak boleh nak fikir dah sebab otak aku berhenti bekerja bila tamatnya paper tadi.ngehehe~~~
dan mungkin akan mula bekerja bila aku mula bekerja (what ???!)
okeh...Biodians..jumpa bukak sem nanti ek =)
babai UMT (konon2 macam berat hati lah nak tinggalkan) :p
babai housemate ku...

mungkin lepas ni akan busy macam ni??hehe..poyo (-_~)

malu la pulak :p





Lelaki,kamu dayus bila....

Ramai lelaki menjadi DAYUS atau tak sedar dirinya dayus...


1) Membiarkan mendedahkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.



2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.



3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.



4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.



5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.



6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.



7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan auratnya kepada jutaan manusia bukan mahram.



8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali.



9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.



10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti 

menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

credit to syahirul.com


Cinta milik siapa?

Saban hari kita jumpa dengan orang yang berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Saban hari itulah setiap perasaan yang berbeza wujud menerjah dalam diri. Ada rasa suka, gembira yang teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat. Terdapat juga rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama.
Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. Bagai cerita cinta dalam kisah dongengan. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Kisah Cinta Pertama :
Uda dan Dara bercinta berjanji setia sehidup semati. Sampai masa, hanya Allah yang tahu. Cinta di pertengahan. Dara bertemu jodoh dengan insan lain. Sedang Uda berkelana sendirian tanpa arah tujuan.
Kisah Cinta Kedua :
Uda dan Dara bahagia membina mahligai indah atas dasar cinta, kasih dan sayang. Beberapa tahun berlalu, Uda dan Dara mula tidak sependapat dan akhirnya membawa haluan sendiri. Masing-masing bagai orang asing yang datang dari planet lain.
Apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Cinta yang tiada bermatlamat. Cinta yang tidak pernah ditarbiyah. Cinta yang tidak disulam dengan niat lillahi ta'ala. Tidak.
Cinta itu sebenarnya untuk kita jika Cinta itu ditempatkan dalam tempat yang sememangnya menjadi haknya. Cinta yang ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita.  Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yang setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.
Itulah yang dipanggil sebenar-benar CINTA. CINTA pada Sang Pencipta.
diambil dari iluvislam.com

orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang 'orang lain'. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.                         -Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Kief

Khilfi Arami.


aku suka nama ni.

aku cop dulu.

untuk masa depan.

hahaa.......