Dalam Islam, perempuan memang tak boleh berhias lebih- lebih kan supaya tak menarik perhatian orang. Bak kata dorang dalam video ni, compact powder pun dah cukup hehe..
Nak lebih jelas tengok sendiri eh. Best ni. Kelakar dan comel je dorang. Pelajar kita di Mesir ni.
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^
Wajahmu sayang, yang pucat dan cengkung ku renung dengan sayu. Aku tahu kau kini tak berdaya. Nafasmu yang makin berat, seolah-olah nyawa itu tak mampu terus mendiami tubuh kecil mu. Hanya mampu terbaring. Bisu. Yang cuma kedengaran adalah mesin yang menunjukkan jantung itu masih berdenyut.
Ku sentuh perlahan tanganmu. Sejuk. Tiada respon. Bukalah mata mu. Lihatlah aku. Ingat lagi semua kenangan kita? Susah senang yang kita kongsi bersama? Ketawa kau mengisi hari-hari ku yang sepi. Sebab kau aku masih mampu berdiri. Sebab kau aku teruskan hidup walaupun pernah hampir mati.
ku berharap
kau tak pergi
tinggalkan diriku
ku butuh belaian mu dan kasih mu..
Kau tetap begini setelah 2 minggu berlalu. Kata doktor yang merawat, penyakitmu tak mampu disembuhkan lagi. Tiada harapan. Doktor tak mampu buat apa-apa. Dia suruh bawak kau balik. Haruskah aku berputus asa?
Tidak. Aku takkan berhenti berharap. Selagi ada masa, selagi ada nyawa, selagi itu harapan sentiasa ada. Kita akan sama- sama berusaha. Kau pun kena kuatkan semangat. Aku takkan mengalah. Takkan sesekali.
dan bila semua tanpamu
hampa terasa hati ku
tak ada lagi yang mengisi hatiku
senda tawa tangis yang menghibur ku
Ku usap rambut mu. Perlahan ku tunduk menciumi dahi mu. Cinta ku terlalu dalam. Mampu kah aku teruskan hidup andai kau pergi dulu? Tanganmu ku genggam, ku kucup penuh rindu. Ya, rindu diri mu yang dulu.
Malam itu, aku terus berbual dengannya. Setia disisi menemaninya. Sesaat pun tak sanggup aku tinggalkan dia bersendirian setelah doktor menyampai kan berita yang amat menyentap perasaan ku. Tiada harapan buatnya lagi! Oh Tuhan tolonglah kami...
...........................................
Aku tersedar tiba- tiba. Entah bila aku terlena. Ku lihat nafasnya sangat laju. Dadanya turun naik. Denyutan jantungnya semakin laju. Aku panik. Aku panggil- panggil namanya. Doktorrr!!!!!
dan bila semua tanpamu
hampa terasa hidupku
tak ada yang bisa gantikan dirimu
selamanya
Doktor dan jururawat berusaha menyelamatkan dia. Aku disuruh keluar. Gelisah. Mungkinkah dia... Ya Allah! Hatiku merintih... Bertahanlah sayang!
.................................................
Sunyi benar pagi ini. Awan nampak mendung. Matahari pula seakan malu menunjukkan diri. Ku jalan perlahan. Pagi ini untuk entah yang ke berapa kali aku ke sini. Sudah menjadi rutin ku.
Sampai tempat yang ku tuju. Ku duduk di situ. Aku memberi salam. Sayang, aku datang lagi. Duduk di situ. Lalu kitab yang suci itu ku buka. Hadiah untuknya. Ku baca dengan suara perlahan. Penuh sendu.
Bukan mudah untuk aku teruskan hidup ini. Dengan bayang wajahmu ada di mana- mana. Suara mu yang selalu terlintas di kepala. Ini bukan mudah untukku sayang. Bukan mudah. Percayalah, kau sentiasa di hati ini. Tuhan, ampuni segala dosanya dan satukanlah kami kembali di syurga.
Selamat malam kasih
untuk terakhir kali
kau ucapkan kepada ku
malam ini...
ku berharap
kau tak pergi
tinggalkan diriku
ku butuh belaian mu dan kasih mu..
dan bila semua tanpamu
hampa terasa hati ku
tak ada lagi yang mengisi hatiku
senda tawa tangis yang menghibur ku
dan bilasemua tanpamu
hampa terasa hidupku
tak ada yang bisa gantikan dirimu
selamanya
#Kispen ni terilham dari sebuah lagu, Pepito- Bila. Dengarkan sambil baca untuk kesan khas. Ahaks!
### Kispen ni diulang tayang (entri lama kat sini) sempena Konspirasi Blogger Kreative 2012 yg dianjurkan oleh 2 blogger hebat, Selendang Merah dan Ain Dzaya. Jom la join tunggu apa lagi. Amboih macam promoter pulak ;)
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^
Hai geng! Rindu aku tak? Eleh rindu la tu tak nak ngaku pulak. Ke takde? Emm sedihnya sedihnya haha...Rasanya tak terlambat lagi kalo nak cakap selamat berpuasa. Sedar tak sedar dah 6 hari kita berpuasa. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik berbanding yg sebelumnya. Moga dapat suci dan bersihkan hati dan roh kita.
Perkembangan terbaru? Masih lagi sibuk di lokasi drama dan filem. Oh tidak berangan je tau. Tahun ni pertama kali rasa berbuka kat tempat kerja. Penat? Tak sangat la sebab buat part time je. Petang sampai malam. Konon nak kerja sementara tunggu result. Tup tup awal pulak result keluar hehehe.
Cakap pasal result. Alhamdulillah ok la. Kena cari kerja ni. Kerja apa tak tau la. Sementara nak tunggu ada kerja tetap tu yg aku kerja part time dulu. Mana best duduk goyang kaki tapi duit tak masyuk hehehe...
Nanti aku datang tanya khabar korang pulak eh. Tengah nak ambik mood nak berblogging balik ni hihi ;)
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^
Awak2 semua sihat? Aku menghilang kejap. Bukan apa bizi beno dengan shooting drama, sesi fotografi dengan majalah la, fan meeting la, stage performance la, jemputan kenduri lagi, kerja2 amal lagi. Ahh stress.
Korang tau kan aku dah abes belajar. Tengah menanam anggur ni. Belum balik rumah lagi. Malam ni family bertolak dari Beranang. Tak sabar nak jumpa besok. Ahad baru balik. Rindu katil, pooh dan bau bilik hehehe
Jilid tesis yg buat poket aku rabak
Member2 ada lagi yg belum balik. Dah hujung2 ni, selalu sangat la lepak sama2. Walau tak ke mana sangat pun, dapat buat bising kat bilik orang lain pun jadi la kan. Lepas ni dorang rindu pulak nak tengok senyuman menggoda aku kan haha perasan.
Farewell party pukul 2 pagi Rabu kelmarin. Aku dan rumet yg tengah tidur dibangunkan. Dah berapa lama aku tak tidur awal woi. Dah rasa macam dalam rancangan realiti pulak main kejut2. Singgah sahur ke apa ni.
Tq for this mabeles blackforest cake
Geng2 semua dah berkumpul. Aku yg baru bangun jalan sambil gosok2 mata. Bermimpikah aku bila nampak sebijik kek di tengah2 ramai? Cewah. Sebenarnya dengar ada kek la yg buat aku bangun tu. Kalo tak maunya sambung krohhh..krohhhh...
Dan sebab malam tu. Sebab satu kejadian yg aku rasa macam dah hilang akal, aku dapat gelaran baru. Shera The Witch. Sebab apa, kitorang je la tau. Shhhh..rahsia. Bukan selalu nak buat perangai kan. Ah Avada Kedavra!!
Shera The Witch!
Hah! Sebelum tu Jumaat minggu lepas, geng2 Mak Jemah ni dah buat kecoh kat Pizza Giant K. Terengganu. Hamboih detailnya. Kitorang dah buat gaya macam Pizza tu kitorang sewa untuk hari tu. Tak reti2 nak balik. Maklum la bergambar macam pelancong. Tapi serius la best. Lepas ni belum tentu dapat jumpa selalu kan. Awak2 kan jauh.
Tahniah buat Irma Hasmie dan suami. Sangat suwit dorang berdua ni. Sama cantik sama padan la katakan. Tetamu yg datang termasuk la dayang pembawa dulang pun menutup aurat. Bagus kan.
Suka tengok masa akad nikah. Nampak kelegaan kat muka masing2. Korang tengok la sendiri.
Segalanya cantik dalam majlis dorang ni especially dress Irma. Cantik dan sopan.
Semoga bahagia sampai ke syurga :)
.
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^