Assalamualaikum dan selamat berpuasa.
Peringatan: ini bukan skim cepat kaya.
Kaya dalam sekelip mata. Kaya dengan cara
yang paling mudah. Tak payah bersabung nyawa dan membazir peluh. Tak pakai
rasuah, tak payah jual dadah, tak payah jual maruah. He he he...
Apa susah..bersedekahlah. bila bersedekah,
kita kaya kan. Kaya ngan pahala. Siapa tak nak tambah pahala kan? Setiap kali
sedekah dapat pahala, senang je kan? Tapi orang selalu je susah nak sedekah.
Kata senyum tu sedekah tapi nak senyum pun payah. Macam ada masalah kerosakan
pada otot muka tahap kritikal je.
Eleh... entah2 sindiket je. Tipu orang.
Kata sumbangan untuk sekolah agama. Boleh caya ke?
Dulu aku pun pernah pikir macam tu jugak.
Tapi tak betul macam tu. Bila kita sedekah, pahala dapat kat kita. Tak kisah la
orang tu tipu ke asalkan kita ikhlas. Bagi la setakat yang kita mampu. Mana
tau, peminta sedekah tu doakan kita murah rezeki bila kita tolong dia. Doa
orang teraniaya ni insyaALLAH makbul. Jangan la pandang hina pada dorang.
Agak-agak la kalau nak bersedekah tu kalau tak nak kena tipu. Dah nampak macam
mat rempit toksah la bagi. Kalau rasa nak bagi jugak, bagi sepakan percuma je.
Hee..
Sedekah bukan setakat bagi duit je....
5 rajin komen:
sedakh ak perlu kata apa apa
benda yang paling senang adalah benda paling sukar untuk orang buat...seperti sedekah nie...manusia banyak ragam mungkin terlebih garam
selalu macam itu, kdg2 tengok budak2 minta derma... kita tak bagi... lepas tu terfikir gak... budak ni kalau tak dpt duit camne ek dorg, ntah kena pukul ke apa, sindiket tu tak bagi makan ke... kesian pulak ngn dorg ni... hmmm...
aku setuju ngan semua!
sedekah seikhlas ati ... :D
Post a Comment