Ini Masterpiece aku!


Salam.

Aku dari kecik memang suka menulis. Ala...conteng2 buku je. Buat perabih kertas macam bapak aku tauke kilang kertas. Bila dah besar sikit, tulis diari.  Besar sikit lagi, aku suka tulis cerita, tulis puisi (yang ni memang memalukan nak mengaku sebab aku pun tak sangka yang aku dulu macam minah bunga) :p

Lepas tu bagi kawan baca. Dorang suka baca puisi bunga2 aku tu. Bila kat rumah dah ada komputer, ceh dah maju sikit, tulis novel. Tapi separuh je ler bila akhirnya komputer tu rosak. He he he..dan cerita aku tu pun terkubur bersama komputer zaman Tuk Janggut tu. Tapi tu dulu...sekarang skill menulis aku pun dah hilang. Dah tak bunga2 lagi sejak aku tinggalkan zaman sekolah.

Dulu cita2 aku tinggi melangit. Konon nak jadi penulis. Tapi aku  tak pernah pulak berangan nak tulis novel. Sebab aku tak pandai buat cerita. Mengada-adakan cerita boleh la. aku teringin nak ada buku sendiri. Buku motivasi. Konon nak motivasikan orang padahal diri sendiri belum mampu dimotivasikan.hihi.. betul la kata orang. Kalau nasihatkan orang senang je, tapi nak tarbiah diri sendiri..mangai susah!

Lepas tu, bertambah lagi angan2 karut marut aku. Nak pusing dunia naik kapal. Then nak buat satu buku yang cerita pasal pengembaraan aku tu. Pehhh...naik bot pergi Pulau Langkawi pun belum tentu mampu :p

 Akhirnya, end up kat blog pulak. Kemaruk pulak menulis kat blog ni. Kenapa nama blog ni Masterpiece? Sebab aku nak blog ni jadi Masterpiece aku. Esok2 dah tua, boleh la flashback apa yang aku buat masa zaman muda belia ni. Cewah!Entah bila la nak termakbul cita2 aku tu ek?hehe...persoalannya, MAMPU ke?

Yang pastinya, aku bukan penulis. Penulis buku atau blog atau sebagainya, aku memang BUKAN penulis. Sebab aku tak layak nak gelarkan diri macam tu. Aku cuma...Cuma main conteng2 aje. Memang aku serius ngan apa yang aku tulis, tapi aku tak ada gaya macam penulis.

Terima kasih pada yang sudi baca.

1 rajin komen:

JIJI YU said...[Reply to comment]

ko tau tak..tok janggut gune stimix