Wanita Penghulu Syurga



Wanita ini harum namanya seharum makamnya yang dicium Nabi Muhammad s.a.w sewaktu Israk Mikraj. Beliau ialah Masyitah, wanita penghulu syurga. Semasa hayatnya, Masyitah menjadi pengasuh puteri Firaun. Suatu hari, ketika menyikat rambut puteri Firaun, sikatnya jatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama ALLAH.

Puteri Firaun berasa hairan lalu bertanya, siapakah ALLAH itu? Masyitah enggan menjawap tetapi terus didesak bertubi-tubi. Akhirnya, beliau menerangkan bahawa ALLAH adalah TUHAN Yang Maha Esa, TUHAN sekalian alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun dan menyebabkan Firaun menggila marah. Ini kerana Masyitah menyembah tuhan yang lain selain dirinya. Firaun memaksa Masyitah mengakui bahawa dirinya (Firaun) sebagai tuhan tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah ALLAH.”

Firaun semakin marah. Lalu dia memerintahkan agar patung lembu tembaga berisi minyak direbus hingga menggelegak. Kemudian, Masyitah dan ahli keluarganya dicampak ke dalamnya seorang demi seorang. Sewaktu giliran anaknya, Masyitah hempir mengalah kepada Firaun kerana sayangkan anaknya.

Tetapi dengan kehendak ALLAH s.w.t kejadian luar biasa berlaku.

Bayi Masyitah boleh bercakap secara tiba-tiba. Katanya,
“Wahai ibu, teruskanlah dan usah menyerah kalah. Sesungguhnya engkau di jalan kebenaran.”

Lalu Masyitah yakin semula. Beliau mempertahankan keimanannya dengan mengatakan bahawa ALLAH Tuhan Yang Maha Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa. Beliau dan ahli keluarga kemudiannya mati syahid di tangan Firaun yang durjana.

Melalui pengorbanan sehebat Masyitah inilah Islam semakin mekar dan tersebar. Melalui pengorbanan wanita inilah Islam dipandang tinggi oleh insan yang sedang mencari-cari cahaya hidup. Ketika ada yang merasakan agama nenek moyang mereka sebagai karut dan tiada kuasa, mereka mencari-cari agama yang sebenar, yang boleh disandarkan seluruh kehidupan. Akhirnya mereka mendapati, Islam itu agama yang benar lalu mereka memilih untuk menganut agama yang benar ini dan bersandar dengan sepenuh jiwa raga meskipun diseksa atau terkorban nyawa. Pabila iman telah kukuh dalam diri, percayalah bahawa semua ugutan atau hinaan tidak lagi gentar untuk dihadapi dengan penuh ketakwaan.

Pada hari ini, kita tidak perlu berkorban nyawa seperti Masyitah untuk menegakkan Islam kerana Islam itu sudah tertegak dengan jerih payah pejuang-pejuang sebelum kita. Kita tidak perlu menempuh jalan sesukar itu kerana jalan Islam sudah terbentang di hadapan mata malah di lahirkan sudah Islam sejak azalinya. Islam ada di sekeliling kita malah menjadi cara hidup kita semua. Kita boleh mengamalkan agama kita ini sebebas-bebasnya. Tiada sesiapa pun yang akan marah jika sehari demi sehari kita berazam untuk meningkatkan iman dalam diri namun terlalu mengecewakan di zaman sekarang ada di antara kita yang lupa akan nikmatnya Islam yang selama ini bermati-matian di perjuangkan dan terlalu mudah agama kita diperjudikan.

#Copypaste



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Jalan kau pilih

Bulatkan tekad...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tidaklah aku petah berkata -kata dan lantang berbicara maka pada halaman kertas aku lukiskan luahan rasa. Sesuatu itu pernah singgah dan pergi tapi ia muncul kembali. Sesuatu itu merasuk makin menggila ke dalam jiwa dan fikiran dan aku menjadi hanyut, larut hingga sebati. Tuhan temukan ku dengan sesuatu itu, apakah punya makna tertentu?


Intro je tu. Kemain panjang. Korang ada cita-cita? Korang minat apa? Teruskanlah dengan kecintaan korang pada sesuatu tu. Biarlah orang lain nak dengki, nak caci maki asalkan tak buat benda yg salah tak apa aja. 

Haisy cakap memang senang. Cer praktik, kena kat batang hidung sendiri, hah dapat setepek kat muka. Kata tak peduli tapi kisah jugak. Mulut kata ada-aku-kisah tapi kepala dok pikir 'tak pe ke ni', 'boleh ke', 'apa orang kata' dan bla bla bla lagi.

Pasti ada; walopun seorang yg membantu...



Thanks to Nur Aqilah Mohd Sholihin pakwe kesayanganku. Ceh macam lesbo. Tapi kata2 kau semalam menyentap hati aku. Menghentak kepala aku sampai buat aku tersedar. Hanya sebab kau kenal aku. Kau tau apa kesukaan ku, apa kekurangan ku. Dan tukar kerisauan aku jadi satu senyuman yg panjang.

Aku dah pilih jalan aku. Aku tau pasti berliku. Tapi sebab kau selalu ada. Dan DIA juga. Aku tak mau mengalah. Kamu...ya korang semua, pasti punya jalan yg dipilih dengan cerita yg tersendiri kan? Bengkang- bengkoknya jalan mu, kau dan DIA aje yg tau. Senyum. =)




 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan Part II

miss Z berceloteh
KLIK


Bilangan follower: 720

Negeri asal: Selangor


Meh la join sesapa yg rajin. Syarat yg simple dan tak memeningkan hehehe ;)




 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Kerana Allah masih sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiap kali bila diuji tak kisah la dengan kesusahan, kesakitan atau kehilangan, kita akan bersedih dan menangis. Sedangkan bila difikirkan balik, apa yg dirasa tu tak la sangat membebankan.

Kata lah kita jatuh sakit. Kita mengeluh dan berkata yg sakit ni amat payah untuk kita. Kita berdoa semoga cepat sembuh. Dan dengan izin Allah, kesihatan kita dikembalikan. 


Kau sedang diuji sebenarnya...


Sedangkan kita tau, nikmat dan kesenangan yg Allah bagi macam2. Sangat banyak. Tapi bila teruji sikit mula gelabah. Sakit cuma sekejap sedangkan masa sihat kita sia-siakan waktu. Takkan tak boleh diuji langsung sedangkan kita dibiarkan hidup dengan selesa selama ni?

Tu la tanda betapa kita ni lemah. Sehebat mana pun kita di mata dunia, tetap kerdil dan hina di pandangan Allah; melainkan orang yg beriman. Hebatnya kasih Allah dibagi apa yg kita perlu. 

Selagi masih ada kudrat, selagi masih nyawa menyarung tubuh, tunduk dan sembahlah Dia. Wallahualam.



 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Berkelah di Pantai Tok Jembal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam ada buat bbq kat pantai dengan budak2 kelas. Bakar ayam dengan sosej. Ada bihun dengan macaroni. Macaroni tu sangat mabeles. Tapi sayang takde gambar pulak nak tunjuk. Nampak sangat pelahap kan sampai main terjah je makanan tu.

Lepas tu ada main game sekejap. Ada tukar2 hadiah. Ada sejibik kek yang sangat sedap. Ada sesi fotografi lagi haha

Pendek cite bbq tadi memang best walopun tak semua budak kelas yg join. Maklum la 2 hari lagi je nak present fyp so bizi la memasing kan. 


Kredit gambar: Fb Khalis

Bergambar kat atas batu tepi pantai bawah bahang matahari yang dasat. Untung la kampus sebelah pantai je kan hoho..nak picnic tiap hari pun boleh.


Photo: Blackforest cake yg yummy ;)

Keep in touch BioD batch 09/10



Abe ketuo kelas potong kek


Sebelum potong kek Blackforest yg lazat tu dapat ucapan khas ala2 menteri dari pakcik ketua kelas hehe.. Terima kasih jaga kitorang semua selama 3 tahun ;)

Dapat hadiah yang comel masa main tukar2 hadiah. Tapi si pemberi hadiah dirahsiakan. Bila tanya tamau ngaku. Misteri la kata kan huhu. Hadiah tu sangat comel. Ada surat cinta lagi. So suwit. Tq ye tuan punya hadiah.

Photo: Sape punye hadiah ni. Comel. Ada surat cinta lg so suwit. Tq tuan punye hadiah ;)


>> Jom cuba Main dan menang!






 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Segmen Ben Ashaari dan saya

BEN ASHAARI


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Lama rasanya BA tak buat segmen. Rasa nak join jugak la kali ni. Maklum la nak update pun malas hehe.. Blog macam mana yg anda suka dan kenapa?

Kalo aku la, tak kisah je blog macam mana. Asalkan senang nak masuk ok la. Tuan rumah tak sombong lagi suka terjah. Tak penuh dengan widget pelik, terbang sana terbang sini sampai pening kepala hehe..

Tapi paling2 suka kalo blog tu entri2 dia santai dan lawak. Comel gitu.  Yg ada lukisan ala2 komik pun best macam blog ni. Aku suka baca blog yg tulis cerpen gak macam blog Iffah, My story. Kalo free boleh layan la. Korang pulak macam mana?

Ok tu aje kot. Selamat bersegmen semua ;)



>>Nak menang hadiah?





 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^