Selesai tapi ada lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah berhempas pulas selama 3 tahun, pagi tadi adalah exam terakhir aku. Camne resultnye nanti aku pun tak tau. Doa2 la semoga dapat yg baik2 aje. Tamatnya exam, maka tamatlah sem 6 aka sem terakhir aku.

Tak boleh balik lagi. Tak boleh rilek goyang kaki. Ada lagi keje yep. Minggu depan presentation fyp. Lepas tu baru hantar tesis. Dah setel baru boleh balik rumah. Lepas tu? 


Sebahagian dari budak2 kelas
Kredit gambar: FB Lia Juliana


Lepas keluar dewan exam, sesi begambar dengan kawan2. Aku terkilan la wei lupa nak amik gambar dalam dewan. Masa orang kutip kertas tu kan boleh. Tapi masa tu aku cuma dok menguap dan temenung. Menguap...temenung. Sambil menunggu dengan tak sabarnya nak bla dari dewan. Isy macam mana boleh lupa. 


ps: dapat pas VIP ke pelancaran buku baru Lejen Press di The Annexe, Central Market. TQ. Eksaited.tapi tak dapat pegi pun. So sape free boleh la pegi KL Alternative Bookfest, Ahad ni. Ok jom sambung buat kerja. Adios.




 Banner



Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Terjatuh

Mungkinkah ada pertemuan kali kedua? Jikalau tidak, apa makna disebalik pertemuan ini? 
Dan dia terus biarkan dirinya terjatuh.....




Suatu petang, aku jalan-jalan di taman. Seorang diri tak bawa teman. Dalam keriuhan orang ramai yang datang bersantai, aku ternampak kau. Kau duduk dibangku menghadap  tasik. Aku dibelakang tak nampak wajah kau. Aku menapak bergerak mendekat.


Cantik! Aku terpana. Masa  aku pandang kau tengah menunduk. Kau gigit bibir. Macam ada sesuatu yang tak kena. Ya air mata tu. Air mata itu mencacatkan kecantikan kau. Bersila atas rumput, duduk dekat dengan kau.


Kau masih menangis. Kenapa ya? Tak mahu tanya. Ku seluk poket seluar jeans lusuh dan hulur sapu tangan dekat  kau. Kau sambut dan tersenyum sedikit. Kau macam bidadari bila kau senyum tapi kenapa kau bazirkan air mata tu?




Masa berlalu. Kau masih membisu. Tak apa aku cuma nak teman. Sekurang- kurangnya kau tak keseorangan. Dengan penuh tabahnya aku masih menunggu di situ. Umpama sang pencinta yang setia. Pencinta? 


Tiba-tiba kau bangkit. Menoleh sekilas sambil berkata terima kasih dan…kau pergi. Eh nanti dulu  tapi kau tak toleh. Kau berlalu dengan laju. Aku terkedu. Teralih mata atas bangku, sapu tangan ku di situ. Ku ambil dan ku genggam. Erat. Basah dengan air mata kau.


Saat matahari mula menghilangkan diri. Saat burung- burung mencari jalan pulang ke sarang. Di suatu petang di sebuah taman, aku terjatuh. Sungguh betul aku dah terjatuh. Kaulah penyebabnya. Kau datang tiba- tiba dan  kau pergi begitu sahaja. Tapi siapa kau?








 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Segmen : Mari Berhijab Part 2

KLIK gambar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama tak join segmen. Kali ni nak join segmen Apit nak doodle yg sangat comel tuh. Jom join. 50 yg terawal je boleh dapat.

Nama: eerashera
Warna: Pink cair

Harap2 dapat la ;)



 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Penjara



Terduduk memeluk lutut.
Tertunduk lemah hilang daya.
Di sudut gelap diam bertapa.
Rasa terpenjara.
Rasa ini menikam diri.
Seperti mahu mati.
Terasing tanpa rela.
Di sini menakung luka.
Apa makna bahagia
Bila jiwa mati sebelum tibanya masa.


ps: saja lepas gian. pendek aje la exam tak abeh lagi. 1 paper lagi weeehuu ;)





 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Buat back up file selamatkan semua dokumen penting

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hujung bulan lepas, buah hati aku hampir2 mau menemui ajal. Ingat kan sampai dah masanya tapi masih ada lagi peluang untuk teruskan hidup tapi kena rawat dulu la kan. Tengah sibuk dengan macam2 keje, boleh pulak laptop kesayangan aku tu buat hal. Baru je hujung tahun lepas aku tukar mother board. Pahtu rosak lagi. 

Nasib la jadi masa malam hujung minggu, masa kelas pun dah tak ada. Pagi besoknye aku terus cabut balik rumah la. Tu yg sempat lagi pergi Hari Belia dan Jom Heboh tu hehe. Sekarang aku pakai laptop lain. Abah dah repair. Katanya hard disk rosak. Tukar yg baru.

So semua yg kat dalam tu hancus, lebur, hilang..em apa lagi nak kata grrrrr. Nasib semua keje aku sem ni aku dah simpan awal2 dalam pendrive dan ada sikit kat emel. Back up tu penting tau.


Untuk berjaga- jaga, korang kena la buat back up. Benda kalo nak rosak bukan dia nak kabo dulu kat kita. Memandangkan aku ni rabun IT, ni je la cadangan yg aku boleh bagi:

-Simpan dalam external hard disk. Tapi tu bukan jaminan jugak. 
-Buat back up dalam pendrive tapi tu pun tak selamat. (dalam kes aku selamat la hehe)
-Nak selamat korang send kat emel sendiri apa yg korang nak simpan tu.
-Boleh jugak download dan guna Dropbox dan apa2 service internet lain untuk simpan gambar, video dan    dokumen (aku download tapi tak pakai pun..ceh)
-Simpan dalam laptop kawan. Kalo dia punya pun jahanam, maka jahanam la sama2 ya.


Sedih woo semua gambar aku dah takda. Gambar dari matrik, gambar dari sem 1, semua movie, lelagu dan MV yg susah payah aku download. Paling sayang One Piece aku yg 500 lebih episod tu woi. Abes koleksi  MV Suju, FT Island, DBSK, Beast, ah semua la. Nasib you tube ada. Oh babai awak semua. 

Kepada buah hati saya, banyak jasa awak untuk saya ya. Teman saya buat kerja, teman saya berhibur, teman saya berinternet, teman saya berblog. Balik nanti saya nak peluk awak sebab saya masih sayang awak. Yang awak nak mati cepat tu kenapa?

Moral of the story: Jangan penuhkan hard disk macam aku buat huhu.. 




 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Simpan memori kita dalam hati



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Masa perpisahan sangat dekat. Lepas 3 tahun berkongsi suka dan duka, meraih macam2 pengalaman, pertemuan yg tak dirancang kini bakal berhadapan dengan perpisahan yg menyakitkan. Cewah..berdarah hati. Kawan2, aku bangga dapat kenal dengan kalian.

Aku suka lagu ni. So aku rasa nak dedikasi kan lagu ni kat korang semua. Ya korang sahabat aku, korang yg menyokong aku dari jauh dan dekat, korang kawan2 di alam maya jugak. Aku suka lagu ni. Lagu Jepun yg dinyanyikan kumpulan dari Korea, DBSK. Lagu sedap, suara sedap, muka pun sedap hehehe.

Mungkin lepas ni banyak post pasal kawan2. Sebagai kenang- kenangan. Terima kasih kalo masih sudi baca.

'If you have no memories, you can't even be together in your heart'- RTP 

So, terimalah.. Proud~~







Passing by at a quick pace
How many seasons have already come and gone
Walking along the landscape I’m now used to
I alone can’t slip out from my far away memories
Almost as if I’d lost where I was going…
At that moment.. I met you

We met by chance along this road
Even now, I won’t forget, because from that day
The many sorrows & worry I was embracing, all of it
With your warmth, I changed them into memories
Proud of you love...

The two shells that I picked up
It is like a miracle where I have met you once again
If you stay by my side
I become affectionate to the bottom of my heart
Even if rain falls violently
Even within strong-blowing winds
I will hold fast onto this love till the end
If it’s with you I can overcome it
This is the first time I’ve felt that way
To make sure I don’t let go of this hand
Let’s always gaze at the time and treasure it

We met by chance along this road
Even now, I won’t forget, because from that day
Living and believing, while I change them into joy
Let us always walk together
Proud of your love....





 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^