Posisi tidur yang terbaik


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن


Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap
~ Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

~ Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

~ Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

~ Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang
~ Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri
~ Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri.

Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik
~ Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan.

Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

sumber: notainfo.com





 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Bila orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita


Selamat malam kasih

untuk terakhir kali

kau ucapkan kepada ku

malam ini...


Wajahmu sayang, yang pucat dan cengkung ku renung dengan sayu. Aku tahu kau kini tak berdaya. Nafasmu yang makin berat, seolah-olah nyawa itu tak mampu terus mendiami tubuh kecil mu. Hanya mampu terbaring. Bisu. Yang cuma kedengaran adalah mesin yang menunjukkan jantung itu masih berdenyut.

Ku sentuh perlahan tanganmu. Sejuk. Tiada respon. Bukalah mata mu. Lihatlah aku. Ingat lagi semua kenangan kita? Susah senang yang kita kongsi bersama? Ketawa kau mengisi hari-hari ku yang sepi. Sebab kau aku masih mampu berdiri. Sebab kau aku teruskan hidup walaupun pernah hampir mati.


ku berharap 
kau tak pergi

tinggalkan diriku

ku butuh belaian mu dan kasih mu..



Kau tetap begini setelah 2 minggu berlalu. Kata doktor yang merawat, penyakitmu tak mampu disembuhkan lagi. Tiada harapan. Doktor tak mampu buat apa-apa. Dia suruh bawak kau balik. Haruskah aku berputus asa?

Tidak. Aku takkan berhenti berharap. Selagi ada masa, selagi ada nyawa, selagi itu harapan sentiasa ada. Kita akan sama- sama berusaha. Kau pun kena kuatkan semangat. Aku takkan mengalah. Takkan sesekali.


dan bila semua tanpamu 

hampa terasa hati ku

tak ada lagi yang mengisi hatiku

senda tawa tangis yang menghibur ku




Ku usap rambut mu. Perlahan ku tunduk menciumi dahi mu. Cinta ku terlalu dalam. Mampu kah aku teruskan hidup andai kau pergi dulu? Tanganmu ku genggam, ku kucup penuh rindu. Ya, rindu diri mu yang dulu. 

Malam itu, aku terus berbual dengannya. Setia disisi menemaninya. Sesaat pun tak sanggup aku tinggalkan dia bersendirian setelah doktor menyampai kan berita yang amat menyentap perasaan ku. Tiada harapan buatnya lagi! Oh Tuhan tolonglah kami... 

.................................

Aku tersedar tiba- tiba. Entah bila aku terlena. Ku lihat nafasnya sangat laju. Dadanya turun naik. Denyutan jantungnya semakin laju. Aku panik. Aku panggil- panggil namanya. Doktorrr!!!!!


dan bila  semua tanpamu

hampa terasa hidupku

tak ada yang bisa gantikan dirimu

selamanya



Doktor dan jururawat berusaha menyelamatkan dia. Aku disuruh keluar. Gelisah. Mungkinkah dia... Ya Allah! Hatiku merintih... Bertahanlah sayang!


.................................................


Sunyi benar pagi ini. Awan nampak mendung. Matahari pula seakan malu menunjukkan diri. Ku jalan perlahan. Pagi ini untuk entah yang ke berapa kali aku ke sini. Sudah menjadi rutin ku. 

Sampai tempat yang ku tuju. Ku duduk di situ. Aku memberi salam. Sayang, aku datang lagi. Lalu kitab yang suci itu ku buka. Hadiah untuknya. Ku baca dengan suara perlahan. Penuh sendu.

Bukan mudah untuk aku teruskan hidup ini. Dengan bayang wajahmu ada di mana- mana. Suara mu yang selalu terlintas di kepala. Ini bukan mudah untukku sayang. Bukan mudah. Percayalah, kau sentiasa di hati ini.


Selamat malam kasih
untuk terakhir kali

kau ucapkan kepada ku

malam ini...

ku berharap

kau tak pergi

tinggalkan diriku

ku butuh belaian mu dan kasih mu..

dan bila semua tanpamu 

hampa terasa hati ku

tak ada lagi yang mengisi hatiku

senda tawa tangis yang menghibur ku

dan bila  semua tanpamu

hampa terasa hidupku

tak ada yang bisa gantikan dirimu

selamanya








#Kispen ni terilham dari sebuah lagu, Pepito- Bila. Dengarkan sambil baca untuk kesan khas. Ahaks! 



ps: ni kisah org yg ditinggalkan. orang yg kita sayang boleh jadi ibu/ayah/suami/isteri/sahabat/kekasih....




baca versi yg meninggalkan:
Pesanan terakhir untuk awak








 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Video Kelip-kelip nyanyian Remy Ishak- OST Filem 29 Februari


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Filem berkisarkan kisah cinta antara dua insan berbeza latar belakang, agama dan budaya ini akan menampilkan kisah sejarah di negara ini. Filem ini menampilkan  Remy Ishak dan aktres baru berbangsa Cina yang juga bekas naib juara pertandingan Miss Astro Chinese International 2006, Jojo.  


Ia mengenai kehidupan seorang lelaki bernama Budi yang dilahirkan pada 29 Februari 1896 dan telah melalui pelbagai peristiwa penting dalam sejarah Malaysia.



Antara sejarah yang akan dipaparkan adalah sejarah penjajahan Jepun, kemerdekaan Tanah Melayu dan juga rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969.

Keunikan 29 Februari yang muncul empat tahun sekali telah memberikan satu idea menarik kepada KRU Studios untuk menghasilkan sebuah filem bercorak cinta muzikal yang akan turut menjadi filem pertama dalam bentuk tiga dimensi (3D) terbitan produksi tersebut.

sumber: tupai.com

#Abam Remy ku ini bagi watak apa pun jadi. Menyanyi pun boleh. Teror kan. 








 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Pesanan terakhir untuk awak


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Awak, dengar sini. Saya nak pesan sikit. Kalau nanti saya tak ada, awak jaga la diri baik- baik. Saya pergi bukan sebab saya benci. Tapi sebab mungkin masa saya dah sampai. Nyawa yang duduk dalam jasad saya ni bukan saya punya. Bila- bila aje Pemiliknya boleh ambik.

Sebenarnya saya pun tak bersedia lagi nak tinggalkan awak semua. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya. Terima kasih sebab pernah buat saya rasa saya istimewa walaupun saya bukan siapa-siapa.

Awak, masa yang saya ada mungkin tak lama. Bila saya tutup mata, janganlah menangis untuk saya. Sebab saya lagi sedih. Berat sangat hati ni nak pergi tinggalkan awak. Teruskan lah hidup tanpa saya. 

Maafkan saya, izinkan saya pergi bila tiba masanya. Jangan sedih, sebab saya selalu ada dengan awak. Tak percaya? Bila awak rindu, pejamkan mata. Mesti awak nampak saya kan?

Doakan saya di sana..........



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Gambar anak Dr Sheikh Muszaphar- Bella belajar berenang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gambar  anak Dr Sheikh Muszaphar belajar berenang dengan ayahnya. Baru 10 bulan Bella ni tapi gaya dah macam budak besar. Bijak bijak. Like father like daughter la ni. Suka tengok gambar si comel Bella yang selalu diupdate ayahnya di Facebook. Muka Bella macam ibunya kan. 






Sumber gambar: Dr Sheikh Muszaphar Fanclub



 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Tanda-tanda hidup tak berkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah.

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat habis
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas? Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

#kopipesfromfb


 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^