Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Tasha Manshahar & Syed Shamim, Video Love You Like a Love Song- Best Cover Version dan Biodata

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Artis YouTube yang dikenali umum iaitu Tasha Manshahar yang masih remaja telah berjaya memikat hati peminat industri muzik di Malaysia dengan video muziknya di You Tube. Dia telah berjaya menghasilkan lagunya sendiri yang bertajuk Be Mine. Videonya bersama Syed Shamim yang menyanyikan lagu Mr. Sexobeat (cover) juga mendapat sambutan di You Tube.





Biodata Tasha Manshahar


Nama Penuh: Nur Nadia Natasha Binti Mohd Manshahar
Nama Panggilan: Tasha Manshahar
Tempat Tinggal: Kajang, Selangor.
Penuntut: Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas, Cheras.
Tempat Lahir: Duchest of Kent Hospital, Sandakan, Sabah.
Tarikh Lahir: 22 November 1992
Anak: Sulung daripada 3 orang adik beradik.
Blog Tasha Manshahar: http://nadiarocher.blogspot.com/

Biodata Syed Shamim
Nama Penuh : Syed Shamim Al Idrus Syed Abdul Kadir


Nama Panggilan: Syed Shamim

Tarikh Lahir: 27 Februari 1993

Asal: Seremban, Negeri Sembilan

Tinggi: 168cm

Pendidikan: SK. Seri Kelana, Seremban (primary)
SMK. Dato Hj. Mohd Reza, Seremban (Secondary)
SMK. Dato Sheikh Ahmad, Seremban (Secondary)
Institut Pendidikan GuruKampus Ilmu Khas, Cheras [Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan] (sekarang)

Kegiatan Masa Lapang: Apa sahaja berkaitan muzik


sumber: 


 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Video Kelip-kelip nyanyian Remy Ishak- OST Filem 29 Februari


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Filem berkisarkan kisah cinta antara dua insan berbeza latar belakang, agama dan budaya ini akan menampilkan kisah sejarah di negara ini. Filem ini menampilkan  Remy Ishak dan aktres baru berbangsa Cina yang juga bekas naib juara pertandingan Miss Astro Chinese International 2006, Jojo.  


Ia mengenai kehidupan seorang lelaki bernama Budi yang dilahirkan pada 29 Februari 1896 dan telah melalui pelbagai peristiwa penting dalam sejarah Malaysia.



Antara sejarah yang akan dipaparkan adalah sejarah penjajahan Jepun, kemerdekaan Tanah Melayu dan juga rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969.

Keunikan 29 Februari yang muncul empat tahun sekali telah memberikan satu idea menarik kepada KRU Studios untuk menghasilkan sebuah filem bercorak cinta muzikal yang akan turut menjadi filem pertama dalam bentuk tiga dimensi (3D) terbitan produksi tersebut.

sumber: tupai.com

#Abam Remy ku ini bagi watak apa pun jadi. Menyanyi pun boleh. Teror kan. 








 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Ajek Hassan penyanyi popular Youtube

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mahathir Hassan atau Ajek, 36 tahun adalah seorang ahli perniagaan kelahiran Terengganu yang kini menetap di Perth, Australia. Kerinduannya terhadap kampung halaman setelah lebih lapan tahun menetap di negara kanggaru itu menyebabkan beliau sering menghabiskan masanya bermain gitar dan menyanyi lagu-lagu Melayu popular.
Namun, ‘tindakannya’ memuat naik lagu-lagu yang dinyanyikannya dalam laman Youtube tiba-tiba mencetuskan fenomena yang luar biasa.

Ajek Hassan: Penyanyi 'Pemalu' Yang Ditonton Jutaan Peminat Di Youtube

Sehingga kini, lebih 3.5 juta orang telah menonton persembahannya menjadikan Ajek antara penyanyi yang popular dalam laman tersebut.
Sementara itu, Ajek semalam juga mengumumkan akan keluar dengan albumnya sendiri tidak lama lagi yang diterbitkan oleh pemain gitar terkenal, Rafi. Menurutnya, ia mengandungi lima lagu ‘cover version’ dan dua buah lagu baru.
Nah korang layan la medley 14 lagu2 slow rock melayu ni. Sedap jugak dia bawak. Berbakat dia ni.
sumber:sini



Korang memang hebat kalo KLIK sini!
 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Remy Ishak bawak watak komando dalam Filem Bravo 5

Wajah baru Remy semakin kurus
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 30, tubuh badannya yang sasa sebelum ini menjadi semakin susut kerana komitmen sebagai watak komando dalam filem terbaru Bravo 5.
“Badan saya semakin susut demi menjayakan watak komando dalam filem Bravo 5,” jelasnya ketika ditemui mStar Online selepas pelancaran treler filem 29 Februari di GSC Pavilion Bukit Bintang, di sini, Khamis.
Remy berkata, perubahan fizikal itu adalah bagi membolehkan dia melakonkan watak Leftenan Azri dalam Bravo 5 itu dengan selesa dan lancar. Katanya, sepanjang seminggu menjalani latihan di Kem Sungai Udang, Melaka, sebelum ini dia melihat majoriti anggota tentera memiliki susuk tubuh yang kecil tetapi lincah.
“Bravo 5 adalah filem epik peperangan mengenai perjuangan askar Melayu dalam menentang kemaraan Komunis. Secara tidak langsung, saya perlu cergas dan lebih berstamina seperti tentera sebenar".
“Ia menuntut komitmen yang tinggi termasuk kekuatan mental dan fizikal seperti meredah hutan, mengangkat senjata dan aksi lasak. Sebab itu saya mengambil inisiatif sendiri untuk mengecilkan tubuh badan agar lebih ringan dan lincah ketika penggambaran,” terangnya yang sedang menjalani penggambaran filem arahan Yeop Hitler itu.
>>Macam menarik je kan Filem Bravo 5 ni. Remy Ishak jadi komando? omai..omai..kena tengok ni huhu. Filem genre perang dan tentera ni memang peveret la. Bagus jugak buat cerita macam ni kan. Err aku ada terbaca yg filem ni mungkin akan mulakan penggambaran bulan Jun nanti  >_<
sumber: BlogMediaPrima



KLIK kalo korang hebat!
 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^