Showing posts with label teladan yg baik. Show all posts
Showing posts with label teladan yg baik. Show all posts

Kisah cinta agung dan suwit


Masterpiece fanpage.Silalah LIKE. arigatou ^^
Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Bukan ombak rindu ek ;p. Kisah cinta agung. Cinta yang mengenepikan usia, pangkat, nama dan harta. cinta yang berlandaskan iman dan taqwa pada Pencipta. Umur mereka berbeza. juga dari segi harta. Siti Khadijah, wanita istimewa yang dicintai Nabi kita. jom kita hayati kisah cinta agung ini. ada hikmah disebalik jodoh yang dipertemukan Tuhan ni. 

Bagaimana Siti Khadijah menjaga maruah diri dan memartabatkan dirinya dengan menjadi usahawan yang berjaya. Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa wanita seharusnya berusaha menjadi insan yang dihormati dan berjaya dalam kehidupannya. Siti Khadijah tidak bergantung kepada orang lain untuk mendokong dirinya tetapi kepada perniagaan yang dibinanya sendiri. Selain itu beliau juga membantu ramai pedangan-pedangan lain untuk turut sama mencari rezeki.

Meskipun Siti Khadijah seorang yang baik hati dan rupawan,  beliau juga pernah diceraikan suaminya. Kenapa Allah memilih wanita bergelar janda ini sebagai isteri kepada manusia no.1 paling hebat di dunia dan akhirat? Tentulah ada hikmah disebaliknya. Ramai janda yang merasa hina dan malu dengan statusnya tetapi Allah telah lama memuliakan mereka dengan kisah percintaan dua insan hebat ini. Asal saja berhati mulia dan taat kepada-Nya, gelaran janda bukanlah satu bebanan untuk para wanita merasa hina.


Jika seandainya wanita hari ini punyai rupa, harta dan kekuatan pada bangsanya maka Siti Khadijah terlebih dahulu memiliki semua itu. Beliau sering dilamar oleh pembesar Quraisy yang sanggup membayar berapa pun mas kahwin yang diminta tetapi Khadijah menolaknya dengan halus dan baik. Beliau bukan seorang yang gilakan harta.

Siti Khadijah melamar Rasulullah. Sejarah ini sering dijadikan hujah oleh para ulama dan ustaz yang ingin memperbetulkan kesalahan tanggapan masyarakat yang menyatakan wanita tidak boleh melamar lelaki. Seperti kata peribahasa melayu ‘Mustahil perigi mencari timba!’. Hal ini tidak benar. Jika kamu menemui seorang lelaki yang soleh dan terbuka hati untuk mempersuamikannya, maka segeralah melamarnya sebelum terlewat.

Rasulullah tidak berharta tetapi berakhlak mulia, amanah, taat dan punyai kehormatan diri yang tinggi. Sejarah ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak semestinya lelaki yang tidak berharta itu hina berbanding lelaki kaya. Mulia pada hakikat sebenar terletak pada akhlak dan agama seseorang. Namun itu bukan bermaksud lelaki perlu menjadi miskin untuk menjadi semulia Rasulullah. Kita perlu berusaha, dan rezeki itu ditangan Allah.


kopipes sejibik2: cahaya islam
Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Setiap orang ada peluang kedua.

salam.

'Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan ALLAH memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan- kesalahanmu).
- Surah Asy Syuura, ayat 30.

Memang tak ramai yang akan mengaku salah sendiri. tabik pada yang sanggup buat. adat lah manusia memang selalu buat silap. kepada Pencipta mahupun manusia. mungkin juga kesilapan yang sama berulang kali. tak apa. apa yang dah jadi memang tak boleh nak berpatah balik. yang penting jangan segan2 nak perbetulkan kesilapan tu.

Mohon la kemaafan. 
jernihkan kembali keadaan .
 dapatkan kembali kepercayaan. 

jangan bersedih. kesilapan itu takkan terus menghantui hidup andai kita tahu memperbetulkannya kembali. apa yang pasti, bertanggungjawablah atas setiap apa yang terjadi, bukan hanya tau menuding jari.

Dan ingat! Tak kira apa yang terjadi, DIA tetap bersama kita. Bohonglah orang yang mengatakan dia hanya keseorangan. Kita masih punya TUHAN. dan kita sebenarnya selalu dalam perhatian.

DIA bagi kesusahan. DIA bagi kemewahan. SWEETnya DIA... kita? kadang2 melupainya. TAK sweetnya kita!

p/s: kadang2 hati tak sedia memberi maaf.

p/s: eh..apesal bila dok taip entry ni asik keluar lagu sedih2 je kat radio. hampeh tol. :)


maap. ko tak ada peluang kedua.

tak senonoh la hang ni!


Assalamualaikum semua.

Aku ada banyak harta, kereta 5 buah. Semuanya import. Rumah 14 tingkat. Besar gedabak. Tak lama lagi KLCC tu pun aku beli.beras satu gudang.  Duit berkepuk-kepuk dalam bank. Harta banyak sangat sampai tujuh keturunan makan tak habis.

Hah berlagak. Riak tak tentu pasal. Riak termasuk dalam syirik. Syirik ialah perbuatan menyekutukan ALLAH atau menyamakan ALLAH dengan sesuatu yang lain. Syirik terbahagi kepada dua. Syirik khafi dan syirik jali. Syirik jali adalah perbuatan syirik secara terang contohnya macam menyembah patung, api, memuja pokok. Syirik khafi pulak tidak meletakkan ALLAH sebagai yang mutlak terutamanya dalam beribadat. contohnya macam perasaan riak, sombong, bangga diri.

Harta cuma hiasan dunia. Mati nanti berkain putih jugak. Diusung ngan keranda. Kaya macam mana pun, tetap kembali ke tanah. Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH bagi.

Kebanyakan manusia mampu bersabar dengan ujian ALLAH. Tapi tak ramai yang tau bersyukur bila ALLAH kelurkan kita dari sesuatu kesusahan.

Contohnya macam kau tengah susah.then kau mintak tolong dari kawan kau. Bersusah payah dia tolong kau. Lepas tu kau cakap TERIMA KASIH. Mesti kawan kau suka kan. Dan dia tak kisah nak tolong kau lagi. Macam tu lah kita ngan ALLAH. 

ALHAMDULILLAH…ALHAMDULILLAH..
All praises to ALLAH…
All praises to ALLAH..

Jangan dibanggakan dengan harta kita sebab tu semua ALLAH punya.
Mana milik kita? (teringat lagu Rabbani)

p/s: mengingati diri sendiri jugak :)

Ajak masuk bilik

salam.

baru kenal dia. baru sangat. dia ajak keluar. apa salahnya kan. dia lelaki yang baik. romantik apa. lagi pun dia ajak pergi makan je. lepas makan, jalan2, dia  ajak tut.. mula2 cam tak nak tapi lepas dipujuk rayu, perghh cair beb. ala.. sekali ni je kan. lepas ni tak buat lagi dah. lagi pun he's cute la. cair sangat dah ni..

bodoh kan. murah sangat harga diri tu. salah siapa? kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan. sekali ni je? siapa bagi jaminan? lepas ni mau ketagih. nak lagi..nak lagi..haha

baru kenal senang2 je ikut lelaki. sure ke dia lelaki yang baik. sure ke dia tak kan ambil kesempatan? baik? baik macam mana? pura2 baik... whatever..

baru kenal, sedap2 je mintak pegang. hello, kawasan larangan jangan kasik ceroboh la.konon sebab sayang. tak bagi kang merajuk pulak. alolo..bucuk2

ala.. apa nak takut, lepas ni kita kawin jugak- bullshit la semua tu. bila dah kembung kena tinggal ler. baik pi cari ikan segar yang lain.

pandai2 la jaga diri. guna akal, bukan nafsu. kang bila dah terlambat, perut dah ke depan, baru nak meracau. yang jadi mangsa, satu nyawa yang tak berdosa.

hari ni sedap la main-main. bila dah ada hasil, kena tinggal, baru nak sedar. lepas tu, mengadu kat siapa? mintak tolong kat siapa?tu..kat DIA yang dulu tak pernah nak ingat pun. malu la.. macam kau lupakan jasa baik orang kat kau then bila susah baru kau nak mintak tolong..


please la jangan jadi bodoh. jangan hancurkan hidup sendiri. jangan mati sebelum sampai ajal.. tak rugi pun kalau jaga hak cipta terpelihara tu. tu lah keistimewaan seorang wanita. yang membezakan kau dengan pompoan lain :)



Pemandu pelancong ambil kesempatan

salam semua.

tadi aku keluar lunch, ngan bos aku kak sashi. kedai makan yang kitorang pergi tu, ada pelancong Jepun yang singgah makan. memang ramai la. dapat la aku jamu mata...hihihi..bila dorang nak balik, pemandu pelancong dorang, sorang pakcik berbangsa  Melayu nak bayar la makanan dorang. then, dia suruh pekerja kedai tu kirakan sekali makanan kitorang. perghh...bukan senang orang yang tak kenal nak belanja kita kan. memang rezeki aku hari ni... tu yang aku nak bagi tau. pemandu pelancong ambik kesempatan belanja kitorang..hehe :p

then, kitorang gi Pantai Bagan Lalang pulak. jumpa ngan pengurus chalet nak confirmkan certain thing untuk program ngan French School minggu depan. kak Arini, yang uruskan chalet tu sangat baik. dah la cun, cakap lembut gila lepas tu peramah pulak tu. even dia nampak busy gile sebab semua benda dia kena uruskan sorang tapi dia tak kisah layan kitorang ngan baik. pilihan mak mertua tu..this is best bro..hehe

lepas tu jumpa pulak abang yang uruskan bot kat jeti Sepang. abang Zaidi. abang tu memang baik. tak banyak kerenah. kak sashi memang puji gila cara kerja dia. soal duit dia memang tak pernah berkira even dia memang perrlukan duit. sapa tak nak duit..ceh

aku rasa bahagia je hari ni sebab jumpa ngan orang yang baik2. orang2 macam ni la rezeki dorang tak pernah putus walaupun kerja dorang cuma biasa2 jek. sorang pemandu pelancong, sorang pengurus chalet, sorang pengurus bot. hei...kerja biasa2 pun kalau rajin usaha boleh jadi luar biasa kan. tak ada yang mustahil kan. so, pengajarannya, bila korang buat baik korang akan dapat balasan yang baik jugak. what you give you get back kan (betul ke falsampah ni).. so lepas ni jangan berkira sangat tahap taik hidung masin kalau nak buat baik.


what goes around, comes around...

renung2 kan dan selamat beramal.

p/s: perasan tak header baru yang hodoh tu? percubaan pertama..hahaa..lantak la


BLOG JADI BAHAN BUKTI

salam.
ingat tujuan asal kita nak berblog ni. nak buat benda baik ke nak cari pasal? emm..aku terfikir, apa yang aku dah merepek kat blog ni ek?kena tengok balik ni. nanti nak jawab apa ngan DIA? eeiii...takut...

tengok SINI okeh??

Kau kawan ke lawan?!

salam.


siapa tak sayang kawan?kawan masa susah senang.kawan masa ketawa dan nangis. tapi berapa ramai yang dapat kawan sejati. dan berapa ramai juga yang dikhianati kawan sendiri?


sebab salah faham, tak boleh tolak ansur, dengki, buruk sangka..akhirnya kawan jadi lawan. 


tikam belakang ni biasa je jadikan. well..depan nampak baik.konon macam malaikat. tapi belakang macam seth tan.eh, seth tan?? 


so, hati2 la pilih kawan. kata orang, kawan ni macam cermin untuk kita. kalau nak tau kita cam ne, tengok kawan kita tu. eh..kawan aku semua baik2 tau :p


kawan yang baik, akan bagi pengaruh yang baik untuk kita. akan bagi keuntungan untuk kita. tapi kawan yang buruk perangainya, akan menyusahkan kita pulak. macam hadis ni :

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

cari kawan yang macam ni hah :

sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 – Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

sepak je dia!hehe

tinggalkan kawan yang macam ni..bikin somak hati kau jo! (keluar nogori den..hihi)

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

curik dari: sini





Aku tengok kau kecik besar kecik besar je der!!


tetamu khas hari ni..hehe
Salam.

adat manusia. bila hebat disanjung. bila gagal dihina. kalau selama  ni pandang pun tak sudi, bila dah senang, dah pemes, mula la semua orang nak datang dekat.jangan pandang rendah kat orang lain. sekali, orang tu jauh lebih hebat dari kita. bila susah, orang yang dihina tu yang akan tolong kita. yang bersenang-lenang ngan kita pergi mana? em..angkat kaki bla la.

hidup ni macam roda.kadang2 kat atas, kadang2 kat bawah.

hidup ni macam ombak.kadang2 kita terpukul.kadang2 kita yang memukul.


Bila sampai masanya

Ya..bila sampai masanya. orang akan buat benda apa yang dorang tak pernah atau tak suka buat.
manusia boleh berubah.asalkan kepada yang baik.

bila seseorang itu menetapkan hatinya, tak ada satu benda pun dalam dunia ni yang boleh menghalangnya.

asal selagi kita berada pada tempat yang betul,apa nak kisah dengan pandangan manusia.

lantak la kan.

selagi tak ganggu keamanan dunia.selagi tak ada rakyat yang terkorban. selagi masih berpijak di bumi nyata. teruskan je la apa yang kamu perjuangkan.

hidup ni macam ombak.kadang2 kita terpukul.kadang2 kita yang memukul.

mesej khidmat masyarakat ini dibawakan oleh si pencinta milo ais tegar. =)


berehat sebentar bersama milo ais tabur.


cari milo ais, keluar pulak gambar ni. sodap eh.. slurpp..
mau??

Mana Satu Pilihanmu..?

mana satu pilihan mu..
yang hitam atau yang putih.
mana satu pilihan mu..
yang buruk atau yang baik.
mana satu pilihan mu..
hanya engkau yang tahu..
apa terbaik buatmu..


nk jd cm ni ke??


atau....

cmni????

enjit2 semut...sape sakit naik atas...

pilih la nk jd pape pn...
buat baik berpada-pada..
buat jahat berkali-kali..
sendiri mau igt la..