Showing posts with label tiba2 jadi serius. Show all posts
Showing posts with label tiba2 jadi serius. Show all posts

Setiap orang ada peluang kedua.

salam.

'Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan ALLAH memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan- kesalahanmu).
- Surah Asy Syuura, ayat 30.

Memang tak ramai yang akan mengaku salah sendiri. tabik pada yang sanggup buat. adat lah manusia memang selalu buat silap. kepada Pencipta mahupun manusia. mungkin juga kesilapan yang sama berulang kali. tak apa. apa yang dah jadi memang tak boleh nak berpatah balik. yang penting jangan segan2 nak perbetulkan kesilapan tu.

Mohon la kemaafan. 
jernihkan kembali keadaan .
 dapatkan kembali kepercayaan. 

jangan bersedih. kesilapan itu takkan terus menghantui hidup andai kita tahu memperbetulkannya kembali. apa yang pasti, bertanggungjawablah atas setiap apa yang terjadi, bukan hanya tau menuding jari.

Dan ingat! Tak kira apa yang terjadi, DIA tetap bersama kita. Bohonglah orang yang mengatakan dia hanya keseorangan. Kita masih punya TUHAN. dan kita sebenarnya selalu dalam perhatian.

DIA bagi kesusahan. DIA bagi kemewahan. SWEETnya DIA... kita? kadang2 melupainya. TAK sweetnya kita!

p/s: kadang2 hati tak sedia memberi maaf.

p/s: eh..apesal bila dok taip entry ni asik keluar lagu sedih2 je kat radio. hampeh tol. :)


maap. ko tak ada peluang kedua.

Potong Jari Telunjuk



salam.

buat tu..buat ni..hei..are u dictator?kemon laa...

*speechless*

LELAKI VS PEREMPUAN: KENAPA DIA BERUBAH?


Salam.

Aku nak cerita pasal satu benda ni.dah lama sebenarnya aku nak cerita tapi tak yakin la.benda ni serius.bukan main2 punya. Isu ni timbul bila aku dok melepak kat KFC bersama Ain dan Kak Sashi. So, timbul rasa nak share benda ni.kalau ada salah mana2, mintak betulkan (tengok ayat aku pun ketat jek).


Apa yang kitorang borakkan adalah isu lelaki dan perempuan.cinta.kahwin.bosan.kaki pukul.curang.penipu.baran.cerai. isu yang biasa kita dengar kan?aku ngan ain cerita dekat kak Sashi (untuk pengetahuan, dia ni Indian) pasal isu rumah tangga yang kitorang selalu dengar dan baca.cerai masa muda.pasangan berubah lepas kahwin.tackle bagai nak rak. Dah dapat dibuangnya. Hakikat kan. Tak pasal2 kak sashi takut nak kawin pulak. Aku bukan nak takutkan dia tapi benda ni kenyataan kan. Ok apa yang buat dia tertanya-tanya dan rasanya kebanyakkan orang pun terfikir jugakkan.  kenapa pasangan kita berubah selepas kawin?hehe..tiba2 teringat satu motivasi ni. Dia cakap sebelum kahwin macam musang berbulu ayam. malu2 kucing. Lepas kawin musang dah keluar bulu musang. Merepek pulak dah.

Ok kenapa lelaki or pompuan tu berubah lepas kawin.dulu romantik macam Seth tan, lembut macam Nora Elena. Lepas kawin jadi Hitler pulak (macam melampau je perbandingan ni). Aku tak layak la cakap pasal ni. Tak pernah kawin lagi.diulang tak pernah.heh…tapi pendapat aku, semua ni bergantung pada keberkatan dalam pernikahan. Keberkatan dalam hidup. Macam ni la. Apa korang buat sebelum kawin? Ada tak hubungan korang dicemari maksiat? Keluar berdua?pegang2?lebihkan macam diala segalanya. Cinta mati (boleh bawak mati wo). Ok tu masa bercinta, then nak kawin. Majlis kawin macam mana? Hantaran puluh2 ribu. Majlis yang gempak ala2 Prince William ngan Kate Middleton walaupun kau tak mampu. Mana berkatnya? Mulianya wanita itu bila rendah maharnya. So, nak berkat buat la yang sederhana. Islam tu mudahkan.

ustaz Kazim cakap pegang babi tak haram, 
pegang ajnabi yang haram.hehe..


Well, kalau kita ikot cara yang baik, InsyaALLAH ALLAH akan beri yang terbaik. Trust HIM. Ni masa bercinta macam2 dah bagi kat si dia. Lepas kawin, dia pun bosan, apa yang nikmatnya bila dah biasa sentuh dia tu. Bila kena tinggal mula la frust tergolek golek. Aku dah bosan la bila ada yang tanya,

 ‘ Dia dah tinggalkan aku.dia tak angkat fon. Dia ada orang lain. Dia dah bosan ngan aku.’

Well, nasihat aku satu je. Cari lain.haha.. tau apa dorang jawab,  ‘Aku sayang gila kat dia’. Hello…baik tak yah tanya aku.melutut je la kat kaki dia tu.cakap apa pun tak guna kalau hati tu dah buta. See…sebelum kawin dah serah segalanya. Tiap masa bergayut.dating. texting.then kawin.bosan kan.BOSAN.muka yang sama je.dulu tiap hari jumpa.dah kawin lagi la.bila bosan, cari lain. Dah kena tinggalkan....

Ok aku ringkaskan. Bila pernikahan tu tak ada keberkatan, dicemari dengan maksiat, mungkin tu sebabnya rumahtangga tu tak bahagia.tak pun susah nak bahagia. Mungkin jugak sebab lemahnya pegangan agama, ilmu rumah tangga. Pendapat aku, sebelum cari pasangan tu, cuba betulkan diri sendiri. Berubah jadi yang baik untuk dapatkan pasangan yang baik. Jangan lupa doa mintak jodoh yang baik. usaha + doa. Kalau dah ada pasangan tu, cuba la jugak jadi baik dan ajak si dia sama2 berubah. Tinggalkan maksiat.Baru boleh jadi suami, isteri yang baik. Bukan untuk pasangan tu je, tapi keberkatan ni affect keturunan jugak.benih yang baik dari baka yang baik kan?? Baru la aman+ bahagia. dah jumpa yang sesuai, kawin jek.kalau takut hanyut ngan nafsu, kawin kan lebih baik.



ALLAH akan pelihara kamu berdua bila kamu pelihara agamanya. Tak mau pegang2.tak mau baby sebelom nikah okeh. Mulakan segalanya dengan asas yang baik.  Macam Ustaz Kazim Elias ada cakap. Sebelum kawin, tengok dulu dia macam mana.rasa sesuai tunang. Tak sesuai putus je. Kawin buatla sederhana.

Nak belayar kat laut dalam kan.kapal kena hebat la. Cukup keperluan, kemudahan, bekalan. Kapten ngan anak kapal kena mahir jugak.tak ada ilmu pelayaran cam na nak belayar?kang tenggelam kat tengah laut.

Maapkan aku kalau aku salah.ni pendapat aku berdasarkan ilmu yang cetek ni kan. Siapalah aku nak cakap sesedap rasa jek. Takut nak cakap isu agama ni. Mohon maap sekali lagi. Entry ni tak menyalahkan pihak laki or pompoan.lu pikirla sendiri :p



tengok sini.banyak ilmu boleh dapat. syahirul.com

you are my nakama!

u r my NAKAMA!!! 


nakama atau dalam bahasa yg lebih mudah difahami adalah kawan baik.
ye..kwn baik..bukan apa..cuma nak ckp terima kasih pada semua kwn2  yg mmg aku syg. 
terima kasih sbb sudi jd kwn aku.kadang2 apa yg berlaku boleh menggugat persahabatan kita.  
tapi semua tu tak kan mampu mengurangkan sayang aku utk korg semua.
aku tau,aku bukanlah kwn yg baik.walau aku cuba jd baik..
aku tetap bukan yg terbaik.. maap kan aku atas slh dan silap.
pernah aku dikhinati oleh sahabatku sendiri suatu waktu dulu.
pernah jugak terjadinya salah faham.  
akan aku cuba jd kn semua tu satu pengajaran.harap2 semua tu x berulang lg.
ye..sahabat tu adalah saudara kita! 
apa yg aku belajar ari ni...
belajarlah utk memaafkan dan bersangka baik la dgn sesiapa pun.
kwn dtg dan pergi tapi yg tetap di sisi adalah sahabat sejati!