Kewujudan Zaman Batu dan kaitannya dengan teori Pakcik Darwin!


Salam.

Kalau belajar Sejarah, korang tau la kan. Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik. Tapi semua zaman tu tak wujud! Nasib baru tau, kalau aku tau masa aku sekolah dulu, mesti aku tak ada mood nak belajar. Boleh pulak gitu kan. Sebagai orang Islam, yang kita tau kita ada zaman yang bermula dengan Nabi Adam a.s.. dulu masa belajar aku terpikir jugak, kalau zaman batu tu orang pakai cawat je, orang duduk dalam gua lepas tu rupa pun tak ada la macam orang sangat. Macam kacukan ngan beruk je.

 Habis tu, zaman Nabi Adam ni bila pulak? Mestilah zaman yang mula2 kan sebab Nabi Adam manusia pertama. Dah tu, zaman batu tu tak kan lepas atau sama zaman ngan Nabi Adam pulak? Takkan zaman Nabi orang pakai cawat kot? Masa tu otak lembab aku ni tak dapat nak jawab semua tu.

Now, I know. Zaman batu tu tak wujud. Tu semua penipuan yang dibuat oleh sekutu Darwin tu. Ahli evolusi la yang wujudkan zaman batu tu. Nak membuktikan yang nenek moyang kita asal dari beruk. Tengok la illustrasi orang zaman batu. Macam beruk je. Padahal dorang guna teori je. Tanpa bukti saintifik. Tengok fosil tulang macam la boleh bagi dorang gambaran sebenar orang zaman dulu.

Logik la kan. Takkan ALLAH nak turunkan Nabi dari kalangan mereka yang bercawat, primitif, dan macam beruk tu? Zaman dorang macam kita jugak. Ada yang maju, ada yang mundur. Mungkin ada jugak yang tinggal dalam gua, tapi tak bermakna dorang tu primitif. Dorang manusia macam kita jugak. Manusia yang ALLAH cipta macam kita. Terus jadi manusia. Bukan dari beruk tu.

Benci betul aku masa amik subjek evolusi tu. Mengarut! Kalau Barat, dorang memang sanjung teori evolusi. Dorang saja nak menidakkan kuasa Tuhan. Kalau korang nak paham lagi, baca je la buku Pembohongan zaman batu, Harun Yahya dan buku2 dia yang lain (boleh download, lagi senang). Kang kalau aku cerita, jadi buku Sejarah blog ni. Boleh simpan kat arkib pulak. Aku tulis ikot pemahaman aku, kalau salah, sila betulkan.

Aku tak percaya teori evolusi. Aku percaya kita dicipta asalnya begini oleh Tuhan yang Maha Esa!




Cinta Blogspot.com


Assalamualaikum.

Korang selalu dengarkan orang cakap pasal cinta Facebook? Kenal kat fb, mula2 kawan je pas tu tangkap cintan pulak. Sampai ada lagu tema tu, Cinta Muka Buku by Najwa Latif. Sedap lagu tu. Tapi cinta blogspot ada tak? cinta antara blogger pulak. Hehe.. lepas tu buat lagu. Nak letak tajuk apa ek? Cinta blogger ke cinta blogspot?

Zaman dahulukala orang pakai Friendster, Myspace. Lepas tu zaman kegemilangan fb pulak..dan kita dapat saksikan (ya..macam ayat buku sejarah) zaman kemerosotan friendster dan myspace. Tak berani pulak nak isytiharkan empayar dorang tu dah tumbang.hihi...mungkin ada lagi penyokong dorang yang setia walaupun ramai yang dah berhijrah ke tanah besar fb. Tapi akhir-akhir ni, ramai pulak yang nak mencuba nasib mencari rezeki di kota Blogger ni. Nak suka2, nak cari rezeki, nak cari kawan...nak cari pasal..

So, pernah ke terjadi blogger yang tersangkut antara satu sama lain? Then, sampai ke jinjang pelamin? Ke anak cucu? He he he... dah macam agensi cari jodoh la pulak :p

Terima Kasih la ek!


Assalamualaikum. Haiii korang. J

Wooaaaa...gua berasap ni. Susah payah gua tolong dia, terima kasih pun tidak! Dia ingat gua orang gaji ke. Gua punya la berkorban untuk dia, sanggup tolong dia cuci pinggan dia. Terima kasih pun tidak. Arghhhhhhhh.........!!!

Terima kasih. Thank you. Thanks. Mekasih. Maceh.  Bukan susah pun nak sebut. Cuba la kalau orang dah tolong kita tu, kita cakap terima kasih. Sejuk hati dia. Rasa nak tolong lagi jek. Hehehe... kalau orang tolong kita ke, bagi kita something ke.. bagi apa2 la, cakap la terima kasih. Baru la nampak beradab dan ada rasa menghargai. Tak ada la buat orang sakit hati. Orang pun senang ngan kita.

Jangan jadi orang tak kenang budi. Bila susah, pandai mintak tolong. Bila dah lepas azab dia, buat tak tau je. Terima kasih tak, siap menyombong lagi. Hei.. bumi ni bukan kau yang punya sorang! Ingat comel ke buat macam tu?

Terima kasih pada yang sudi baca. 

Cara mudah nak jadi kaya


Assalamualaikum dan selamat berpuasa.

Peringatan: ini bukan skim cepat kaya.
Kaya dalam sekelip mata. Kaya dengan cara yang paling mudah. Tak payah bersabung nyawa dan membazir peluh. Tak pakai rasuah, tak payah jual dadah, tak payah jual maruah. He he he...

Apa susah..bersedekahlah. bila bersedekah, kita kaya kan. Kaya ngan pahala. Siapa tak nak tambah pahala kan? Setiap kali sedekah dapat pahala, senang je kan? Tapi orang selalu je susah nak sedekah. Kata senyum tu sedekah tapi nak senyum pun payah. Macam ada masalah kerosakan pada otot muka tahap kritikal je.

Eleh... entah2 sindiket je. Tipu orang. Kata sumbangan untuk sekolah agama. Boleh caya ke?

Dulu aku pun pernah pikir macam tu jugak. Tapi tak betul macam tu. Bila kita sedekah, pahala dapat kat kita. Tak kisah la orang tu tipu ke asalkan kita ikhlas. Bagi la setakat yang kita mampu. Mana tau, peminta sedekah tu doakan kita murah rezeki bila kita tolong dia. Doa orang teraniaya ni insyaALLAH makbul. Jangan la pandang hina pada dorang. Agak-agak la kalau nak bersedekah tu kalau tak nak kena tipu. Dah nampak macam mat rempit toksah la bagi. Kalau rasa nak bagi jugak, bagi sepakan percuma je. Hee..

Sedekah bukan setakat bagi duit je....

Tuhan lebih sayangkan dia


Salam.

Biasanya kalau orang meninggal, orang selalu cakap ‘ Tuhan lebih sayangkan dia’. Kenapa orang cakap macam tu ek? dulu yang aku paham bila dipahamkan oleh Ustazah aku yang mengikut pemahaman dia: sebab ALLAH sayang dia, ALLAH ambik la dia dulu. Sebab tak nak dosa dia bertambah bila umur dia panjang. Sama la macam ‘orang baik, dia pergi dulu’.

Tak kisah la baik ke jahat, kita semua memang akan mati pun. Tapi, persoalannya, kenapa orang selalu cakap macam tu? Ke sebab nak sedapkan hati orang yang ditinggalkan si mati. Ke sebab orang kita dah terbiasa cakap macam tu. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Emm.. wallahualam.

Plastik betul la dia ni!


salam.

Kau suka kat someone ni. Then kau cuba pretend jadi someone else. Yang kononnya lebih menepati citarasa dia. Cukup rasa! Perlu ke berubah jadi orang lain? Kau buat plastic surgery  biar nampak macam artis Korea, biar dia tersungkur kat kaki kau. Padahal muka kau dah ok apa. Bukannya terkena asid pun.

Kau kuruskan badan yang dulu macam Adibah Noor (dia sangat comel apa) sampai jadi Lisa Surihani sebab kau nak orang pandang kau seksi.cantik. menarik.tertarik.da bomb. Lainlah kalau sebab nak sihat dan elak dari penyakit.

When I see your face,
There’s not a thing that I would change..
Coz you’re amazing..
Just the way you are...

Berubah untuk jadi baik tak salah.eh..siapa cakap salah. Yang salah bila kau berubah sebab orang lain. Sebab nak dapat perhatian. Sebab nak orang pandang kau. Sebab gila glemer. Percayalah... bila kau jadi diri sendiri, tu dah cukup cantik. Orang mestilah nak yang asli kan. Siapa yang nak barang palsu dan plastik ni? Buat tambah pencemaran alam sekitar je. 

juz be yourself la...

Ini Masterpiece aku!


Salam.

Aku dari kecik memang suka menulis. Ala...conteng2 buku je. Buat perabih kertas macam bapak aku tauke kilang kertas. Bila dah besar sikit, tulis diari.  Besar sikit lagi, aku suka tulis cerita, tulis puisi (yang ni memang memalukan nak mengaku sebab aku pun tak sangka yang aku dulu macam minah bunga) :p

Lepas tu bagi kawan baca. Dorang suka baca puisi bunga2 aku tu. Bila kat rumah dah ada komputer, ceh dah maju sikit, tulis novel. Tapi separuh je ler bila akhirnya komputer tu rosak. He he he..dan cerita aku tu pun terkubur bersama komputer zaman Tuk Janggut tu. Tapi tu dulu...sekarang skill menulis aku pun dah hilang. Dah tak bunga2 lagi sejak aku tinggalkan zaman sekolah.

Dulu cita2 aku tinggi melangit. Konon nak jadi penulis. Tapi aku  tak pernah pulak berangan nak tulis novel. Sebab aku tak pandai buat cerita. Mengada-adakan cerita boleh la. aku teringin nak ada buku sendiri. Buku motivasi. Konon nak motivasikan orang padahal diri sendiri belum mampu dimotivasikan.hihi.. betul la kata orang. Kalau nasihatkan orang senang je, tapi nak tarbiah diri sendiri..mangai susah!

Lepas tu, bertambah lagi angan2 karut marut aku. Nak pusing dunia naik kapal. Then nak buat satu buku yang cerita pasal pengembaraan aku tu. Pehhh...naik bot pergi Pulau Langkawi pun belum tentu mampu :p

 Akhirnya, end up kat blog pulak. Kemaruk pulak menulis kat blog ni. Kenapa nama blog ni Masterpiece? Sebab aku nak blog ni jadi Masterpiece aku. Esok2 dah tua, boleh la flashback apa yang aku buat masa zaman muda belia ni. Cewah!Entah bila la nak termakbul cita2 aku tu ek?hehe...persoalannya, MAMPU ke?

Yang pastinya, aku bukan penulis. Penulis buku atau blog atau sebagainya, aku memang BUKAN penulis. Sebab aku tak layak nak gelarkan diri macam tu. Aku cuma...Cuma main conteng2 aje. Memang aku serius ngan apa yang aku tulis, tapi aku tak ada gaya macam penulis.

Terima kasih pada yang sudi baca.

sakit: azab atau nikmat?


Salam.

Kita selalu merungut bila kita sakit. Bila kita dalam kesusahan. Tapi kita lupa apa yang kita lalui tu adalah satu ujian yang ALLAH turunkan semata-mata nak uji kita. ALLAH takkan uji seseorang tu melebihi apa yang dia terdaya. Pernah ke ALLAH itu zalim terhadap hambaANYA melainkan manusia yang selalu menzalimi diri sendiri? Tengokla orang sekeliling kita..mesti kita terpikir, macam mana lah kalau aku kat tempat dia? See... ramai lagi yang ada masalah yang lebih besar dari kita.

Sakit tu adalah cara ALLAH nak kurangkan dosa kita tapi kita tak sedar. Kita hanya merungut nasib kita malang. Kita rasa susah sangat nak hadapi benda tu sampai rasa macam kita takkan dapat lari dari masalah tu. Matilah aku..matilah aku...habislah..OMG,OMG!

But..once semua tu dah selesai, kita pun dah lupa apa yang pernah terjadi. Kita pun lupa yang kita dulu sampai nangis2 bila berdoa. Menangis sampai berguling-guling macam tenggiling. Meminta sambil merayu-rayu. Tapi bila selesai masalah tu, pernah tak kita rasa bersyukur? Pernah tak kita rasa nak berterima kasih pada ALLAH?  Lu pikirlah sendiri!

Ramai yang boleh bersabar bila ditimpa dugaan tapi tak ramai yang tau bersyukur...

Macam mana nak buat blog lebih menarik #3


Assalamualaikum. Selamat pagi, tengah hari, petang, malam.

Dalam entry yang INI,  aku ada cerita sikit pasal ciri2 blog yang menarik. Ramai jugak yang suka cari tips kan pasal nak buat blog lebih menarik. Aku tak layak la nak cakap pasal tips ni. Aku biasa dah cermin diri. Yang ni bukanlah tips. Cuma nak kongsi sikit je. Kalau nak tips pergi la mintak kat Ben Ashaari ke, Hanis Zalikha ke, Maria Elena ke. Aku ni Eera Elena jek.. huhuhuhu :p

No shortform.
kalau menulis tu, guna la perkataan yang penuh. Tak mau la pendek2. Kalau pendek yang universal atau antarabangsa yang ramai orang guna tak apa la kot. Contohnya, yg-yang, dr-dari, kpd-kepada, dgn-dengan, org-orang. Sikit2 tak apa la. Cer klu ak tlis mcm ni korg nk bc pn x bes, x mnarik kn mcm wat skt mta n ati je. Mungkin ada yang tak paham tambah2 lagi semua perkataan jadi pendek dah macam guna simbol ala2 orang zaman batu pulak (ops,zaman tu tak wujud pun!). Nak short kat sms je la sebab memang dah short messaging service pun.

Jangan nak ber ‘Ewwwww’......
Satu lagi penyakit budak2 sekarang, suka tulis bahasa ewww ni. Dalam sms pun nak eww, kat fb pun nak eww, kat blog pun nak eww. Memang kesabaran teruji la kalau jumpa blog macam ni.
Sukew lew tew bagi orang bacew. Ingat kitew sukew kew? Tak pergi skewl ke hah?
Cantik ke macam tewwww?????

Font mudah baca.
Make sure warna font tu dan jenis font tu tak menyusahkan orang bila nak baca. Tak ada la sampai kena bukak mata luas2 sampai kejang otot mata. Buatnya lepas tu mata dah tak boleh nak tutup macam mana? Aniaya orang tu. Kalau background gelap, font kasik la terang. Dan sebaliknya la. Jenis font pun tak payah la sampai berangkai-rangkai ala2 nak jadi minah bunga. Kalau tulis surat cinta tak apa la jugak.

No shortform, no eww tau tapi bukan ayat skema tau. kalau nak jawab soalan SPM Bahasa Melayu ye la. Tu je kot. Apa2 yang kurang hamba mohon ampun ya. Hamba pun masih belajar lagi. Mana yang salah atau terkurang, tegur la yek. hamba dah rasa macam zaman kesultanan Melayu Melaka la pulak... J

Kasih dua beradik


Puasa: boleh kurus ke tak ni?


Salam.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk orang2 yang berpuasa:

Puasa sebab nak kurus.
Kita orang Islam memang dah ALLAH wajibkan untuk berpuasa. Sebab apa kita kena puasa ek? sebab dah ALLAH suruh la. Lillahi Taala. Kata Ustaz yang bagi ceramah kat Al-Kuliyyah hari jumaat yang lepas, kita kena betulkan niat. Puasa kerana ALLAH. Kalau nak kurus tu, kurang makan kurus la kita. Kalau besar sangat nafsu tu, nasib la. Sama la macam orang yang cakap ‘puasa nak cuci perut’. Betul la tu. Tu salah satu benefit kalau dah puasa. Tapi ingat, setiap amalan bermula ngan niat!

Upah untuk budak2 yang puasa.
Siapa cakap tak boleh bagi upah kat budak2 yang belum baligh yang berpuasa? Nak bagi upah boleh ngan niat nak melatih dia berpuasa. Bagi tau diorang puasa ni sebab ALLAH. Boleh je kalau cakap, ‘kalau puasa dapat upah’.  Yang tak bolehnya kalau cakap, ‘tak puasa tak dapat upah, tak puasa tak boleh raya’. So, budak2 tu nanti puasa sebab nak upah je la. Bukan kerana ALLAH.  Mak budak kalau nak upah pun boleh aje :p